Pada waktu itu, pelajar yang tinggal di dalam kelas hanya lebih kurang 5 orang termasuk Saqeef dan Zalfa. Zalfa yang sedang membelek bukunya tidak sedar bahawa Saqeef sedang memerhatikan tempat Safa yang kosong. Dahi Zalfa mula berkerut seribu apabila tidak dapat menyelesaikan soalan matematik. Zalfa baru terfikir cadangan kawan baiknya itu untuk belajar bersama Saqeef. Tanpa membuang masa Zalfa terus bangun menuju ke meja Saqeef. Zalfa sedar yang Saqeef sedang perhatikan tempat Safa yang kosong itu. "Safa ke? Safa cakap dia jumpa Tengku Mikyaf petang ni. So dia tak dapat ulang kaji dengan kau hari ni" terus Zalfa menceritakan kepada Saqeef tanpa diminta. Saqeef hanya mengangguk perlahan, tiada sebarang kata. "Kau cemburu ke?" Soal Zalfa yang mula tersengih. Saqeef memandang Zalfa dengan riak wajah yang pelik. Dalam hati Saqeef terus berfikir "cemburu? Aku cemburu ke? Kenapa aku nak cemburu?". Sebaik sahaja fikiran itu yang bermain di benak fikiran, cepat cepat Saqeef menggeleng lalu sambung memikirkan ulang kajinya. Zalfa hairan melihat Saqeef. "Eh kau marah ke? Dari tadi sepatah pun kau tak jawab. Dengan Safa banyak pulak kau bercakap. Tak adil la kau ni" Zalfa mula membuatkan Saqeef rasa bersalah.
"Tak lah." Jawab Saqeef sepatah dua patah. Walaupun Saqeef berubah tapi perangai pendiam masih lagi ada walau sedikit. "Laju pulak kau tukar baju kan" tegur Zalfa. Saqeef yang malas mendongakkan kepalanya, hanya menggerakkan mata ke atas memandang Zalfa lalu memandang baju yang dipakainya. "Baju kelabu ni aku memang dah pakai kat dalam. Baju ni pulak aku memang dah bawak. So aq tanggalkan uniform sekolah kat sini je la. Pastu ganti dengan yang ni. Faham?" Saqeef yang sedikit rasa terganggu untuk belajar mula menjelaskan satu persatu. "Lepas ni kau nak pergi mana pakai macam ni bagai?macam get ready je pakaian kau ni" soal Zalfa lagi. Kini Saqeef meletekkan pennya dan terus memandang Zalfa dengan muka yang tidak puas hati. Zalfa ketawa kecil. "Okey sorry. Aku cuma nak berkawan dengan kau je. Ni aku nak tanya kau ni. Macam mana nak selesaikan soalan ni?" Balas Zalfa. Saqeef terus melihat latihan yang ditunjukkan oleh Zalfa.
."Ni awak yang masak ke?" Terkaku Safa apabila melihat nasi goreng yang dihias cantik terhidang di depannya. Mikyaf mengangguk. "Ni kedai siapa?" Safa memandang sekeliling ruang kedai itu. "Ayah saudara saya" Balas Mikyaf lalu duduk disebelah safa. "Makanlah, nanti sejuk tak sedap" pelawa Mikyaf. Safa terus membaca doa lalu mula merasakan masakan itu. "So macam mana? Okey tak nasi goreng saya buat?" Soal Tengku Mikyaf yang dari tadi sudah memerhati Safa cuba merasa makanannya. Safa yang duduk disebelahnya mula menunjukkan riak muka yang sangat berpuas hati. "Wahhhh!! Sedapnyaaa. Sekarang saya baru tahu yang awak pandai masak." Puji Safa dengan mata yang bersinar. Mikyaf hanya ketawa kecil. "Makanlah." balas Mikyaf sambil tersenyum memandang Safa yang sedang menjamu selera. "ermm awak ambik bidang management kan?" Safa tiba tiba membuka perbualan tentang pelajaran Mikyaf. "Haah." balas Mikyaf sepatah seperti tidak berminat untuk menceritakan tentang pelajarannya. "ouhh.. Mesti awak minat dengan pekerjaan parents awak kan? So awak pun ambik bidang ni. Lagipun nanti awak waris diorang. Untung awak Mikyaf, pandai orangnya. Masa depan pun cerah. Saya tak tahu la nak jadi apa" Mikyaf hanya tersenyum mendengarnya.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...