Keesokkannya
"Zalfa, terima kasih untuk hadiah tu. Kau macam tahu tahu je aku nak kan benda tu" -Safa
"Sama sama Safa.. Safa" - Zalfa
"Ye?" - Safa
"Kau free tak?" - zalfa
"Kenapa? Kau nak jumpa ke? Free kalau untuk kau" - Safa
"Kita jumpa hari ni. Boleh?" -Zalfa
"Boleh" - Safa
.
Zalfa yang sedang menunggu Safa di cafe mengacau airnya. Lalu memandang gelagat sepasang pasangan sedang bergurau. Beberapa minit kemudian Safa pun sampai dan terus duduk di depan Zalfa. Zalfa memandang Safa dengan mata yang suram. "Hey, kau okey tak?" Soal Safa. "Safa. Dia tolak aku" ujar Zalfa, terus masuk topik. Safa masih blur di situ. Siapa dia? "Dia?" Bingung Safa. "Sayf. Sayf tolak aku" jawab Zalfa sambil memandang kosong segelas minumannya. "Jap.. bila masa kau sukakan dia?" Safa yang tidak tahu apa apa terus terkejut mendengarnya. "Sekolah. Time tu aku dah bagitahu dia tapi waktu tu aku tak paksa dia terima aku. Sebab kita semua sedang fokus pelajaran. Jadi... Kelmarin aku cakap dengan dia.. dia tolak aku Safa. Dia cakap dia dah sayangkan orang lain. Sayang sangat sangat." Kini suara Zalfa bertukar menjadi serak. Safa terkedu mendengarnya. Begini ke perasaan yang dihadapi seseorang bila cintanya ditolak? Wajah Saqeef mula terbayang di benak fikirannya. Teringat kembali apa yang diluahkan Saqeef. Serba salah mula menguasai dirinya. Tanpa membuang masa Safa bangun dari kerusinya lalu duduk di sebelah Zalfa. Safa memeluk Zalfa erat sambil cuba memujuk Zalfa.
."Kau jalan hati hati ye. Apa apa call aku tau." Pesan Safa. Zalfa mengangguk sambil senyum tak semanis sebelum ini. "Bye" zalfa melambaikan tangannya kepada Safa. "Bye" balas Safa.
Selepas Zalfa hilang dari pandangannya, sempat Safa termenung. Kemudian membuka telefon pintarnya. Cuba cek jika ada apa apa mesej dari Saqeef. Tiada. "Apa aku buat ni? Aku tak nak terima dia sebab aku serba salah. Okey Safa. Rilex. Buat macam biasa. Cukup mainkan perasaan orang. Kalau kau taknak so taknak. Jangan kau terima sebab serba salah. Okey. Cool" pesan hatinya.
."Haish.. kenapa diorang perlu rampas fon aku. Cukup la diorang kurung aku. Tak perlu la rampas handphone bagai.". Bebel Saqeef yang terperuk di dalam biliknya yang sudah 10 tahun dia tinggalkan. Hati Saqeef mula resah bila difikirkan masih ada satu hadiah yang belum dia berjaya berikan kepada Safa. Hadiah yang Saqeef paling berusaha keras membuatnya, iaitu merekod nyanyiannya. Cover sebuah lagu untuk Safa. Tapi file lagu itu ada didalam handphone yang ibu bapanya pegang sekarang. Satu lagi di dalam laptop miliknya di rumah Puan Latifah. "Memang tak dapat la aku nak bagi dekat Safa. Kenapa ye dia rampas? Dia ingat aku nak larikan diri ke. Haish. Memang tak la aku nak lari. Kalau aku lari tak pasal diorang buat sesuatu dekat mak dan ayah. Dia tak fikir ke aku sayangkan sangat mak dan ayah tu." Bebel Saqeef yang sudah menjadi bengang.
