Saqeef perlahan lahan duduk di atas sofa empuk yang ada di dalam bilik hotel. Keluhan berat dikeluarkan. Lame dia mendiamkan diri memikirkan apa yang didengarnya di rumah Safa. Safa sanggup tidak menerima tawaran Mikyaf kerana dirinya. Saqeef meraup wajahnya. Kesal kerana tidak dapat menonjolkan dirinya, berada disisi Safa. Kecewa memikirkannya, tanpa membuang masa Saqeef mencapai tualanya untuk membersihkan diri.
.Keesokkan pagi.
Saqeef yang sedang berdiri didepan pintu dengan bagasinya baru sahaja ingin membuka pintu namun mendapat panggilan telefon daripada Widad.
"Kau flight bila" -Widad
"Nanti" -Saqeef
"Mama dah mengamuk tahu kau takda. Aku rasa better kau jangan terus balik rumah nanti" -WidadSaqeef yang tiada mood itu ketawa bersahaja.
"Abang, kau macam dah tak biasa. Dah banyak dah muka aku dapat pukulan daripada Mama." -Saqeef
Ye, Saqeef boleh dikatakan sudah hampir putus kasih sayang daripada seorang ibu. Yang dia dapat selama duduk bersama hanya cemuhan dan pukulan jika setiap arahan yang diarah oleh ibunya tidak dapat dilakukan.
Widad terdiam seribu bahasa.
"Okey la. Aku gerak dulu" -Saqeef
Saqeef mematikan panggilan itu.
."Pagi ibu" ucap Safa yang perlahan lahan berjalan keluar dari biliknya. "Dah bangun?" Soal ibunya dengan nada lembut sambil melakukan tugasannya sebagai seorang ibu di dapur. "haah. Ibu buat apa tu? Ada dekat dapur ke tu?" Soal Safa pula. "Haah Safa. Ibu nak masak sarapan pagi ni. Safa duduk la dulu" balas Puan Farah. Safa mengguriskan senyumannya lalu menuju ke meja yang dipenuhi gambar keluarganya. Walaupun satu gambar dia tak dapat lihat, tapi dia masih boleh bayangkan bagaimana keadaan disitu.
Saqeef yang berdiri disebalik pokok pokok di depan rumahnya Safa hanya memandang Safa melalui tingkap yang terbuka itu. Tersenyum Saqeef dapat melihat Safa sekali lagi sebelum terbang ke China.
Setelah hampir seminit Safa berdiri disitu, Safa menuju ke tingkap. Udara lagi sangatlah segar pada waktu itu. Kedudukkan Safa tepat berdepangan dengan Saqeef, membuatkan Saqeef seperti saling memandang antara satu sama lain. Senyuman Saqeef mula lekang. Kenangan mereka bersama mula bermain difikirannya. Senyum ketawa bersama.
"Ambik udara segar nampak" tegur Puan Farah lalu memeluk anak perempuannya dari belakang. Saqeef hanya memandang kemunculan Puan Farah. Ketawanya Safa dapat dilihat dari jauh. Puas hati Saqeef apabila dapat melihat ketawa Safa sebelum dia pergi. Memandangkan masa sudah suntuk, Saqeef terus mengangkat langkah. "Bye Safa. I love you" ucap Saqeef.
Puan Farah yang merasakan seperti ada seseorang berdiri di hadapan di pokok pokok itu terus memandang kedepan, namun hanya separuh wajah Saqeef yang kelihatan pada waktu itu. Bulat mata Puan Farah. "Saqeef" ucap Puan Farah. Safa berhenti ketawa. "Apa ibu?" Soal Safa. Puan Farah tidak sengaja mengeluarkan nama Saqeef.. "bagitahu Safa. Safa dengar ibu sebut nama Saqeef. Kenapa dengan Saqeef ibu? Tolong jujur ibu" rayu Safa. Puan Farah mula serba salah. "Ibu.. nampak Saqeef tadi.. dekat pokok pokok depan sana." Balas Puan Farah acuh tak acuh. Safa cepat menoleh ke depan. "Ibu...." Panggil Safa. Puan Farah memandang Safa. "Dia masih ada kat sana?" Soal Safa berharap. "Dah pergi" jawab Puan Farah. Air mata Safa mula mengalir.
.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...