"bikk!! Bibikkk! Siapkan Saqeef. Cepat!" Jerit Datin Jalilah. "Mama, mama nak pergi mana?" Soal Widad. "Eh kamu tak pergi lagi sekolah? Abang!! Kenapa hantar anak lambat? Memang tak boleh harap lah awak nii! Dah saya tak nak terlibat dengan Widad sekarang, saya nak uruskan Saqeef harini. Awak jugak yang suruhkan." Lalu Datin Jalilah beredar meninggalkan Widad terkebil menantikan jawapan dari Datin Jalilah. "Ha Widad buat apa lagi tu?! Pergi pakai kasut. Jangan bagi papa yang tunggu kamu!" Semenjak peristiwa Saqeef hari itu keluarganya seperti hilang harmoni. widad dapat merasakan hubungan yang tidak lagi berkasih sayang seperti dahulu. Semakin hari takut yang Widad rasai. Widad memberanikan diri mendekati Dato Mustafa yang sedang bersiap di dalam bilik. "Papa, mama nak bawak Saqeef pergi mana?" Tanya Widad lalu menelan air liurnya. Dato Mustafa seperti hilang sabar lalu mendekati Widad. "Adik kamu tu sakit mental, otak dia tak sempurna. Orang macam dia tak boleh pergi mana. So mama kamu bawak dia pergi jumpa pakar. Entah banyak mana pula yang habis untuk rawatan dia nanti. Harapnya datang faedah la. Kamu jangan jadi macam adik kamu. Faham?! Malu keluarga kita nanti" Tinggi suara Dato Mustafa membuatkan Widad terkejut.
.
"Anak Datin ni sebenarnya ada masalah. Dia boleh dikelaskan dalam golongan budak yang lambat. Tapi Datin jangan risau, bukan anak Datin saja yang mengalaminya. Ramai juga kanak-kanak yang lain seperti ini. Datin perlu menggunakan tips yang saya sharekan nanti. Antaranya biarkan mereka bergaul dengan orang. Okey nanti saya sharekan dengan lebih terperinci." Jelas Doktor pakar itu. "Apa Doktor? budak lambat? Maknanya anak saya memang lembap ke Doktor?" Serius riak wajah Datin Jalilah ketika itu, tidak percaya. "Datin.." terkejut Doktor itu apabila mendengar Datin Jalilah mengatakan anaknya Lembap. "Kenapa? Kenapa kau lembap!!" Kini Datin Jalilah tidak keruan. "Datin bawak bersabar. bertenang. Tak baik tunjuk sikap begitu depan anak." Agak terkedu Doktor itu melihat perangai tidak dijangka dilakukan oleh seorang ibu kepada anak. "Doktor jangan sibuk nak nasihat saya. Saya ada hak nak bercakap dengan dia. Saya datang sini bukan free tau. Saya bayar." Datin Jalilah tidak berpuas hati dengan perangai Doktor itu yang sewenang-wenangnya menegur dirinya.
.
"abang, sekarang macam mana? Cuba awak bagi tahu saya apa saya nak buat? Kita nak buat apa ini?!" Datin Jalilah tidak dapat mengawal dirinya, terketar suaranya. "Awak boleh diam tak?!" Tengking Dato Mustafa. Widad yang curi-curi dengar perbualan antara Datin Jalilah dan Dato Mustafa dari A-Z terus menjadi tidak tenteram. Perasaan gundah mula mengawal diri Widad. Pelbagai perkara yang difikirkan oleh Widad tentang adiknya, Saqeef. Widad tidak membuang masa lagi terus mengangkat langkah untuk pergi mendapatkan adiknya namun nasib malang menimpa, Widad tersandung. Membuatkan Datin Jalilah dan Dato Mustafa perasan akan kewujudannya disitu. Nasib tiada apa-apa yang cedera. Widad mula berdebar apabila ayah dan ibunya melihat dirinya seperti mahu ditelan sehabis-habisan. "Widad.. Widad.. Jom makan buah.." Datin Jalilah cepat menuju ke arah Widad lalu mengangkat Widad menuju ke dapur. "Widad, widad nak makan buah apa? Mama baru je suruh bibik belikan buah kelmarin." lembut sahaja suara Datin Jalilah ketika itu supaya Widad tidak takut dengan dirinya.