Sedang dia bebel, tiba tiba pintunya diketuk seseorang. "Siapa tu?" Soal Saqeef bengang. Buat apa nak diketukkan kalau memang aku dah dikurung? "Widad" jawab Widad. Tersenyap Saqeef. Widad pun membuka kunci pintu bilik Saqeef. "Kau nak apa?" Soal Saqeef sedikit pun tidak memandang Widad. Widad memandang Saqeef dengan pelbagai perasaan rindu. Widad rindu nak bergurau dengan Saqeef dalam bilik ni macam sewaktu mereka kecil dahulu. "Aku nak teman kau" balas Widad yang tersenyum kecil. Saqeef hanya memandang Widad hairan. Pelik kenapa Widad macam tu. Setahu dia Widad tak pernah backup dia waktu dia mahu dikeluarkan dari keluarga. Widad jugak datang serang dirinya ketika di hospital. Saqeef mengabaikan Widad disebelahnya. "Saqeef.. banyak benda yang kau tak tahu" tiba tiba Widad bersuara. Saqeef memandang Widad dengan kening berkerut. "Aku derita Saqeef selepas kau dikeluarkan dari rumah ni. Aku curi curi masuk dalam bilik ni. Aku tengok setiap penjuru dalam bilik ni. Setiap kali aku duduk dalam bilik kau yang kosong ni, aku tersenyum sendiri. Kenangan kau dan aku. Aku masih ingat Saqeef." Luah Widad menahan macho. "Saqeef. Abang sayangkan kau" kini Widad memandang frame gambar mereka berdua sewaktu kecil di atas meja belajar Saqeef. Saqeef hairan kenapa gambar itu ada disitu. "Kau tipu aku kan. Kalau kau sayang aku. Kau tak biarkan aku keluar macam tu je!" Bentah Saqeef. "Sebab tu aku cakap banyak kau tak tahu Saqeef! Banyak kau tak tahu. Aku selalu cuba untuk duduk disamping kau. Tapi selalu ada halangan untuk aku pergi dekat kau. Aku selalu cuba untuk pegang tangan kau, tapi mama selalu sempat pegang kau dan pukul kau. Aku selalu cuba untuk pertahankan kau, tapi papa selalu marahkan aku dengan rotan. Sampai aku sendiri tak tahu, yang hari tu kau dikeluarkan dari rumah ni. Aku tanya mama papa Saqeef. Aku tanya diorang! Mana kau?!! Diorang diam Saqeef! Diorang diam! Sampai satu hari aku curi kunci pintu bilik kau. Aku masuk, bilik kau dah kosong. Aku terseksa Saqeef. Aku rindu adik aku Saqeef! Setiap hari aku tengok kau kat sekolah! Aku tak sanggup tegur kau. Sebab aku takut mama papa akan marah kau. Dulu mama papa marah kau waktu jumpa pakar, kau telan semua tu. Kau tak lawan Saqeef. Aku tak suka tengok kau macam tu. Cukuplah aku tak mampu nak lawan mama papa untuk lindung kau. Hari tu, kau kat hospital, aku curi curi keluar rumah waktu diorang tadi sebab aku nak tengok kau! Aku marah kau kenapa kau tak lawan? Aku takut kalau kau tak lawan, apa apa yang teruk akan jadi dekat kau! Aku takut, kau akan hilang dari mata aku Saqeef! Aku tak mampu nak lindung kau Saqeef! Aku kena kawal dengan mama papa Saqeef. Aku serabut!" Kini Widad luahkan isi hatinya bersungguh sungguh supaya adiknya faham. Saqeef terdiam seribu bahasa. Selama ini dia bencikan abangnya, dia salah faham terhadap abangnya. Tapi sebenarnya abangnya masih sayangkan dirinya tanpa dia sedar selama ini.
"Ni, handphone aku. kau sorokkanlah dari mama papa. Kau call aku kalau nak apa apa. Aku nak keluar" widad meletakkan handphone lamanya itu sekaligus dengan sehelai kertas yang sudah lama. Lalu meninggalkan Saqeef.
Saqeef memandang kertas itu beberapa saat, lalu membukanya. Ye, itu lukisan yang dia lukis dahulu. Lukisan itu dia tunjukkan kepada Datin Jalilah sewaktu di dapur , dimana pada hari terakhir dia disini. Kesan kopi yang tumpah dahulu dapat dilihat di atas kertas. Koko. Widad simpan kertas itu. Air mata Saqeef mula bergenang. Tidak sangka Widad sayangkannya sebegitu.
