"Selamat pagi, Risya!" sapa Husna yang kelihatan gembira. Arisya mengukir senyuman walau dia tahu dia sudah terlewat.
"Selamat pagi," sapanya kembali.
"Biar aku teka, kereta kau buat lagi ke pagi ni?" teka Husna. Arisya tersenyum. Bukan itu penyebab utama mengapa dia terlewat. Arisya menggeleng.
"Habis?"
"Mimpi aku best sangat, sebab tu aku tak sampai hati nak bangun." gurau Arisya. Husna tersengih.
"Mimpi putra raja datang melamar ke?" perli Husna. Arisya tertawa kecil seraya mengangguk. Tidak menunggu lama, Arisya mengatur langkah menuju ke mejanya. Husna pula menuju ke mesin fotostat.
Arisya menghenyek punggung. Lalu mengeluarkan ipadnya. Rayyan yang baru saja tiba di sana, sudah tersenyum apabila melihat Arisya.
Arisya tidak menyedari akan kehadiran Rayyan.
"Morning, Risya." Rayyan menyapa. Arisya mengangkat wajahnya memandang Rayyan.
Dia tegur aku ke tadi?
"Good morning, Tuan Rayyan." Arisya menyapa kembali dengan senyuman.
"Awak Lunch dengan siapa tengah hari nanti?"
Aik? Nampak gaya macam nak ajak aku lunch aje... aku tahulah kita dah rapat.
"Macam biasa, Husna dan Razif. Kenapa Tuan Rayyan?"
Rayyan menggeleng.
"Oh,ya. Tolong buatkan saya kopi." Arisya mengangguk lalu berdiri. Namun langkahnya terhenti apabila Rayyan memanggilnya.
"And, kalau boleh jangan terlalu manis. Sebab kalau awak yang buat dah memang manis even tak letak gula." sempat lagi Rayyan mengayat. Arisya tersenyum lalu mengangguk.
Ceh! Ingat aku cair? Tapi... kalau dah Tuan Rayyan cakap macam tu... tak salahkan kalau aku nak jatuh sekejap? Ish! Apa aku merepek ni?
"Baiklah Tuan Rayyan." Lalu Rayyan membawa diri masuk ke dalam pejabatnya. Makin lama dia berada di sana dengan Arisya, makin menjadi-jadi jantungnya bermain lagu cinta.
Datin Maria memandang pelik ke arah suaminya. Beberapa hari ini, Encik Hairul sibuk menjawab panggilan yang entah dari siapa. Tapi bila di perhatikan semula, Encik Hairul kelihatan serius setiap kali menjawab panggilan tersebut.
"Siapa call?" tiba-tiba saja Datin Maria sudah berdiri di samping Encik Hairul.
"Orang yang Abang upah untuk spy Risya dan Fira." terangkat tinggi kening Datin Maria. Spy? Sejak bila pula Suaminya itu pandai memasang Spy?
"Sejak bila?"
"Dah lama dah." Datin Maria sekadar mengangguk. Jangan dia pasang Spy untuk benda lain sudah.
"Macam-macam lah abang ni. Dari abang spy dia orang tu, baik abang sendiri yang jumpa dia orang."
Encik Hairul tersenyum nipis. Memang dia mahu berjumpa dengan anak-anaknya tapi, dia tidak tahu bagaimana cara ingin berjumpa dengan mereka.
"Oh,ya. Hari tu Kayra datang sinikan. Kayra tu abang tengok dah macam berisi aje."
Encik Hairul perasaan akan perubahan ke atas anak saudaranya itu yang semakin menjaga pergaulan apabila bercakap dan sedikit berisi. Takkan dah gemuk?
"Hmm... lupa pula saya nak bagitahu abang. Kayra mengandung."
Terkejut besar Encik Hairul yang mendengar.
"Apa? Mengandung? Sejak bila?" setahunya, Kayra belum berkahwin.
"Panjang ceritanya."
"Kalau macam tu pendekkan."
"Nanti-nantilah saya cerita kat abang. Ni, yang pentingnya sekarang ni, anak-anak abang tu. Risya ngan Fira. Itu yang sepatutnya abang ambil kesah." kata Datin Maria sebelum berlalu meninggalkan Encik Hairul.
"Kamu nak ke mana lawa-lawa ni?" tanya Encik Hairul. Pelik juga dia nampak isterinya yang berlawa macam nak pergi fashion show.
"Datin Afrina ada launch design baru dekat pavi." kata Datin Maria. Encik Hairul tergeleng melihat isterinya yang tidak habis-habis dengan fashion shownya yang sana sini.
Petang itu, Rayyan pulang sedikit lewat. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.
"Come in!" Laungnya dari dalam. Arisya melangkah masuk ke dalam.
"Tuan Rayyan tak nak balik ke?" kata Arisya seraya meletakkan fail ke atas meja Rayyan.
"Kejap lagi," kata Rayyan tanpa memandang ke arah Arisya.
"Tuan Rayyan, dah lewat ni. Tuan Rayyan tak penat ke?" risau juga Arisya ini dekat Rayyan itu.
"Penatlah... tapi, kalau awak teman saya siapkan kerja ni maybe penat tu berkurang sikit." menyempat eh kau Rayyan. Gatal!
"Mengada!"
Rayyan tertawa kecil.
"Mengada dengan awak je." kata Rayyan selamba badak berendam dalam lumpur. Habis merah pipi Arisya.
"Kalau saya duduk lama-lama dengan Tuan Rayyan, kang tak pasal-pasal kena tangkap basah pula."
"Kalau Kena tangkap basah, kahwin ajelah. Apa susah? Lagipun, kalau awak kahwin dengan saya, saya jamin hidup awak bahagia. Saya tak kesah kalau awak masih cintakan arwah tunang awak. Yang saya kesah, awak dah sah milik saya. Tak gitu?"
Amboi mulut.... cakap tak serupa bikin!
"Apa-apa ajelah Tuan Rayyan, dahlah. Saya dah nak balik ni. Assalammualaikum Tuan Rayyan."
Makin lama aku dengan mamat ni, tak keruan aku jadinya.
"Waalaikumsalam, drive elok-elok." pesan Rayyan. Sweetnya!
"Baiklah, saya balik dulu.Bye!"
"Hmm... bye."
Arisya tersenyum lalu mengheret kakinya keluar dari sana. Rayyan mengangkat wajahnya melihat pintu yang sudah bertutup rapat. Entah apa pula yang merasuk jiwanya malam itu. Mulut dia macam bergerak sendiri melalut benda merepek itu.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomansaArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.