Kring kring
Safa yang sedang berehat dibiliknya pada petang itu mula dikejutkan dengan deringan telefonnya. "Saqeef? Sejak bila dia ada nombor aku?" Hairan Safa. Safa pun menjawab panggilan itu.
"Ye?"
"Kau tengah buat apa tu?"
"Kenapa?"
"Jom. Ikut aku keluar hari ni"
"Keluar? Mana? Bila?"
"Sekarang. Kau bersiap biasa tau. 10 minit lagi aku sampai"
"Eh Saqeef. Kejap"
"Bye"
"Whattt? Kau tutup? Tiba tiba je dia ni" bebel Safa.
.Kring kring! Safa yang sudah 3 minit berdiri di taman berhampiran rumahnya mencari bunyi loceng yang baru sahaja dibunyikan itu. "Safa!" Panggil Saqeef. Safa pun menoleh ke arah Saqeef. Basikal? "Jom" ajak Saqeef selamba. Kedua dua kening Safa terangkat lalu menunjuk ke arah basikal. "Naik basikal? Kita dua?" Soal Safa untuk kepastian. Saqeef mengangguk dengan senyuman. Safa ketawa teragak agak. "Kenapa? Awak malu ke?" Tanya Saqeeef hairan. "Eh bukan. Saya.. eh jap" Safa terhenti disitu apabila terdengar Saqeef memanggilnya 'awak'. "Kenapa?" Soal Saqeef. "Kenapa tiba tiba baik semacam hari ni? Siap awak bagai. Selama ni aku kau je" balas Safa sambil mengecilkan matanya. Saqeef hanya mendiamkan diri. Dirinya yang dulu kini kembali, pendiam. "Hmm.. saya tak kisah pun basikal ni. Saya pun bukan orang senang nak memilih bagai. Naik basikal ni memang dah terbiasa. Cuma, saya tak pernah naik dengan..." Jelas Safa. "Ouh.. Kalau begitu, awak pakai. Biar saya jalan kaki." Saqeef turun dari basikal. Lalu menyerah basikal itu kepada Safa. "Eh takpe.. macam ni, kita simpan basikal ni. Kita tumpang ayah saya. Kebetulan ayah saya nak keluar. Basikal ni kita simpan dekat rumah saya dulu." Cadang Safa. Saqeef mula kelihatan segan. "Takpa ke? Ayah awak tak marah?" "Takpa. Lagi pun ayah saya tahu yang awak terlantar di hospital sebab.. cuba untuk tolong saya. Jadi dia nak sangat jumpa awak" balas Safa. Cuba menyedapkan hati Saqeef.
."Kamu sekelas kan?" Saqeef mula terketar untuk bercakap dengan Encik Fikri yang sedang memandu di sebelahnya. "Ye pakcik" balas Saqeef segan. "Terima kasih nak. Sebab cuba tolong anak pakcik sampai nak terlantar di hospital. Makcik dengan pakcik tak kesempatan nak melawat kamu. Kami minta maaf ye nak" sambung Encik Fikri. "Takpe pakcik. Safa selalu datang melawat saya kat sana. Dapat jugak hilang bosan saya kat sana" tersenyum Saqeef. Safa yang duduk dibahagian belakang hanya mendengarkan perbualan ayahnya dengan Saqeef. "Mak dan ayah kamu macam mana? Sihat?" "Sihat" ringkas jawapan Saqeef. Encik Fikri yang sedang memandu cuba memandang sekilas wajah Saqeef. Lalu memandang Safa melalui pantulan cermin depan. Faham. Masalah keluarga. "Nanti, senang senang, datang la makan dengan kami dekat rumah kami" pelawa Encik Fikri. "Terima kasih pakcik" balas Saqeef gembira.
."Ni kamu balik nanti macam mana?" "Takpe pakcik. Kami balik dengan teksi"
"Okey la. Hati hati. Ayah pergi dulu ye Safa... Saqeef"
.Safa dan Saqeef yang dari tadi berada di tapak pasar minggu hanya berjalan jalan tanpa beli apa apa. Saqeef sibuk tanya apa yang Safa mahukan tapi tiada apa yang mahu dia beli. Setelah puas bertanya akhirnya Saqeef mengajak Safa untuk duduk di bawah pondok yang berdekatan dengan tapak pasar minggu itu. "Rehat sekejap" saja Saqeef mengeluarkan ayat itu supaya tidak rasa sunyi. Tapi gagal. Safa hanya termenung seperti tiada Saqeef disebelahnya untuk ajak berborak. Saqeef lemas melihat keadaan Safa. "Apa yang kau menungkan?" Tegas Saqeef dengan dahi berkerut. Safa hanya memandangnya kosong. "Kau ada masalah ke? Share kat aku." Ujar Saqeef. Cuba menjadi pendengar buat Safa. "Aryan?" Soal Saqeef. Saqeef tidak putus putus cuba membuatkan Safa bercakap. Safa mengeluarkan keluhannya. "Safa, aku bawak kau kat sini bukan nak tengok kau termenung. Aku tahu kau fikirkan Aryan. Kau seharian termenung macam hilang suami. So aku nak happykan kau." Saqeef tidak malu untuk berterus terang. Safa memandang Saqeef dengan mata yang se akan akan memerlukan kepercayaan. "Kau selalu melawat aku dulu. Kau cuba layan aku baik. Sekarang aku rasa aku kena tolong kau. Tolong. Lupakan yang lama. Kau kena fokus pelajaran buat masa sekarang. Tahun depan kita ada peperiksaan besar. Kau kena lawan perasaan serba salah tu. Kau dan dia dah berbaik kan. So? Kau kene lawan. Satu hari nanti kalau berpeluang, kau akan jumpa dia balik. Dan semua akan okay. Okay? Aku ada kat sini. Kalau kau nak luah ke? Perlukan aku ke. Just bagitahu aku. Aku ada kat sini" pujuk Saqeef panjang lebar. Safa terdiam seribu bahasa melihat kesungguhan Saqeef yang cuba memberi kata semangat kepada Safa. "Ini ke Saqeef ? Dia kuat. Selama ni dia kuat melawan perasaan dia selama ini demi kehidupan dia. Takde orang pun yang tahu kisah hidup dia. Dia kuat. Sekarang, dia yang tidak berkawan dengan orang, dah mula berkawan. Saqeef. Kau bagus sangat. Macam mana kau boleh jadi macam ni?" Itu yang difikirkan Safa. Saqeef melemparkan senyuman kepada Safa. "Aku tahu kedai yang jual aiskrim berbaloi. Aku pergi beli jap. Kau tunggu sini" ujar Saqeef lalu meninggalkan Safa sebentar disitu.
