Bab 19

8 2 0
                                    

Hari Lahir Safa

"Ha Saqeef kenapa?" Soal Puan Farah hairan melihat Saqeef berdiri di depan pintu rumahnya dengan berpakaian segak. "Mak cik, maaf. Tapi kalau saya nak ajak Safa keluar hari ni boleh? Saya nak sambut birthday dia" Saqeef cuba nasib. Puan Farah ketawa kecil.  "Boleh. Tapi ingat, jaga batas ye" pesan Puan Farah tegas lalu memberi senyuman. Saqeef mengangguk gembira. "Kejap, mak cik suruh dia bersiap." Ujar Puan Farah.
.

Safa dan Saqeef yang sedang berjalan menuju ke pusat bandar diam membisu. Safa menjadi semakin janggal jika hanya mendiamkan diri. "kenapa awak sampai sanggup luangkan masa awak untuk saya hari ni? Tiba tiba" soal Safa yang masih belum tahu yang Saqeef tahu hari ini hari lahirnya. "Saje. Kenapa?" Soal Saqeef kembali. Safa menggeleng laju.  "Hari ni saya nak belanja awak. Jom kita tengok wayang, lepastu main banyak banyak permainan kat sana. Jom" Saqeef mencepatkan langkahnya. Safa terkejut mendengarnya lalu turut berjalan laju mengejar Saqeef.
.

Usai tengok wayang Saqeef terus menuju ke satu kedai menembak, dimana apabila berjaya menjatuhkan semua tin, pelanggan akan dapat bear. Safa tidak mahu membazirkan duit Saqeef namun Saqeef tetap memaksa Safa. Saqeef bermain dengan penuh bersungguh demi mendapatkan bear itu sebaik sahaja hampir tiga kali Safa cuba tapi tak berjaya. Gembira Safa apabila Saqeef berjaya menjatuhkan kesemua tin. Bear itu terus di serahkan kepada Safa.

Selepas itu, Saqeef memaksa Safa maduk ke rumah hantu. Hampir luruh jantung Safa dibuatnya. Seronok Saqeef dapat mengusik Safa. Banyak permainan yang mereka main bersama. Banyak juga gambar yang di ambil bersama.

Selepas penat bermain, Saqeef mengajak Safa pergi ke satu kedai baju. Seperti biasa Safa menolak namun Saqeef memaksanya untuk memilih baju yang diingini Safa. Sebaik Safa keluar dari bilik persalinan, terkejut Saqeef melihatnya. Pandai Safa memilih pakaian. Cantik.
.

"Okey, lepas ni kita nak pergi mana?" Soal Saqeef riang di hadapan Safa, cuba mencari mana mana kedai permainan yang masih belum dia pergi. "Saqeef.. Saqeef" panggil Safa yang sudah penat berjalan seharian. Saqeef berhenti melangkah, menunggu Safa mendekatinya. "Dah la tu. Dah banyak sangat ni awak hadiahkan. Dah cukup sangat ni." Ujar Safa cuba pujuk Saqeef. Saqeef melihat barang di tangan Safa dan di tangannya kemudian melihat wajah Safa. Kelihatan wajah Safa sudah pun penat. "Ermm.. okey la, jom kita balik.. lagi pun dah pukul 2." Balas Saqeef. Maka mereka pun berjalan pulang ke rumah.

Tapi sebelum sampai ke rumah, mereka berhenti berehat di satu kedai minuman. Mereka menikmati minuman sedap itu. Sedang Safa menikmati minuman itu, Saqeef tiba tiba menghulurkan earphone. Safa memandang Saqeef. "Pakai" arah Saqeef. Safa pun memakainya. Lalu Saqeef menekan butang play.

"Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you.
Happy Birthday Happy Birthday
Happy Birth to you"

Safa ketawa kecil mendengarnya. "Cute" ujar Safa lalu memandang Saqeef. Saqeef tersenyum melihat safa ketawa. "Ni awak nyanyi untuk saya ke?" Senyuman Safa masih lagi tak lekang. Saqeef mengangguk lalu ketawa kecil. Safa terhenti ketawa apabila melihat Saqeef gembira sebegitu. Safa memandang Saqeef. Saqeef sedar Safa memandangnya lalu Saqeef turut mengubah riak wajahnya menjadi serius. 
"Saya dah janji, saya akan selalu gembira kan awak bila bersama saya." Ujar Saqeef. Safa hanya diam mendengarnya. "Safa.. saya tak tahu sejak bila.. sejak bila saya rasa macam ni. Saya mintak maaf" ujar Saqeef menunduk. "Apadia?" Soal Safa. Saqeef kembali memandang Safa. "Saya suka awak. Safa" luah Saqeef. Alhirnya dia berjaya luah setelah lama pendam. Safa terkedu mendengarnya. "Saqeef. Saya..." Safa buntu mahu balas apa. Dia tidak sangka yang Saqeef sukakannya. "Takpe Safa. Saya tak paksa.. Takpa, saya tunggu awak" balas Saqeef sambil cuba mengawal senyum padahal sedang terketar. Safa memandang Saqeef tanpa bicara apa pun. "Okay. Jom. Balik" Saqeef mencapai semua barang dan berdiri menunggu Safa.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now