BAB TIGA PULUH LAPAN

31 6 1
                                    

RAYYAN menyandarkan tubuh ke kepala katil. Senyumannya tidak lekang dari wajahnya. Jarinya menari-nari di permukaan skrin telephone.

Rayyan: Dah tidur ke?

Arisya yang sibuk membaca novel terganggu apabila telephonenya berbunyi menandakan ada pesanan. Kenal sangat dia dengan notification whatapps yang sudah di tetapkan hanya untuk pujaan hatinya Rayyan.

Arisya: Belum lagi, ni tengah baca novel.

Rayyan tersenyum.

Rayyan: Ooh...

Arisya: Kenapa?

Rayyan: Nothing, saja nak tahu.

Arisya: Mengada!

Rayyan: Esok saya datang tau.

Berkerut dahi Arisya. Dah kenapa pula mamat ni nak datang

Arisya: Why?

Rayyan: Adalah... sekarang, awak pergi tidur. Jam 8 pagi esok saya pick-up awak.

Arisya: Okay...

Tiada lagi balasan mesej dari Rayyan, Arisya akhirnya memaksa diri untuk tidur. Bukan apa, sudah dekat 10 malam dan dia belum tidur.





SABTU. Selepas solat subuh saja, Arisya sudah sibuk mencari baju apa yang sesuai untuk di pakai. Siap berpakaian, dia turun ke bawah untuk menjama sarapan.

"Nak ke mana pula ni?" soal Shafira yang duduk di meja makan.

"Dating." selamba Arisya menjawab.

"Bila Rayyan nak datang merisik? Kata nak tunang dulu sebelum kahwin?"

Arisya menyisip milo suam yang dibuat oleh Shafira.

"Entah?" katanya sambil menjungkit bahu. Shafira hanya angguk. Kedengaran bunyi hon di luar rumah. Shafira dan Arisya saling berpandangan.

"Okaylah Kak, Rayyan dah sampai tu. Risya gerak dulu ya?"

"Hati-hati." pesan Shafira. Lalu Arisya bergegas keluar dari sana.

Shopping Mall menjadi arah tujuan mereka. Arisya dan Rayyan menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar mall. Masuk kedai itu keluar kedai ini. Entah apalah yang sedang Rayyan rancangankan ni.

"Awak, awak tahu tak satu mall ni kita pusing. Hampir semua kedai awak masuk." ujar Arisya.

"Sabarlah Darling, Saya tengah cari something ni." kata Rayyan.

Arisya sudah menggeleng. Macam-macam betul karenah Rayyan ni. Tak sangka dia akan berkahwin dengan mamat cerewet itu. Aih... nasib dialah dapat bakal suami yang cerewet, kutub utara, dan sweet talker.

"Awak cari apa sebenarnya?"

"Rahsia."

Arisya menjelingkan matanya.

"Lepas kahwin nanti awak tak boleh berahsia-rahsia dengan saya. Faham?"

Rayyan tertawa kecil.

"Oh? Tak boleh ek?"

"Mana boleh! Masa tu saya dah berhak tahu semuanya pasal awak sebab saya isteri awak yang sah."

"Fuh... okay-okay, saya tahulah... saja je nak test tadi. Mana tahu awak tak kesah dan tak nak ambik tahu pasal rahsia saya? Yalah... mana tahu awak tak kesah kalau saya nak kahwin lagi?"

Arisya menyiku perut Rayyan.

''Auch! Sakitlah Sayang." adu Rayyan sambil memegang perutnya. Sakit doh! Arisya siku betul-betul!

"Padan muka awak!"

Rayyan ketawa. Suka pula dia tengok muka Arisya yang tengah marah tu. Garang tapi comel.

Arisya ingatkan dia dan Rayyan hanya bersiar-siar di Shopping Mall. Rupa-rupanya, dia silap. Mereka kini dalam perjalanan menuju ke salah sebuah restoran yang menyediakan makanan barat. Mereka menuju ke sebuah meja yang sudah terhidang dua pinggan. Salah satunya, chicken grill. Terliur Arisya dibuatnya.

Berbaloi juga aku penat. Tengok-tengok aku makan chicken grill. Argh! Bahagia perut aku. Thank you future hubby!

Mereka terus makan selepas Rayyan membacakan doa. Sweet gitu! Tanpa pandang kiri kanan, Arisya menjama makanannya dengan penuh berselera. Lantaklah! Dia lapar.

"Darling, makan tu jangan gelojoh sangat." tegur Rayyan. Tersentap Arisya. Gelojoh sangat ke?

"Sorry, saya lapar sangat."

Tipulah kalau dia tak lapar. Dahlah penat berjalan. Rayyan tu pula macam tak rasa apa-apa je. Penat pun tidak.

Rayyan menggeleng.

Ah, lega! Arisya memandang Rayyan yang mengelap bibirnya. Selesai saja mereka mengisi perut, mereka berdiri dan menuju ke kaunter pembayaran. Arisya menunggu Rayyan di pintu keluar. Selesai membuat pembayaran, mereka menuju ke kereta BMW milik Rayyan.

Masuk saja ke dalam kereta, Arisya memakai tali pinggang begitu juga Rayyan. Selesai memakai tali pinggang, Rayyan terus pecut keretanya.

Wah... ini nak lumba ke apa ni? Nasiblah aku ni jenis yang suka benda yang laju. Jangan mamat ni drift sudah... naya aku!

"Lepas kahwin nanti awak tak payah lah kerja lagi." Rayyan bersuara. Arisya memandang Rayyan yang memakai kaca mata hitamnya. Handsomenya lahai!

"Habis tu? Saya kena jadi suri rumah sepenuh masa lah ni?"

"Yup, kalau boleh, sebulan sebelum majlis pernikahan kita awak dah tak payah jadi PA saya lagi."

"Awak nak cari PA barulah ni?"

"Nampak gaya macam tulah."

Arisya memuncungkan bibirnya. Macam mana kalau PA baru Rayyan lebih cantik dan sexy dari dia? Wargh! Mana boleh!

Rayyan memandang sekilas ke arah Arisya

"Lah? Dah kenapa bibir tu? Nak saya kiss ke apa? Hmm?" Rayyan mengusik. Geram pula dia dengan Arisya.

"Eee... gatalnya awak ni."

Rayyan ketawa.

"Dengan awak aje."

Arisya sembunyi senyuman. Dia pun tak tahu kenapa dia cepat cair dengan Rayyan.

"Awak..." suara manja Arisya sudah keluar.

"Ya Darling?"

"Boleh tak lepas kahwin nanti-" ayatnya terhenti di situ.

"What? Awak still nak jadi PA saya?" kata Rayyan tak bertapis.

"Yup!" laju Arisya menjawab.

Rayyan menggeleng.

"I'm sorry future wife, but my answer is no."

"Sebulan aje tak boleh ke?"

Rayyan menggeleng.

"No."

"Why?"

Rayyan memandang sekilas Arisya.

"Why? Sebab... awak kena tinggal kat rumah and tunggu saya balik. Kalau kita dua-dua kerja, siapa nak masak? Kalau awak penat saya pun penat siapa yang nak masak? Takkan nak makan kat luar pula? Saya pun nak juga rasa air tangan awak."

"Sweet talker." kata Arisya perlahan.

Rayyan tersenyum.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now