.Hari demi hari, Saqeef mula belajar tentang kawan. Saqeef mula faham apa itu erti berkawan. Saqeef yang dulunya pendiam kini sudah berubah. Safa. Safa yang banyak mengubah hidup Saqeef. Safa banyak mengajar Saqeef tentang semua perkara sehingga membuatkan Saqeef lebih menonjol, pandai berkawan dan mula di pandang pelajar lain. Banyak hari yang mereka raikan bersama. Banyak kenangan yang mereka cipta tanpa tidak sengaja. Safa yang dibelenggu dengan perasaan tidak senang tentang Aryan mula melupakannya sedikit demi sedikit. Bukan hanya berseronok, malah mereka juga melakukan ulang kaji bersama pada setiap hari khamis petang sebelum pulang kerumah. Semua aktiviti yang mereka lakukan bersama tanpa sengaja telah membuatkan mereka menjadi rapat. Ramai yang mengakuinya.
.1 tahun kemudian
"Okey anak anak semua. Sampai sini saja pelajaran kita hari ini. Cikgu harap kamu semua bersedia dengan peperiksaan yang dah tak lama lagi. Lebih kurang satu bulan lagi. Cikgu harap kamu dapat jadikan pelajar tahun lepas kita, Widad dan Tengku Mikyaf sebagai contoh pelajar cemerlang buat kamu semua. Kamu semua boleh minta nasihat mereka ye. Bagi siapa yang nak lah. Saya tak paksa. Okey tu saja" pesan Cikgu Maz
."Safa. Petang ni kau free tak?" Zalfa mencuit Safa ditepinya. "Aku? Aku nak jumpa Tengku Mikyaf petang ni. Erm yes. Tengku Mikyaf ajak jumpa semalam." Sengih Safa. "Buat muka macam.... Aku pukul kan.. tahu la kau tengah gembira nak jumpa crush kau tu" Zalfa memberikan satu jelingan kepada Safa. "Aku ingat nak study dengan kau" ujar Zalfa. "Erm.. apa kata kau study dengan Saqeef ? Ganti aku. Biasa kitorang akan study kat kelas ni je sebelum balik. Kau boleh tanya dia apa yang kau tak faham. Saqeef tu bijak dia tu perghh. Tak boleh cakap. Kau sendiri nampak kan ranking dia dalam batch" cadang Safa sambil memuji Saqeef. "Erm tengok la dulu" balas Zalfa.
."Mikyaf" Safa memanggil Tengku Mikyaf lalu berlari seperti keanak-anakkan menuju ke arah Tengku Mikyaf. Tengku Mikyaf yang memakai mask melempar senyuman. Entah nampak atau tidak. "Amboi siap pakai mask ye" perli Safa. "Memang lahh" jawab Tengku Mikyaf. "Kenapa tunggu bawah terik ni? Kan saya dah cakap saya akan pergi delat awak" Safa membuat muka sedikit, geram. Mikyaf ketawa kecil. "Nak sangat ke kulit tu jadi gelap?" Bebel Safa. "Ermmm nak. Kalau saya gelap kut kut awak jadi suka kat saya kan.. Lihatlah kulit ku ini" Tengku Mikyaf menyentuh mukanya lalu membuat muka. Safa hanya ketawa.
"Tak. Kenapa pakai mask? Sakit ke?" Safa rasa ingin tahu. "Tak boleh bahaya. Nanti orang nampak. Bahaya." Jawab Mikyaf. "Siapa yang nampaknya? Dan apa yang bahaya?" Hairan Safa. "Junior junior kat sekolah ni la. Kan nanti dia jatuh cinta, susah awak untuk dapatkan saya" semakin hari Tengku Mikyaf semakin berani mengusik Safa. Padahal dia tidak tahu bahawa Safa sememangnya suka dia. Safa ketawa mendengarnya. "Dah jom" Tengku Mikyaf membuka pintu kereta dibahagian penumpang hadapan. "Sejak bila ambil lesen?" Soal Safa. "Lepas birthday saya haritu, terus saya buat lesen. Ni hadiah kereta dari parents saya sempena birthday saya hari tu." Jelas Tengku Mikyaf. "Olang kaya ma" usik Safa. mikyaf hanya ketawa lalu menutup pintu kereta dan menuju ke bahagian pemandu.
"Datin?"
"Ikut mereka" arah Datin Tengku Hawa. "Baik" jawab drivernya."Banyak kali dah pesan. Kenapa degil sangat. Apa kurangnya calon yang aku cadangkan tu?" Omel hati Datin Tengku.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...