Jika sesuatu permulaan itu tidak seindah yang dibayangkan,mungkin pengakhiran itu lebih indah dari yang diimpikan.
Shafira memandang Adiknya dengan pandangan sayu dan kasihan.Mungkin inilah takdir yang telah Allah tetapkan buat gadis bernama Arisya Izzara itu.Kehilangan orang yang dicintainya bukanlah senang baginya untuk menerima semua yang telah berlaku dalam hidupnya yang hampir bergelar seorang isteri kepada arwah Nazim.
Satu persatu orang yang datang melangkah pergi dari kawasan tanah perkuburan islam itu.Shafira masih setia di samping adiknya itu.
"Adik? jom balik?"Katanya yang mengajak adiknya untuk pulang.Arisya menggelengkan kepalanya.Tangannya masih setia memegang batu nisan yang terpacak di atas tanah."Adik,tak baik tau menangisi untuk orang yang dah meninggal dunia."Kata Shafira lagi.
Arisya masih lagi berdiam diri sambil menantap kearah kubur arwah tunangnya itu."Sudahlah,mari kita balik"Pujuk Shafira."Awak dah janji dengan saya yang awak nak jadikan saya peneman hidup awak.Mana janji awak yang nak hidup semati dengan saya?"Kedengaran suaranya yang tesedu-sedan akibat tangisan yang tidak henti-henti.
Arisya bangkit.Air matanya dibiarkan mengalir membasahi kedua belah pipinya.Tiada apa lagi yang mampu dilakukannya selain belajar menerima kenyataan bahawa tidak ada jodoh di antara dia dan arwah Nazim.Cintanya terkubur bersama-sama dengan arwah tunangnya.
Lima tahun bergelar tunang kepada Nazim Shah.Namun sayangnya tidak kesampaian bergelar isteri apabila kereta yang di naikki Nazim ketika dalam perjalanan ke rumah Arisya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sekali gus meragut nyawa lelaki itu.
"Kenapa Allah tak cabut nyawa Adik sekali?"Shafira yang mendengar kata-kata Arisya itu lantas beristighfar."Kenapa cakap macam tu? tahu tak dosa kalau kita minta yang bukan-bukan?"Tegur Shafira."Akak tak faham apa yang adik rasa.Adik kehilangan lelaki yang adik sayang yang hampir menjadi suami adik!"Kata Arisya.Wajahnya yang putih mulai kemerah-merahan dek terlalu marah dan sedih.
Shafira tidak mahu putusnya hubungan adik-beradik mereka hanya kerana amarah menguasai diri.Dia tahu adiknya kecewa dan tidak mampu menerima kenyataan sebenar."Akak mungkin tak rasa apa yang kamu rasa.Tapi akak tahu apa yang kamu rasa"Tanpa banyak bicara, Shafira lantas meninggalkan Arisya yang masih tercegat di sana.Arisya mengesat air matanya menggunakan jari-jemarinya
Sepanjang dalam perjalanan pulang,Arisya sekadar berdiam diri sambil melemparkan pandangannya kearah luar.Shafira sekilas memandang adiknya itu.Lalu dia memfokuskan pemanduannya semula.
Setibanya di perkarangan rumah yang berdekatan dengan sawah padi itu,Arisya meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik.Shafira yang melihat adiknya yang masih bersedih atas kematian tunangnya hanya mampu tumpang simpati.
Malam itu agak berangin dek hujan di luar.Tiada tanda-tanda yang hujan itu akan berhenti.Mungkin ia akan berterusan hingga pagi esok.Dua beradik itu terpaksa tidur di kampung halaman arwah ibu mereka yang meninggal tiga tahun lepas.Ayah mereka? Ayah mereka berada di kuala lumpur dengan keluarga barunya.Selepas pemergian ibu mereka,Encik Hairul berkawin lagi dengan seorang janda kaya yang beranak dua.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.