Jabir berjalan laju menuju ke rumahnya sebaik sahaja mendapat panggilan dari Mikyaf yang sudah berada di depan rumah milik Jabir. Jabir ini merupakan teman rapat Mikyaf di universiti."Mikyaf" panggil Jabir. mikyaf yang sedang duduk di tangga terus memandang Jabir yang baru sampai di depannya. Mikyaf kemudian memandang motorsikal milik Jabir yang tersimpan kemas di garaj. "Kenapa kau tak pakai motor?" Saja Mikyaf soalkan soalan itu. "Saja. Lagi pun aku pergi dekat rumah kawan aku dekat area ni je. Aku jalan kaki je la, lame tak jalan kaki. Dah la. Jom masuk" pelawa Jabir sambil membuka kunci pintu rumah studionya. Mikyaf masuk ke dalam mengikut Jabir. "Duduk lah dulu" arah Jabir dan menuju ke dapur mencari sedikit makanan dan minuman. "Weyh Mikyaf. Kau duduk sini dulu tau. Aku nak pergi kedai kejap." Jabir lupa stok makanan dan minuman bujangnya sudah kehabisan. Dicapainya kunci motor di penyakut kunci. "Buat macam rumah sendiri" pesannya lalu menutup pintu rumah. Mikyaf diam sahja, tiada mood. Setelah 5 minit bosan menunggu Jabir, Mikyaf terus mendekati piano milik Jabir. Kenangannya dengan Safa mula muncul di benak fikirannya, dimana ketika itu Safa mendengar dirinya bermain piano lagu Reason untuk hari persaraan Cikgu Hamidah dahulu. Tersenyum Mikyaf ketika itu. Tanpa membuang masa Mikyaf melabuhkan punggungnya di kerusi piano dan memainkan satu lagu sambil menyanyi. Meluahkan isi hatinya dengan lagu itu.
Sebenarnya Jabir sudah pun sampai di depan pintu rumahnya, namun dibiarkan sahaja Mikyaf bermain piano dan meluahkan isi hantinya. Sebaik sahaja Mikyaf habis memainkan piano itu, terus Jabir memulas tombol pintunya dengan nada gembira memulakan perbicaraan untuk menghiburkan Mikyaf. "Weyh, jom! Aku beli makanan dan minuman sikit ni. Untuk kau" Jabir melabuhkan punggungnya di sofa dan meletakkan makanan ringan dan tin minuman di atas meja didepan sofa. Mikyaf tersenyum melihat Jabir yang faham tentang masalahnya.
."Jadi, sekarang kau dah bertunang?" Terkejut Jabir mendengar cerita Mikyaf. Mikyaf mengangguk dengan tiada perasaan. "Dan kau tak pernah bercakap atau jumpa dia?" Jabir inginkan kepastian. Mikyaf memandang Jabir dengan mata penuh suram. Jabir simpati dengan hidup Mikyaf yang dikawal oleh ibu bapa. "Wow" tak terkata Jabir. Masing masing membisu. "Aku tahu, mesti perit untuk kau lupakan perempuan yang kau suka" ujar Jabir. Mikyaf menghelakan nafas panjang. "Aku memang kena lupakannya. Aku rasa perempuan yang aku suka tak perlukan aku. Lagi pun aku dah ada tunang." Balas Mikyaf lalu meneguk air. "Kau berserah 100%?" Soal Jabir fokus memandang Mikyaf. Mikyaf mengangguk. Mereka kembali diam. "Dia abaikan kata kata aku hari tu. Kata kata aku.. aku suka dia.." tiba tiba Mikyaf bersuara. Jabir diam memandang Mikyaf. Tidak tahu bagaimana untuk memujuk kawannya yang sedang terluka teruk. "Okeyh la Jabir. Thanks tau sebab sudi teman aku. Aku nak gerak dulu." Mikyaf cuba sembunyikan perasaan sedihnya kembali.
.2 bulan kemudian
"Mak cik, takpe. Biar saya tolong potongkan timun ni. Mak cik tak menang tangan nampaknya, jadi biar saya buat yang ni" pelawa Saqeef apabila melihat Puan Farah tidak menang tangan cuba siapkan sarapan. "Terima kasih Saqeef. Haish mana la Safa ni. Lama sangatnya nak keluar bilik." Sempat Puan Farah bebel. "Eh takpe la mak cik. Kecik je ni. Saya pun tak tahu nak letak muka saya kalau saya tumpang makan saja saja. Apa salahnya saya tolong kan. Kalau mak cik nak mintak tolong apa apa bagitahu je" balas Saqeef lalu mencapai pisau untuk memotong timun batang. "Mak sorry. Safa cari tudung tadi tak jumpa" Safa akhirnya keluar dari biliknya. Saqeef masih fokus dengan memotong timun. Puan Farah mengabaikan Safa, fokus memasak.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...