Bab 5

11 3 0
                                    

Aku mintak maaf

"Dah lah tu Safa.. Dah jangan nangis" Tengku Mikyaf cuba menenangkan Safa ketika itu. "Kenapa dia perlu berjumpa dengan Aryan tuu?! Kenapa jadi macam ni?" Safa kini mula meluahkan perasaan geramnya. "Apa yang terjadi sebenarnya antara awak berdua?" Kini Tengku Mikyaf mula terasa sesuatu. Cemburu? Tengku Mikyaf ingin tahu apa sebenarnya hubungan mereka berdua. Safa memandang Tengku Mikyaf. Mereka saling berpandangan, diam membisu. Tengku Mikyaf tersedar dari renungan itu terus melemparkan senyuman. Malu mungkin. "Eh Safa, saya nak jumpa Sir Khai dekat luar sekejap. Apa apa call tau." Safa mengangguk lalu memandang ke lantai. Tengku Mikyaf bangun dari kerusi lalu menuju ke laluan keluar dari hospital. Sir Khai entah kemana agaknya. Selepas mendapat tahu kondisi tentang keadaan Saqeef daripada Doktor, terus dia keluar dari bangunan hospital itu.
.

Terguris satu senyuman dibibir Tengku Mikyaf sebaik sahaja jumpa cikgunya itu setelah penat mencari. Tengku Mikyaf berjalan dengan tenang sambil membawa dua cawan kopi panas menuju ke tempat Sir Khai termenung. "Sir." Sapa Tengku Mikyaf, tersentak Sir Khai. "Ha Mikyaf" jawab Sir Khai sambil menyambut minuman yang dihulurkan oleh Tengku Mikyaf. Tengku Mikyaf terus duduk di sebelah Sir Khai lalu meneguk kopi yang dibelinya. Sir Khai yang masih termenung dipandang Tengku Mikyaf. "Apa sebenarnya yang Sir fikirkan?" itu yang berlegar difikiran Tengku Mikyaf.
"Kesian betul dekat budak yang dibuang dari keluarga ni. Banyak dugaan yang dia lalui" tiba-tiba Sir Khai bersuara. Tengku Mikyaf hanya diam mendengarkannya. Mungkin dia perlu mendengar luahan Sir Khai.

"Kadang saya tak faham. Kenapa ada keluarga yang sanggup buang anaknya keluar dari family mereka. Hanya sebab kurangnya anak itu, sampai sanggup keluarkan dia dari jalinan kasih sayang. Apa agaknya yang dia fikirkan? Tak terfikir ke dia tentang perasaan si anak pula. Keluarga tak la miskin.. Kaya, mampu. Tapi kenapa tak boleh nak jaga anak sendiri? Sanggup biarkan anak hidup seorang diri sebatang kara. Allahuakbar" Sayu sahaja suara Sir Khai pada saat itu. "Mungkin sebab kekayaan membuatkan mereka mudah untuk keluarkan anak mereka dari family? Demi kesempurnaan." Tengku Mikyaf memberi pendapatnya sambil merenung kedepan. "Sampaikan anak sendiri yang sedang terlantar di hospital sanggup endahkan, demi kesempurnaan keluarga?" Sir Khai memandang Tengku Mikyaf dengan mata penuh berkaca menahan tangisnya. Tengku Mikyaf terdiam dan faham tentang siapa yang dicakapkan oleh Sir Khai.

"Sir, saya mintak maaf." Tengku Mikyaf tunduk bersalah. " Takpe Mikyaf. Saya faham.." balas Sir Khai. "Saya sangat kenal family Saqeef. Mereka memang utamakan kesempurnaan." Sambung Sir Khai lalu minum kopi yang diberikan oleh Tengku Mikyaf itu. Tengku Mikyaf mengangkat mukanya memandang Sir Khai. "Sir, maaf. Macam mana sir boleh kenal family Saqeef?" Tengku Mikyaf terus mengajukan soalan itu sebaik sahaja Sir Khai memberitahu bahawa dia kenal keluarganya Saqeef. "Saya ayah saudaranya. Adik kepada ibunya, Datin Jalilah." Senyuman kosong dapat dilihat di bibir Sir Khai pada waktu itu. Tengku Mikyaf hanya mendiamkan diri ketika itu. Kini dia tahu tentang keluarga Saqeef walaupun sedikit. Memang selama ini Saqeef menjadi tanda tanya di fikirannya. Saqeef memang pernah menjadi bualan orang ramai di sekolah sewaktu tahun pertamanya, kerana dengan wajahnya yang handsome. Namun kerana dirinya yang sangatlah pendiam membuatkan ramai peminatnya berundur. Lebih lagi apabila dapat tahu bahawa Saqeef ini orang yang tidak berduit. Betul, pada pendapat Tengku Mikyaf sendiri, rupa dan duit akan menjadi rebutan gadis di sekolah itu. Dan itu membuatkan Tengku Mikyaf muak dengan semua gadis yang bermata duitan dan hanya memandang rupa tapi apakan daya, dia hanya mampu mendiamkan diri kerana malas untuk bercakap banyak.
.

