"Heyyo!" Tegur Taqi dari luar pagar rumah Safa. Tersentak Safa yang sedang termenung. "Kau termenung apa? Boleh aku ikut?" Usik Taqi. "Masuk la" pelawa Safa. Taqi masuk ke dalam kawasan rumah Safa. "Uish berpeluh habis kau ye, baru habis jogging ke? Rajin benar kau cuti ni" puji Safa. "Ye la. Cuti hujung minggu je sempat jogging." Balas Taqi. "Nah. Kebetulan aku ada bawak air keluar sekali" hulur Safa.. "wa thanks" sambut Taqi. Taqi menjeling buku dan kertas di tangan Safa. "Tengah fikir macam mana nak buat sajak." Ujar Safa. "Oooo. Menarik. Aku suka" excited pulak si Taqi.
"Ermm Taqi. Bagi kau, aku ni perempuan gatal ke sebab ramai kawan lelaki?" Safa memandang Taqi ingin mendapatkan jawapan dari Taqi. "Tak. Asal? Kau fikirkan pasal masalah haritu ke? Aku dah dengar daripada Sayf" jawab Taqi. Safa diam tidak menjawab. "Safa. Nak berkawan dengan sesiapa bagi aku tak salah. Yang salah kalau kau salah guna cara kau berkawan. Tapi aku tahu kau macam mana. Jangan putuskan hubungan kita kay. Aku sayangkan kau sis" pesan Taqi. "Thanks" ucap Safa sedikit tersenyum.
"Welcome! Okey sajak kau tu macam mana?"
Tanya Taqi. Safa menggaru kepalanya. "Entah. Aku tak tahu nak cakap pasal apa" balas Safa merenung kertasnya yang masih kosong. "Ermmm. Apekata kau tanya hati kau.. sekarang. Apa yang kau rasa. Apa yang kau nak luahkan" cadang Taqi.
.
(Ahad)
"Okeyhh semua, cikguu nak kamu semua kumpulkan sajak tu dan serahkan kepada cikgu. Lepastu Cikgu akan serahkan semula kepada semua secara random. Nanti cikgu akan pilih untuk kamu baca sajak yang kamu dapat dan bagi tahu nama penyajaknya sekali. Okey kumpul sekarang" arah Cikgu Laila.
.
"Okey semua dah dapat. Okey, kita mulakan dengan Saqeef sebab dia ketua kelas kita. Okey Saqeef baca" Arah Cikgu LailaOmbak biru datang menghampiri
Buih putih pergi menjauh
Hati kosong ini tiada terasa
Walau secebis keindahan suasanaPesan hati jangan rapuh
Pesan diri jangan malu
Pujuk hati hadirlah pelangi
Pujuk diri carilah warnaOmbak itu ibarat dugaan
Hempas kuat pedih rasanya
Tiada daya untuk tempuh
Tapi apa daya, perlu tetap teguhBuih itu ibarat insan
Satu ombak datang, beratus buih yang pergi
Hari itu ku disepikan dan ditinggalkan
Ombak datang buih yang pergi-Areej Safa-
"Okey terima kasih Saqeef. Safa sajak kamu agak wau. Boleh awak terangkan sikit apa yang awak nak sampaikan?" Tanya Cikgu Laila. "Setiap masalah kita hadapi akan terasa peritnya. Dan pada waktu itu orang mula tinggalkan kita" balas Safa ringkas. "Okey terima kasih. Sajak kamu ada bahagian yang sedap didengar cuma ada yang patut dibaiki kamu baiki ye. Ermmm Zalfa. Kamu pulak baca"
Hentaman demi hentaman ku terima
Cemuhan demi cemuhan ku dapat
Ruang yang ada tapi disepitkan
Peluang yang ada tapi ditolakPedih dan teramat lah perit
Hati ini lukanya tidak terhintung
Tiada sedikit ruang yang disediakan
Tiada sedikit peluang diberikanHati ini tiada lagi teguhnya
Laku baik namun dianggapnya jahat
Banyak kata yang ingin diucapkan
Banyak perasaan yang ingin ku tunjukkanSilap satu, seribu akan disilapkan
Pesan hati kembali teguh
Pujuk hati tempuhilah hujan
Paksa hati untuk terus menunggu
Kata hati, percayalah lepas hujan adanya pelangi
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...