Di dalam bilik rahsia Sya~
Hali:Sekarang,nak buat apa?
Sya:Ok.Mula-mula kita buat plan dulu!
Hali:Plan?Macam mana tu?
Sya:Macam ni.Sya yang akan buat telefon baru untuk abang Solar dan abang Hali yang kena bagi dekat abang Solar.
Hali:Kenapa aku pulak?!Nanti dia perasan aku bagi dia pulak!(memusingkan bebola mata)
Sya:Tak perlu risau,abang Hali cakap lah yang Sya buat telefon ni sebagai tanda minta maaf.Kalau dia tak tahu nak guna,suruh dia jumpa Sya.
Hali:Sya,Solar tu tak ada lah bengap mana walaupun dia tu poyo.Dia mestilah tahu cara nak guna telefon oii..
Sya:Telefon yang Sya akan buat ni lain sikit daripada fon yang jual dekat mall tu...
Hali:Lain macam mana?
Sya:Nanti Sya terangkan.Abang Hali kena tolong Sya jugak tau!Jangan nak pergi mana.
Hali:Ye ye...
Sementara itu,
Solar berseorangan di dalam bilik meratapi telefonnya yang sudah rosak disebabkan oleh Sya.
Solar:Kenapa?Kenapa kau tinggalkan aku Liky?Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau.Macam mana dengan followers aku nanti?!
Telefon Solar:Lebih baik aku mati daripada ada tuan macam kau.
Solar:WEH?!!!K-KAU BERCAKAP KE?!
Telefon Solar:..... Ha'ah.
Solar:HUWAAAAAA
Secara kebetulan Taufan lalu didepan bilik Solar dan menyaksikan drama tadi.Dia hampir tergelak melihat adiknya bercakap seorang diri dengan telefon bimbit yang sudah rosak itu.
Taufan:Kena bagitahu Blaze dengan Thorn ni...mwehehehehe jagalah kau Solar...pffft tapi kenapa dia kata telefon tu bercakap?Aku tengok telefon tu elok diam kat situ(berfikir) hmmm gila agaknya...(pergi jumpa Blaze dan Thorn)
Taufan mencelah ditengah-tengah ruang antara Blaze dan Thorn yang ada di sofa itu.TTM sekarang ada di ruang tamu ye... yang lain saja di atas.
Blaze:Weh,kau dari mana ni?Tetiba pulak mencelah,orang tengah main game ni!
Thorn:Ehhh?!Blaze!Belakang kau ada musuh!
Blaze:Mana?Mana?!
Thorn:Tu hah!Yang ada tulis tulisan 'Enemy at your back!'
Blaze:Hisk...apa nasib aku niii bunuh je la akuuu~
Taufan:Weh,aku datang sini nak cerita satu benda ni...bukan datang semata-mata untuk dipalau... TAT
Blaze:Ok ii sorry.(berhenti main game begitu juga dengan Thorn)
Thorn:Apa yang Taufan nak cerita?(mata bersinar)
Taufan:Tadi aku nampak...
Taufan menceritakan perkara yang dia lihat tadi.Blaze dan Thorn tidak dapat menahan tawa mereka lalu mereka bantai saja gelakkan Solar.
Blaze:Haha...weh sakit perut aku gelak banyak sangatttt.
Thorn:Itulah tu...
Taufan:Tapi aku pelik lah...
Thorn:Pelik kenapa?
Taufan:Siapa je yang berani rosakkan fon Solar?
Blaze:Aku memang expect siapa yang rosakkan fon Solar tu.Solar tu dahlah susah nak bagi orang pegang fon dia...
Dan mereka bertiga pun berfikir sehingga bila pun Author tak tahu.Tapi yang paling penting TV tu terbiar dengan PC nye tak tutup lagi.Ni kalau Gempa nampak...memang ada yang kena sidai kat ampaian malam ni.