"Dah boleh masuk? Okey saya dan Sir Khai otw ke sana. Awak masuk dulu ye. Okey." - Tengku Mikyaf

"Sir, Safa call cakap dah boleh masuk jumpa Saqeef. Jom?" Tengku Mikyaf melemparkan senyuman ikhlasnya.. Ye, entah kenapa perasaan gembira mula membuak-buak setelah mendapat tahu berita itu.

Sir Khai yang melihat senyuman ikhlas Tengku Mikyaf turut tersenyum tanpa sengaja. "Ya Allah, aku gembira adanya rakan yang ikhlas sayangkan Saqeef." Luah Sir Khai didalam hatinya. "Tolong jadi kawan dan abang yang baik buat Saqeef. Boleh?" Tanya Sir Khai dengan harapan yang besar. "Boleh Sir" jawab Tengku Mikyaf. "Jom sir" Tengku Mikyaf bangun dari duduknya dengan senyuman yang tak lekang dari tadi.
.

"Saqeef" nama itu dipanggil oleh Safa yang berdiri di sebelah katil Saqeef. Saqeef terus membuka matanya yang sebenarnya tidak tidur. Saqeef hanya berkedip kedipkan matanya memandang siling biliknya. "Saqeef, aku tak tahu macam mana kau boleh terlibat dengan Aryan. Tapi yang aku tahu aku perlu mintak maaf dengan kau. Aku mintak maaf." Kata maaf diucapkan oleh Safa tanpa ego. Saqeef hanya diam membisu. Tiada sebarang percakapan oleh Saqeef. "Saqeef, maaf aku tanya. Mana parents kau? Aku betul betul nak jumpa dia dan mintak maaf apa yang terjadi dekat kau. Sebab aku kau macam ni. Mesti parents kau akan marah sangat sangat dekat aku. Takpe aku faham. Aku fikir aku akan tunggu parents kau." Dalam hati Safa waktu itu perasaan berdebar tersangat lah menguasai dirinya ketika itu. "Kau balik la dulu. Parents aku tak datang waktu sekarang, sibuk" jawab Saqeef. Terkejut Safa, tak sangka Saqeef sudi bercakap dengannya setelah apa yang berlaku.

"Assalamualaikum" Sir Khai dan Tengku Mikyaf tepat sampai pada waktu Saqeef menghabiskan ayatnya sebentar tadi. "Saqeef macam mana?" Tanya Tengku Mikyaf. Anak mata Saqeef memandang Tengku Mikyaf yang berdiri di sebelah ayah saudaranya itu beberapa saat. "Dahaga" jawab Saqeef. "Okeyh jap aku pergi dapatkan air untuk kau." Tengku Mikyaf melemparkan senyumannya sebelum meninggalkan ruang itu. "Saqeef, uncle dah call mak kamu..." Sebaik sahaja Sir Khai menyebut tentang ibunya Saqeef terus memandang Safa. Safa yang hairan mendengar panggilan uncle itu terus memandang Saqeef. "Safa, kau keluar dulu boleh?" Tanya Saqeef nada biasa. Safa mengangguk lalu meninggalkan dua beranak itu. Sir Khai tersenyum, itu lah Saqeef. Tidak mahu sesiapa tahu tentangnya.

"Kenapa uncle call Datin Jalilah? Uncle sendiri tahu dia tak akan datang" soal Saqeef yang sedang memandang siling. "Uncle cuma berharap dia akan datang melawat Saqeef yang kepala sedang berbalut ni." Senyum Sir Khai cuba menutup perasaan simpati terhadap Saqeef. "Dan dia tak akan datang" jawab Saqeef laju lalu memandang Sir Khai serius. Sir Khai dapat melihat mata Saqeef yang penuh dengan air mata keperitan yang cuba ditahan. Sir Khai menunduk lalu mengangguk. Faham seperti biasa. "Uncle balik dulu. Kalau apa-apa bagitahu nurse." Sir Khai keluar dari bilik Saqeef.
.

"Saya balik dulu. Kamu berdua ni tolong balik awal jugak ye, dah pukul 6.30 petang ni. Esok sekolah kan." Sir Khai menepuk bahu Tengku Mikyaf yang berdiri di sisi Safa. "Baik Sir" balas mereka. Lalu Sir Khai mula melangkah meninggalkan mereka disitu.
.

"Saqeef ni aku bawakan air" Tengku Mikyaf menunjukkan satu plastik ditangannya yang berisi air lalu diletakkan di atas meja kecil disebelah katilnya. Tengku Mikyaf menolong Saqeef yang sedang gigih bangun dari baringnya untuk duduk bersandar. Kepalanya terasa sakit yang amat pada ketika itu. Safa rasa sangat bersalah. "Jangan fikirkan aku" ujar Saqeef. Safa tidak sangka yang Saqeef seperti dapat membaca fikirannya ketika itu. Tengku Mikyaf memandang mereka berdua. Kini tiba-tiba perasaan cemburu itu datang. "Nah" Tengku Mikyaf menghulurkan minuman itu.
.

"Saqeef" semua ketika itu memandang kearah pintu.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now