.
"Waahhh. Untung Widad hari ni tau. Sebab mama hidangkan. Betul tak? Nah makan" Pelawa Datin Jalilah. Widad tanpa sedar tersenyum lebar, gembira kerana mempunyai ruang untuk bersama ibunya yang asyik sibuk. "Makan banyak ya, supaya kamu sihat jadi boleh belajar selalu. Bijak. Jangan jadi macam Saqeef." tanpa sedar Datin Jalilah telah mengubah suasana menjadi tegang. Widad terus hilang selera apabila ibunya berbuat perangai sebegitu. "wahhh.. Mama dan abang makan apa tuu? Wah epalll. Saqeef suka. Saqeef pun nak jugak." dicapai epal itu oleh Saqeef riangnya. "Saqeef!!!" Datin Jalilah menepis tangan Saqeef yang sedang memegang sekeping epal yang sudah dihiris itu. "Ni buah Widad. Widad je yang boleh makan! Widad makan buah ni!" tegas datin Jalilah. Saqeef terkaku dengan perangai ibunya itu. Sejak hari itu Saqeef mulai sedar ibu dan ayahnya sudah mula melayannya dengan cemuhan. "Mama!!!" tanpa sengaja Widad meninggikan suaranya kerana geram dengan layanan Datin Jalilah terhadap Saqeef. Datin Jalilah terkejut dengan Widad. Saqeef tersenyum memandang Widad. "Abang masih sayangkan aku" itu yang terdetik dihati Saqeef waktu itu. "Widad tak nak makan dah" Widad pun turun dari kerusi lalu cuba mencapai tangan Saqeef namun tidak sempat kerana Datin Jalilah terlebih dahulu mendapatkan Saqeef. "tengok! Tengok apa yang kau dah buat! Widad dah takde selera nak makan buah sebab kau ganggu selera dia!" Datin Jalilah menggoncangkan badan Saqeef sekuat hati. "Abang, tolong Saqeef. Saqeef takut." merayu Saqeef dalam hati. "ma..." tidak sempat Widad mahu memanggil ibunya, Dato Mustafa terlebih dahulu bertindak. "Widad, belajar!" Dato Mustafa kelihatan amat garang ketika itu, lebih lagi apabila memegang rotan. Widad takde pilihan selain mengikuti perintah ayahnya. "Abang dah tak sayangkan aku?" Detik hati Saqeef. "Ya ampun puan. Kasian Saqeef" Menangis Mek Pah melihat Saqeef dipukul oleh Datin Jalilah bertalu talu hanya disebabkan sekeping epal. "Bibik jangan masuk campur. Nanti saya pecat kalau bibik berani masuk campur" Jerkahnya.
.
"Boleh ke saya makan epal ni?" Saqeef yang dari tadi termenung memandang buah epal yang dihidangkan oleh Safa akhirnya mengeluarkan suara. Safa yang dari tadi perhatikan Saqeef menjadi hairan apabila mendengar soalan itu yang ditanya Saqeef. "Ha?" Safa mula tersengih seperti acuh tak acuh. "Kenapa? Awak takut saya letak racun ke?" Safa menunjukkan muka tidak puas hatinya. Tapi kali ini riak wajahnya sedikit kelakar, membuat Saqeef tersenyum tanpa sengaja. "Hmm.. ye tak ye jugak.. apa kata awak makan dulu. Takut jugak kalau betul" saqeef mengambil sekeping epal lalu menghulurkan tepat ke depan mulut Safa. Safa terkaku melihat perbuatannya. Ini kali pertama dia melihat Saqeef tersenyum. "Cepat makan. Tangan saya dah lenguh dah niii" kini Saqeef menekankan suara dia. Safa dengan lajunya mengambil epal ditangan Saqeef lalu dimasukkan kedalam mulutnya. "Saya makan sendiri" lalu memberikan sengihan. Saqeef terdiam seketika. "Hmm nampak macam takde pape. Tapi takpe la awak makan saja la epal tu" ujar Saqeef. Terus muka Safa seakan akan berubah singa. "Tadi cakap nak. Bila dah sedia tak nak. Memang saja dia ni" omel Safa.