Kembali kepada Sya dan Hali~
Setelah beberapa jam bertungkus-lumus menyiapkan telefon baharu untuk Solar,akhirnya ia sudah pun siap sepenuhnya.Sya mengelap peluh di dahi menggunakan sapu tangan miliknya dan menyimpan balik di dalam poket seluarnya.
Kemudian dia memanggil Hali.
Sya:Abang Hali!Telefon ni dah siap!(sambil menunjukkan telefon warna silver kepada Halilintar)
Hali:Hm baguslah.Lama aku tunggu.Sekarang nak buat ape?
Sya:Sya akan letak fon ni kat dalam kotak,kalau tak letak banyak komplain pulak dia nanti.Then,abang Hali bagi je kat abang Solar.Cakap Sya yang bagi sebagai tanda minta maaf-
Hali:Ye...kau dah cakap kan tadi?Buat apa nak ulang balik...
Sya:Eheheh yelah...lupa pulak...
Hali:Kau semua lupa,dah la aku nak pergi sekarang.
Sya:Ok,nah kotaknya,dalam tu Sya dah letak fon.
Hali hanya menganggukkan kepala dan terus keluar daripada bilik itu meninggalkan Sya yang sedang mengemas barang di atas mejanya.
•
•
•
Halilintar sekarang berada di depan bilik Solar dan mengetuk pintu biliknya.
Solar membuka pintu biliknya dengan wajah yang sendu selepas meratapi nasibnya tadi.
Jadi,Halilintar ni jenis yang suka straight to the point jadi dia tak akan bagi teka-teki langsung.Katanya,'membazir je masa masa aku'.
Hali:Ni,Sya ada bagi fon baru untuk kau.Dia kata sebagai tanda minta maaf.Kalau tak tahu guna tanya je dia.(hulur kotak tadi)
Solar memandang kosong ke arah kotak yang dihulur oleh Halilintar sebelum mengambilnya.Halilintar yang berura-ura hendak pergi memalingkan semula badannya menghadap Solar.
Hali:Oh ye,lagi satu,dalam tu ada simcard lama kau yang ada dekat fon kau yang rosak tu.Jadi jangan risau,followers kau ada lagi.(pergi)
Solar menutup pintu dengan satu senyuman yang ceria.Dia tidak mahu mengambil tahu bagaimana Sya boleh ambil simcard dia itu.Yang penting sekarang,followers dia tak hilang.
Solar:Dia ingat aku tak tahu guna fon ke?Hm tak kisah la.Yang penting sekarang my followers were back!
Solar terus mengeluarkan fon yang berada di dalam kotak itu dan mencuba untuk on fon barunya.
Solar:Aikk?Macam mana nak on ni?
Di situasi Sya dan Halilintar~
Sya:Dah bagi ke fon tu kat dia?
Hali:Dah.
Sya:Dia cakap apa?
Hali:Diam je.Aku adalah cakap,suruh jumpa kau kalau tak tahu nak on fon tu.
Sya:Agaknya dia tahu ke tak ye?
Hali:Mestilah tak tahu,telefon tu kan kena on dekat skrin dia.
Sya:Yelah kan...
Tbc~
Disebabkan Sya dah lama sangat tak update,jadi Sya update double malam ni.Lagipun Sya tak ada masa sangat nak update cerita.
Cara nak on fon tu,cuma kena tekan dekat tengah ii skrin fon tu.Baru la boleh on.
Ok,tahu cara diatas sungguh merepek.
Sila vote dan komen
SYAPETIR OUT!
YOU ARE READING
Misterious My Little Sister's💫{✓}|Boboiboy
AdventureSya seorang adik perempuan kepada 7 adik-beradik elemental.Dia baru sahaja berpindah ke Pulau Rintis atas permintaan ayah dan ibunya. Sya memiliki sifat yang ceria namun disebalik keceriaannya itu terdapat satu rahsia yang disembunyikan dari keluar...