Sebulan telah berlalu selepas kejadian yang mengerikan menimpa adik-beradik elemental itu.Kehilangan Sya merupakan kehilangan yang pertama pada keluarga itu.Ibu napa mereka sudah pun menerima veritas kehilangan Sya dan telah melawat mereka beberapa hari yang lepas.
Ibu bapa mereka sudah pun pulang atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.
Di dapur~
Kelihatan Gempa dan Thorn menyiapkan makan malam pada hari itu.Mereka masing² menyibukkan diri sendiri supaya mereka tidak lagi teringat kepada Sya.Akan tetapi,mereka selalu ternampak bayangan seseorang yang amat mereka kenali.
Gempa sedang menyiapkan bubur untuk dibawa ke bilik Halilintar kerana sudah beberapa hari yang lepas dia mengalami demam panas.
Gempa:Thorn,aku pergi bilik Hali jap,kau tolong siapkan yang lain dan letak atas meja tu.Nanti aku turun.
Thorn:Ok Gempa!
Gempa tersenyum dan mendaki anak tangga untuk ke bilik Halilintar.
Gempa:Hali?Aku masuk ye?
Tiada jawapan.
Gempa ragu-ragu ingin memasuki bilik itu ataupun tidak.Tanpa berfikir panjang,Gempa memulas tombol pintu dan memasuki bilik itu.
Terlihat susuk tubuh Halilintar terbaring lemah di atas katil dan membungkus badannya dengan selimut.
Gempa memandang sayu adiknya yang selalu terlihat bayangan yang dikatakannya ialah Sya.Gempa meletakkan makanan Halilintar dan mula keluar daripada bilik itu.
Di dalam bilik Hali~
Di sebuah hutan kejadian sama berulang seperti kejadian sebulan yang lepas.Halilintar berdiri kaku seolah-olah ada yang menahan badannya daripada bergerak.
Di depannya kelihatan Sya bersungguh-sungguh berlari mendekati Thorn untuk melindunginya daripada ditikam Hafidz walaupun dalam keadaan yang sangat lemah.
Halilintar:Sya jangan pergi!
Pedang Hafidz menembusi perut Sya dan suasana di depan Halilintar berubah kepada suasana yang putih.Halilintar hanya melihat suasana itu dengan keliru.
Halilintar:K-kat mana ni.Kenapa kejadian tu berulang?
???:Abang Hali.
Halilintar memalingkan diri kedepan dan suara yang memanggilnya Itu tersenyum hambar ke arah Halilintar berserta air mata yang mengalir deras.
Halilintar:S-sya?
Sya:Ye abang,ni Sya.
Halilintar berlari laju ke arah adiknya yang sangat dia rindui itu.Halilintar mendakap tubuh itu dan mengalirkan air mata yang sangat deras.
Halilintar:Sya!Abang rindu kau tahu tak?!Kenapa Sya tinggalkan abang?!
Sya memeluk semula tubuh abangnya yang sedang memeluknya itu.Sungguh dia tidak sanggup melihat keadaan abang-abang yang dia sayang begini.
Sya:Sya buat macam ni sebab nak lindungi abang-abang semua.Kan Sya pernah kata biarlah nyawa Sya saja yang terkorban.Sya pun rindukan abang tapi Sya tak boleh lama.Abang perlu balik ke realitinya.Nanti kita jumpa lagi ye?
Lama-kelamaan susuk tubuh Sya menghilang dan Halilintar terduduk sambil menjerit kerana tidak dapat terima kenyataan yang dia telah kehilangan satu-satunya adik yang telah membuat dia tersenyum.
Sya:Balik ke realitinya bang!Lupakan saja Sya!Ramai yang nak tengok abang tersenyum macam dulu.Sya minta maaf...hisk.
Halilintar:Abang tak nak hilang Sya lagi!
YOU ARE READING
Misterious My Little Sister's💫{✓}|Boboiboy
AdventureSya seorang adik perempuan kepada 7 adik-beradik elemental.Dia baru sahaja berpindah ke Pulau Rintis atas permintaan ayah dan ibunya. Sya memiliki sifat yang ceria namun disebalik keceriaannya itu terdapat satu rahsia yang disembunyikan dari keluar...