Bab 10

6 3 0
                                    

"Sampai satu hari, saya rasa sangat sedih. Saya rasa dalam banyak banyak hari, hari tu la yang paling berkecai dalam hidup saya.

"Saqeef~ Saqeef buat apa tuu? Lahh.. Saqeef nak belajar ke tu? Alaaa tak payah Saqeef. Harini mama ambik cuti, semata mata nak main dengan Saqeef. Jom kita tengok tv sama sama, makan sama-sama." Tiba tiba hari itu Datin Jalilah berubah menjadi terlalu baik terhadap Saqeef. Mek Pah pada ketika itu melihat layanan Datin Jalilah terhadap Saqeef mula berasa simpati. "Wahh.. betul ke ni mama? Wahhhh lamanya Saqeef tunggu saat ni. Saqeef rindu mama dan papa.. ada mama sekarang pun takpe lah.. nanti saqeef pun nak main dengan papa." Saqeef melompat lompat didepan Datin Jalilah. Dapat lihat keriangan seorang anak yang rindu untuk bermanja dengan seorang ibu akhirnya akan terubat. "Iyee.. jom" Datin Jalilah pun membawa Saqeef keluar dari bilik lalu menjeling melihat mek pah. Mek Pah yang takut dengan jelingan Datin Jalilah cepat cepat masuk ke dalam bilik Saqeef untuk mengemas seperti apa yang Datin Jalilah minta.
.

"Bibik! Bibik!" Laung Dato Mustafa yang baru pulang dari kerja itu. "Ye Dato?" Mek Pah yang dari bilik Saqeef tergesa gesa keluar menuju ke arah Dato Mustafa. "Bibik tengah buat apa? Mana wife saya?" Tanya Dato Mustafa. "Bibik lagi beresin barangnya Saqeef. Datin ada di dapur.... sama saqeef" jawab Mek Pah yang sedang tunduk pilu. Dato Mustafa diam beberapa saat lalu menuju ke bilik Saqeef untuk melihat barang barang Saqeeh yang sedang dikemas oleh Mek Pah. 1 minit kemudian dia menuju ke dapur. "Abang dah balik?" Sapa Datin Jalilah dengan riang palsu. "Papa! Papa dah balik. Papa Saqeef rindu nak main dengan Papa" ujar Saqeef. Dato Mustafa dan Datin Jalilah saling berpandangan. "Widad mana?" Tanya Dato Mustafa, cuba mengabaikan Saqeef yang sedang tersenyum lebar. "Dalam bilik belajar." Balas Datin Jalilah. Lalu Dato Mustafa meninggalkan Saqeef begitu sahaja. Saqeef terus berasa sedih. "Papa dah tak sayang Saqeef ke?" Detik hatinya.  "Saqeef, makan lah buah epal ni. Rugi kalau Saqeef tak makan. Nanti takde dah." Ujar Datin Jalilah.. ayat itu memang dimaksudkannya, kerana itulah buah epal terakhir yang dia sediakan untuk anaknya itu. Saqeef yang kecil masih tidak faham ayat seperti itu, lalu makan dengan riangnya. "Mama, Saqeef nak tunjuk sesuatu dekat Mama. Mama tunggu sekejap ye" saqeef cepat cepat berlari memasuki biliknya. Terkejut Saqeef melihat Mek Pah sedang mengemas barangnya. "Bibik.. bibik kenapa letakkan baju Saqeef dalam beg besar ni? Mainan Saqeef?" Soal Saqeef hairan. "Saqeef.. bibik mintak maaf sayang" Mek pah dapatkan Saqeef dalam pelukannya. Berjurai air matanya ketika itu.

"Kenapa bibik nangis.. takpe bibik, mesti mama nak bilik Saqeef bersih. Takpe, bibik kemas la, Saqeef tak kacau. Saqeef datang nak ambik lukisan saqeef ni. Nak tunjuk dekat mama" balas Saqeef dengan senyuman ceria. Ye, Saqeef seorang budak yang lambat. Dia belum dapat baca apakah yang sedang berlaku. Lagi berjurai air mata Mek Pah melihat Saqeef seperti itu, tidak tahu apa apa. Lebih lagi apabila melihat lukisan Saqeef. Saqeef pun beredar dari situ.

Saqeef yang sudah kembali di dapur terus menunjukkan lukisan itu kepada ibunya. "Mama, tengok ni, cantik tak? Ini mama, Saqeef, papa, abang Widad. Saqeef lukis sendiri tau. Tengok tu mama, mama papa pegang tangan saqeef. Abang widad pegang tangan papa. saqeef tak pandai lukis tangan. Tapi saqeef cuba. Cantik kan mama?" Soal Saqeef. Datin Jalilah tersenyum sinis. "Kamu memang semua tak pandai." Jawab Datin Jalilah perlahan. "Mama cakap apa.. saqeef tak dengar la" Suara Datin tersangat perlahan membuatkan Saqeef tidak mendengarnya. "Mama, cakap la lagi.. cakap la lagi... Mama cakap lukisan Saqeef lawa kee.. mama ... Mama" Saqeef melompat lompat didepan ibunya itu.. "serabutnya aku budak ni" omel hati Datin Jalilah. Lompatan Saqeef dengan tidak sengaja terlanggar siku Datin Jalilah membuatkan secawan kopi yang dipegang Datin Jalilah terjatuh di atas meja lalu kopi itu tumpah betul betul di atas lukisan Saqeef. "Saqeef!!" Jerkah Datin Jalilah. Datin Jalilah terus naik bengang apabila bajunya terkena percikkan kopi. "Datin. Puan Latifah dah datang" ujar Mek Pah. Datin Jalilah terus menjeling melihat Saqeef lalu meninggalkan Saqeef sendirian disana. Mata Saqeef mula berkaca. Mek Pah tanpa berlengah terus memeluk Saqeef. "Saqeef, saqeef jadi anak yang kuat ye. Saqeef hebat nak. Saqeef, bibik mau saqeef tahu yang bibik sayang bangat sama Saqeef. Bibik akan sentiasa ada untuk Saqeef. Nanti, kalau Saqeef perlu bibik, Saqeef telefon aja bibik ya nak. Bibik sayang Saqeef." Mek pah cium dahi Saqeef lalu memeluknya erat.
.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now