Bab 17

5 2 0
                                    

"Okey anak anak semua. Tahniah sebab korang semua berjaya duduki semua peperiksaan. Jadi saya ucapkan syabas kepada korang yang study hard! Ingat, jika study bersungguh sungguh, maka susah untuk gagal! Tahniah!!" Pengetua yang berdiri di atas pentas mula memberikan ucapan tahniah kepada anak anak murid sebaik sahaja peperiksaan kertas akhir tamat. Ruang dewan terus menjadi bising kerana sorokkan para pelajar yang akhirnya dapat merehatkan otak fikirannya yang hampir satu bulan bertungkus lumus. Itulah antara saat saat yang paling bahagia.

"Good job korang!" Taqi mendapatkan kawan kawan seperjuangannya.
.

Selepas sahaja pulang dari sekolah, mereka sekumpulan meraikan sempena tamat sekolah dengan bermain pelbagai aktiviti, makan bersama, lepak bersama. Selepas penat bergembira, mereka pun ingin pulang ke rumah masing masing. Saqeef mengekori Safa ketika masing masing memilih jalan yang berlainan untuk pulang. "Safa!" Laung Saqeef. Safa yang baru sahaja ingin pakai earphone berpaling ke belakang. "Ba!!" Saqeef mengejutkan Safa dengan memakai topeng hantu nun. Terkejut Safa sampai terduduk. "HAHAHAHAH" Saqeef ketawa terbahak bahak. Muka safa yang sedang berselindung disebalik beg sekolahnya cuba melihat siapa yang sedang mengusiknya. "Saqeef!!" Safa pun bangun membaiki penampilan. Saqeef yang dari tadi ketawa tidak henti, Safa hanya memandang Saqeef sedikit geram. Tapi jika difikirkan itulah kali pertama dia nampak Saqeef ketawa begitu. Malas menunggu Saqeef berhenti ketawa lalu Safa meninggalkan Saqeef begitu sahaja. Saqeef terus berhenti ketawa. "Safa.. safa" Saqeef mula rasa serba salah. Safa tak endahkan Saqeef. "Safa saya mintak maaf. Saya betul betul mintak maaf. Mesti awak marah sangat kan.. awak, maafkan saya. Safa.. safa.. okey awak nak saya buat apa? Bagitahu saya. Safaa" saqeef sedaya upaya cuba memujuk safa yang sedang berjalan agak pantas didepannya. Mesti merajuk sampai laju begitu sekali dia berjalan. Safa langsung tak membalas pujukkan Saqeef. Saqeef takde pilihan lain lalu memitas Safa. "Safa, saya janji takkan buat awak marah dan akan selalu buat awak happy dengan saya." Ujar Saqeef laju. Safa terkejut dengan kelakuan Saqeef. Saqeef menghelakan nafas cuak. Safa memandang Saqeef beberapa saat. Saqeef semakin cuak, takut Safa ingin memukulnya. Safa dengan selambanya mengeluarkan mp3 dari dalam poket bajunya lalu menekan butang pause dan menanggalkan earphone. "Awak kenapa? Kene kejar hantu ke?" Safa memandang kebelakang mencari sebarang kelibat. Saqeef terkedip kedip matanya. Safa mengangkat kening memandang Saqeef. "What?" Soal Safa. "Saya minta maaf" ujar Saqeef. Safa melemparkan senyuman. "Okeylah.. saya balik dulu, dah lewat ni." Saqeef terus memberi laluan kepada Safa untuk lalu.
.

"Ibu, ayah. Saqeef dah balik" Saqeef menanggalkan kasutnya. "Ha Saqeef, macam mana tadi periksa? Okey?" Soal Puan Latifah. "Okey ibu." Saqeef melemparkan senyuman kepada ibu angkat tercintanya. "Okey la, jom makan. Ibu dan ayah dah sediakan makanan istimewa untuk kamu" ajak Puan Latifah beria. Saqeef mengikuti jejak Puan Latifah yang sedang menuju ke ruang makan. "Wahh. Sedap ni ibu ayah. Terima kasihh!!" Terharu Saqeef dibuatnya. Puan Latifah dan Encik Ali melayan Saqeef begitu baik sekali, bagai menatang minyak yang penuh walaupun Saqeef bukanlah anak kandungnya. Malam itu menjadi malam yang penuh suka ria yang Saqeef luangkan bersama keluarga angkatnya.
.

Keesokkan pagi.

Kring kring.. kring kring..
Telefon Saqeef berdering sudah hampir 3 kali tidak terjawab dek kerana masih belum bangun dari tidurnya. Punca tidur lewat, luangkan masa bersama Puan Latifah dan Encik Ali.

10 minit kemudian, telefon Saqeef kembali berdering. Saqeef yang sudah tersedar mula mencari cari telefonnya dalam keadaan mata yang masih tertutup.

"Hello. Boleh saya bercakap dengan Encik Saqeef?"

"Siapa pulak ni. Maaf saya tak main saham. Bye"

"Bukan saham ni encik. Ni van jenazah"

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now