Hari demi hari Safa menantikan mesej dari Saqeef. Entah kenapa Saqeef mendiamkan dirinya selepas hari itu. Sudah seminggu Saqeef mendiamkan diri. Safa scroll screen telefonnya mencari mesej dari Saqeef. Mengharapkan dia terlepas pandang selama ini. Tapi tiada.
"Safa. Jom, teman aku pergi beli pakaian untuk aku temu duga biasiswa. Kita jumpa dekat bus stop dekat rumah kau." - Zalfa
Tiba tiba Safa mendapat mesej dari Zalfa. Difikirkannya Saqeef tapi bukan. Safa mengeluh kuat lalu bersiap siap.
."Saqeef, mama papa takde malam ni. Mama papa flight ke Terengganu hal perniagaan. Saqeef nak jumpa Safa tak bagi file tu?" - Widad.
"Nak" - Saqeef
"Okey nanti line clear, abang buka kunci bilik kamu" - Widad
Tersenyum lebar muka Saqeef. Akhirnya dapat berjumpa Safa setelah seminggu tidak berjumpa.
.Safa berjalan menuju ke bus stopnya sambil terfikirkan tentang Saqeef. Entah kenapa hari demi hari dia tidak dapat berhenti memikirkan Saqeef. Terkadang dia tersenyum sendiri apabila teringat kembali kenangan semasa birthdaynya. Apabila sampai di bus stop, Safa memandang langit yang dipenuhi bintang pada malam itu. "Begini ke Saqeef. Terus bersinar walau ada masalah." Ujar Safa apabila teringat kenangannya ketika menemani Saqeef di hospital. ketika Saqeef menceritakan segala masalahnya. Saqeef dapat berdiri walaupun perit.
Mikyaf yang kebetulan pada ketika itu mengambil angin berhampiran disitu, ternampak Safa. "Saqeef. Mesti Saqeef sangat rindukan Safa. Safa? Nampak macam sedang merindukan seseorang. Dia tak tahu, keadaan Saqeef sekarang" detik hati Mikyaf. Setelah beberapa minit memandang Safa, Mikyaf mula mendekati Safa. Bagi Mikyaf tidak adil untuk Safa tidak tahu keadaan Saqeef.
.Saqeef yang sudah berjaya keluar dari rumah agam dibantu oleh Widad.
Sambil Saqeef berjalan sambil dia fikirkan bagaimana dia nak berdepan dengan Safa. Perasaan tidak sabarnya semakin membuak buak. Ye dia rindukan Safa. Dia sangat sayangkan Safa. Tanpa membuang masa, Saqeef berlari menuju ke rumah Safa dengan penuh harapan.
.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...