.Di rumah sewa Widad
"Masuklah. Tak kunci pun" laung Widad. Mikyaf pun memulas tombol pintu rumah sewa Widad. Widad ada menyewa rumah yang berhampiran dengan universitinya. "Widad, asal ajak jumpa ni?" Soal Mikyaf yang baru sampai. "Mikyaf. Aku rasa hari ini, hari yang paling bahagia untuk aku" ujar Widad. "Wow! Hebat. Asal?" Ketawa Mikyaf melihat gelagat Widad. "Aku dah selesaikan masalah aku dan Saqeef. Aku dah luah kan semuanya" balas Widad. Mikyaf terkejut mendengarnya. "Waaa! Bagus la kalau begitu. Semoga korang dapat happy semula ye." Pesan Mikyaf. "Mikyaf, aku betul betul nak terima kasih dekat kau sebab kau sudi bagi support kau aku hari tu" ujar Widad dengan senyum lebar. "No hal lah. Kita kan kawan. Kau tolong aku dulu. Bagi semangat kat aku kalau aku down" balas Mikyaf. "Ni kau asal pakai ni bagai? Kau nak masak apa?" Soal Mikyaf. "Aku nak masakkan untuk kau. Tanda terima kasih aku dekat kau."
"Macam mana kau boleh luahkan sepenuhnya? Kau call Saqeef ajak jumpa ke?" Soal Mikyaf ingin tahu. Widad kembali murung. "Kau ni asal. Tadi senyum lebar je" hairan Mikyaf. "Mama Papa dapatkan Saqeef semula sebab Saqeef dapat result bagus. Sebab dia tak puas hati aku tak ikut cakap dia. Diorang nak kawal Saqeed sekarang. Saqeef kena kurung sekarang dekat dalam bilik dia" beritahu Widad. Mikyaf yang tersenyum mula lekang. Ye, sepatutnya Mikyaf happy sebab sekaranglah masa yang sesuai untuk dia dapatkan Safa. Tapi Mikyaf bukan lah seorang yang seperti itu. Mikyaf sudah terima sekiranya Safa bukan untuk dirinya. Tapi tidak di nafikan Mikyaf masih sayangkan Safa.
Tiba tiba handphone Widad berbunyi.
"Abang. Tolong aku. Tolong aku dapatkan file yang aku buat dalam Laptop aku kat rumah Puan Latifah. Nama file Safa" - Saqeef
"Safa?" Widad membaca nama Safa. Mikyaf memandang Widad yang baru saja menyebut Safa. "Kenapa?" Soal Mikyaf. "Saqeef mintak tolong aku dapatkan file dia, nama Safa" jawab Widad. Mikyaf yang sudah menganggap Saqeef sebagai adiknya cuba untuk menolong. "Kau free lepas ni?" Soal Mikyaf. Widad mengangguk. "Apakata lepas ni, kita pergi beli pen drive. Ha pastu perfi dapatkan file dia. Letak dalam pen drive tu." Cadang Mikyaf. Widad diam. "Kau anggap je aku cuba menolong seorang adik." Senyum Mikyaf. Widad turut tersenyum melihat Mikyaf. Mikyaf terlalu baik terhadap adiknya. Untung Saqeef.
."Mama papa takde?" Soal Saqeef. Widad menggeleng lalu menghulurkan pendrive itu. "Siapa Safa untuk kau?" Soal Widad ingin tahu. Saqeef yang baru sahaja mencapai huluran itu terdiam memandang Widad. Malu untuk mengaku. "Aku sukakan dia" jawab Saqeef menahan malu. Widad tersenyum. "So kau nak bagi kat dia?" Tanya Widad lagi. Saqeef mengangguk. Widad termenung sebentar. "Kalau kau nak mintak tolong aku kau bagitahu.. okey?" Ujar Widad. Saqeef tidak percaya abangnya akan membantunya. "Okey" Saqeef melemparkan senyumannya. Widad pun bangun. "Widad" panggil Saqeef. Widad mengangkat kening memandang Sqeef. "Thanks" ucap Saqeef. Widad memberikan senyuman lebar lalu keluar dari biliknya dan kunci seperti mana ibunya kunci.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...