Saqeef menurunkan dibahagian kepala katilnya lalu baringkan dirinya. Safa yang sudah penat berdiri akhirnya duduk di atas kerusi di sebelah kiri Saqeef. "Saqeef.. sorry kalau saya menyibuk. Mana parents awak? Saya nak jumpa diorang dan nak mintak maaf sebab awak jadi macam ni" ujar Safa sambil memandang Saqeef yang sedang termenung melihat siling. Saqeef diam tidak bercakap. Lama juga Safa menunggu jawapan Saqeef. Lalu tiba tiba terukir senyuman di bibir Saqeef. "Haih senyum sorang sorang pulak dia" bisik hati Safa. Saqeef pun terus mengiring ke kanan, membiarkan Safa dibelakangnya. "Perghh nak tidur pulak dia. Habis aku ni tunggul. At least cakap la saya nak tidur, awak balik je la." Kali ini Safa bebel sedikit panjang di dalam hatinya. "Dulu.." Saqeef mula bersuara. Safa yang baru sahaja ingin bangun dari kerusi nampaknya tidak jadi. "Dulu, saya bukan diri saya yang sekarang. Saya banyak terima rawatan. Ramai sudah pakar yang parents saya bawak saya jumpa mereka. Banyak duit mereka bazirkan untuk saya. Tapi saya tetap tak beri kesan yang baik. Sampaikan.." mata Saqeef mula berkaca.
"Abang buat apa tu?" Soal Datin Jalilah yang baru pulang dari kerja. "Tengah cek akaun bank. Banyak sangat ni duit keluar" dahi Dato Mustafa berkerut seribu apabila melihat duit beribu ribu keluar dari akaun banknya. "Mana? Alahh beribu je pun. Awak kan ada duit banyak. Apa lah sangat." Balas Datin Jalilah lalu sambung memecat satu persatu barang kemasnya. "Masalah sekarang, duit keluar beribu tapi hasilnya apa? Takdee! Takde faedah. Awak rasa berbaloi kee?" Dato Mustafa memandang Datin Jalilah tajam. Datin Jalilah terus tidak bergerak apabila difikirkan semula. "Ye tak ye jugak. Dah 3 bulan kita usahakan untuk bagi bijak si Saqeef. Beribu ribu yang melayang. Tapi apa je perubahan dia. Hmm kalau ada pun sikit.. erm sikit sangat. Setakat pandai baca, tapi tak reti mengira. Entah fikir pandai tah tidak. Setakat membaca apa lah sangat, memang benda biasa orang pandai." Datin Jalilah memeluk tubuhnya. Dato Mustafa mengeluarkan keluhan yang kuat. "Abang awak tu, keluarga mereka dah mula pandang rendah pada kita. Nampaknya mak awak dah start lebihkan keluarga dia. Ye la anak anak dia semua bijak dari anak kita. Bijak sangat la boleh katakan. Eh tapi widad.. widad pun bijak jugak. Saya lupa pulak kita ada widad. " Sambung Datin Jalilah. "Sekarang apa kita nak buat?" Soal Dato Mustafa bengang apabila mendengar tentang familynya mula memandang serong dekat dirinya.
"Saya ada satu idea. Abang.. kitakan dah ada Widad. Awak rasa kita perlu ke Saqeef dalam rumah ni? Cuba awak fikir balik. Nanti habis lagi beribu duit awak kalau masih rawat dia. untung pun takde. Rugii awak." Kini entah kenapa Datin Jalilah menjadi seorang manusia yang tiada hati perut. Kemana kasihnya seorang ibu terhadap seorang anak yang dia sendiri lahirkan. Dato Mustafa terkejut mendengar idea isteri kesayangannya itu.
."Saya dah cuba untuk ubah diri saya. Tapi saya tak tahu. Tak tahu kenapa susah sangat saya untuk menjadi seperti abang saya. Saya rasa saya seorang anak yang tak berguna, saya anak yang kurang." Safa yang mendengar cerita Saqeef diam seribu bahasa. Tak mampu menjawab apa apa. Kerana ini kali pertama dia mendengar kisah hidup Saqeef yang misteri ini.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...