Bab 11

4 2 0
                                    

"weyh.. apa khabar dengan Si Saqeef tu ye agaknya harini? Dah berapa hari dia duduk hospital? Bila dia keluar eh?" Bertalu talu soalan Taqi berikan kepada Sayf. "Manalah aku tahuu.. kau ingat aku ni selalu jenguk dia ke?" Balas Sayf yang sedang menyiapkan soalan sains yang diberikan oleh Cikgu Maz. "Haah kan, dari aku tanya kau baik aku tanya Safa. Safa je yang selalu melawat si Saqeef tu eh kau rasa mereka bercinta ke? Eh tapi sedondong jugak. safa Saqeef. Saqeef Safa. Nanti nama diorang jadi Saqeefa." Taqi sudah mula merepek dengan muka yakinnya. Satu pukulan hinggap di kepala Taqi "aku tahu la kau ni bangang tapi jangan bangang sangat. Habistu si Mikyaf tu yang selalu pergi jenguk Saqeef tu kau nak cakap apa pulak? Kau ingat melawat selalu tu bercinta la?" Perli Sayf geram. "Kau ni kan! Tahu la sado, kuat. Jangan pukul kepala. Nati aku berdarah macam Saqeef macam mana? Ha lagi satu, yang kau bengang sangat ni kenapa?" Taqi menggosok kepalanya yang sakit. "Kamu berdua tu cakap apa? Saya suruh kamu siapkan latihan" tegur Cikgu Maz yang sudah singa itu.
.

"Okey kelas. Masa saya dah habis. Lepas ni awak semua subjek apa?" Tanya Cikgu Maz sambil mengemas barangnya di atas meja guru. "Pendidikan Jasmani cikgu" jawab Taqi bersemangat. Taqi bab bermain memang bersemangat tahap dewa.
.

"Kau nak main apa weyh panas panas macam ni?" Taqi sudah menunjukkan muka berkerutnya. Harapan teduh namun panas terik, hancur berkecai semangatnya. "Entah." Jawab Sayf serius.  "Kau ni serius sangat asal? Kau berjangkit dengan perangai senior kesayangan kau tu ke? Mikyaf tu. Sejak tadi kau terus berubah dowh." Taqi menyiku lengan Sayf berkali kali namun Sayf tidak endahkannya. "Cakap dengan kau ni macam cakap dengan patung." Perli Taqi selamba lalu menyilangkan kakinya. Maka mereput lah mereka berdua. "Safa!" Taqi yang sedang melihat kawasan sekeliling terus menjerit nama Safa sambil melambai apabila ternampak Safa lalu di kawasan itu. Tersentak Sayf. "Kau nak pergi mana?" Tanya Taqi sebaik sahaja Safa sampai didepannya. "Baru sudah tolong cikgu angkat barang. Kau?" Tanya Safa pula. "Mereput je ni. Cakap dengan si Sayf macam la jadi apa.. bosan" balas Taqi sambil menjeling Sayf. Sayf memandang Taqi kecik besar je. Safa ketawa kecil. "Nah. Kut boleh hilangkan rasa bosan kau tu. Sharelah korang" Safa menghulurkan coklat kepada Taqi. "Wah.. kau beli untuk aku ke?" Teruja Taqi menyambutnya. "Mane ade.. haritu entah siapa yang letak bawah meja aku. Aku tak tahu sape so aku bagi dekat kau je la. Makan la korang. Aku ada kelas ni. Bye" Safa terus meninggalkan mereka. "Thank you! Weyh Sayf kau nak tak?" Pelawa Taqi. "Kau makan la" tolak Sayf dengan egonya. Taqi mengangguk berpuas hati kerana tak perlu bahagikannya.
.

"Mana pulak si Sayf ni? Rehat tak tunggu orang ke apa dia ni?" Omel Taqi lalu keluar dari bilik darjahnya ingin pergi ke kantin. Dalam perjalannya ke kantin, Taqi seperti ternampak Sayf sedang berada di dalam kelas Safa. Dengan kesempatan itu Taqi terus membuat keputusan untuk mengintai apa yang Sayf cuba buat di meja Safa.

 Dengan kesempatan itu Taqi terus membuat keputusan untuk mengintai apa yang Sayf cuba buat di meja Safa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nanii (apa) ?!! Coklat?" Hampir tergelak Taqi ketika itu. "Ouhhhh jadi kau la yang letak coklat bawah meja Safa selama ni.. wow. Rupanya abang sado kita sukakan Safa dalam diam. Patut laaa tadi bengang sangat aku cakap Safa couple dengan Saqeef. Ouhh ye tak ye jugak. Dia bengang kutt tadi aku makan coklat Safa bagi tu." Taqi menahan gelaknya itu lalu beredar dari kelas Safa tanpa Sayf sedar.
.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now