ENCIK Hairul memberhentikan kereta Ranger Rover putihnya di luar pagar rumah. Matanya memandang sekeliling rumah dua tingkat itu.
Shafira mengikat rambutnya seraya menuruni anak tangga satu persatu. Memandangkan hari ini dia cuti, dia hanya menghabiskan masa di rumah. Malam semalam, Arisya pulang pada pukul 10:30 malam. Pulang-pulang saja, Arisya menceritakan apa yang jadi sepanjang malam semalam.
Terkejut juga dia. Yalah, siapa tak terkejut kalau adik perempuan nak kahwin tiba-tiba? Dia yang dah 27 tahun pun belum kahwin. Inikan lagi Arisya yang baru 23 tahun. Mahunya terkejut dia. Tapi apa-apa pun dia tumpang gembira.
Encik Hairul keluar dari dalam perut kereta lalu melangkah ke arah pagar.
"Kereta ada. Mungkin Fira tak kerja hari ni." ujar Encik Hairul.
Arisya dan Husna jalan berirangan menuju ke pantri. Memandangkan Razif mengambil cuti untuk persiapan nikahnya yang tidak lama lagi, jadi Rizal mengambil cuti.
"Arisya?"
Satu suara memanggil Arisya. Lalu dia dan Husna menoleh memandang empunya suara.
Shafira menghampiri tingkap, apabila dia melihat satu kelibat di luar rumah.
Encik Hairul mundar-mandir di luar pintu pagar. Lalu dia berhenti apabila pintu rumah dibuka. Encik Hairul kaku di tempatnya. Shafira dengan mukanya yang dingin di pandang dari jauh.
"Boleh saya bercakap dengan awak sekejap?"
Husna memandang Arisya sebelum memandang ke arah Muazzam. Arisya memandang ke arah Husna.
"Kejap tau?"
"Oh, okay." balas Husna.
Lalu Arisya dan Muazzam meninggalkan Husna bersendirian di sana.
"Dah kenapa Encik Muaz datang sini?" ujar Husna yang tertanya-tanya sendiri. Lalu dia terus melangkah masuk ke dalam pantri.
"Ya? Awak nak cakap pasal apa?" Arisya bertanya.
Muazzam menarik nafasnya sebelum bersuara. Hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku.
"Awak ada apa-apa ke dengan Rayyan?" akhirnya, soalan itu keluar dari mulutnya. Namun hatinya belum puas.
Arisya diam.
Encik Hairul menyisip kopi yang dibancuh oleh Shafira. Lalu dia tersenyum.
"Sedap macam selalu. Tak kurang dan tak lebih." komen Encik Hairul. Shafira tidak membalas mahupun angguk atau geleng. Dia lebih selesa mendiamkan diri. Tangannya di genggam erat.
"Fira... okay tak ni?" tanya Encik Hairul yang sedar anaknya dari tadi tidak bersuara.
"Papa nak apa?" kata Shafira lalu memandang Encik Hairul. Encik Hairul mengetap bibirnya.
Muazzam memandang Arisya yang diam membisu.
Apa aku nak jawab ni? Rayyan tak suruh lagi bagitahu orang pasal kitaorang. Isy! Rayyan ni pun satu. Perlu ke berahsia-rahsia bagai? Benda baik kut? Apa aku nak cakap kat Muaz ni?
Arisya tarik senyum.
"Tak ada apa-apa." bohong Arisya seraya tersenyum.
Lantaklah! Tipu pun tipulah.
"Habis? Apa awak buat kat rumah Rayyan malam semalam?"
"Oh, itu... sebenarnya, Datin Suzana ajak saya dinner dengan diaorang."
Muazzam masih curiga.
"So, kenapa masa saya call Rayyan awak yang angkat call? And one more thing. Kenapa Rayyan panggil awak Darling?"
Adoilah... Cis! Ini semua salah Rayyan. Tengok. Aku yang kena!
"Ooh... sebenarnya Rayyan saja nak kenakan awak. Sebab tu dia buat macam tu. Saya pun terkejut juga."
Berkerut dahi Muazzam.
Aku ada salah cakap ke? Setahu aku itulah yang jadi malam semalam.
"Wow? Rayyan dah suruh awak stop panggil dia 'Tuan' ke?"
"Hah? Oh. Err... ya maybe?"
Muazzam di pandang dengan perasaan gementar. Masak kau Arisya!
Lalu Muazzam tersenyum.
"Lega saya." ujar Muazzam. Arisya tersenyum kekok.
"Lega?"
"Yup! Lega. Yalah, saya happylah sebab dapat tahu awak dan Rayyan tak ada apa-apa. Saya ingat awak dan dia bercinta ke apa."
Arisya ketawa kekok. Kesian pula dia tengok Muazzam yang kena tipu hidup-hidup.
"Papa datang ni nak jumpa Fira dan Risya."
"Macam mana Papa tahu yang kitaorang tinggal kat sini?"
"Papa minta tolong one of my friend."
Shafira bagai teringat sesuatu. Lalu dia memandang Encik Hairul semula.
"Maksud Papa, Papa pasang SPY?" teka Shafira.
Encik Hairul sekadar mengangguk.
"Fira ingat Papa dah lupakan kitaorang."
"No, Papa tak pernah lupakan anak-anak Papa."
Shafira mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Apa kata Papa balik sekarang.''
"Fira... Papa-"
''Fira bukan nak halau Papa, tapi Fira tengah sibuk sekarang ni." ujarnya lalu dia berdiri diikuti Encik Hairul.
"Maaf kalau Papa dah ambik masa Fira." ujarnya. Shafira langsung tidak memandang Encik Hairul. "Papa just nak Fira dan Risya tahu, yang... Papa sayangkan anak-anak Papa. Harta berharga Papa dan arwah Mama."
Shafira cuba menahan air matanya.
Lalu Encik Hairul berura-ura untuk pergi. Shafira memandang ke arah Encik Hairul.
"Kalau Papa nak jumpa Risya, Papa datanglah esok. Risya cuti esok." pesan Shafira. Lalu dia berlalu ke dapur.
Encik Hairul tersenyum dan menyambung langkahnya semula. Kereta yang dipandu oleh Encik Hairil bergerak meninggalkan taman perumahan itu.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.