BAB DUA PULUH LIMA

34 6 0
                                    

PAGI itu Rayyan seperti dalam mood yang sangat baik.Setelah puas menilik dirinya di cermin,Kunci kereta dan briefcasenya di capai lalu dia mengatur langkah keluar dari biliknya.

Arisya meletakkan keretanya di petak tempat letak kereta.Tidak lama kemudian,sebuah kereta BMW berwarna hitam masuk ke dalam petak letak kereta bersebelahan keretanya.Arisya sudah tersenyum.Sungguh dia kenal dengan kereta itu.

Rayyan keluar dari perut keretanya begitu juga Arisya.Rayyan sudah menyembunyikan senyumannya apabila terlihat Arisya.Arisya pura-pura tidak sedar akan kelibat Majikannya dan terus melangkah dari sana.Dia mahu tengok sekiranya Rayyan akan menyapanya.

Rayyan sudah tersengih.

'Dia tak nampak aku ke atau buat-buat tak nampak?.'Monolog Rayyan.

Tanpa banyak bicara,Rayyan lantas mengejar Arisya dari belakang.

"Ehem?"Rayyan berdeham apabila dia sudah berada di sebelah Arisya.Arisya yang terkejut lantas berpaling ke kiri."Eh? Tuan Rayyan.Good morning."Sapa Arisya ceria."Morning."Balas Rayyan.

'Ingatkan tak nak sapa aku.'Desis hati Arisya.Senyuman tidak lekang dari wajahnya yang manis.Sesampainya Rayyan di biliknya,Senyuman lebar hingga ke telinga terlakar di wajahnya.Arisya pula sudah menahan dirinya daripada tersenyum lebar di mejanya.

"Aih...Tuan Rayyan Tuan Rayyan,kenapa eh Tuan nampak handsome hari ni? ke...sebab dia senyum? Eeee!"Arisya sudah menutup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.Malu!

Rayyan tidak habis-habis memandang kearah jam tangannya.Kerjanya juga sudah selesai.Entah kenapa moodnya boleh menjadi sungguh baik.Hampir kesemua kerja yang di buat terasa sungguh senang dan terlihat sikit walaupun sebenarnya sungguh banyak.

Arisya hanya duduk sambil menongkat dagu.Sesekali dia tersenyum.Rasanya hari ini sungguh indah baginya.Masalah juga langsung tidak ada mengganggu.

Jam sudah menunjukkan 12:30 bermakna staf-staf sudah boleh mengisi perut masing-masing.Arisya mengambil keputusan makan di pantri kerana dia membawa bekal.

"Nyum nyum...sedapnya"Kata Arisya dengan ceria.Tidak lama kemudian,kerusi berhadapannya di tarik dan membuatkan Arisya memandang kearah geranggan yang ingin duduk di hadapannya.Arisya sudah tertawa kecil.

"Ya Tuan Rayyan?"Katanya dengan senyuman."Kau bawa apa tu?"Soal Rayyan sambil memandang ke dalam bekal makanan Arisya."Nasi goreng.Tuan Rayyan nak sikit? lagipun saya bawa lebih."Rayyan menggangguk."Boleh juga."

Rayyan dan Arisya menjamu makanan mereka sambil berbual-bual.Baru sekarang Arisya dapat kenal majikannya itu.Rayyan mungkin kelihatan agak tegas.Namun,dia juga mempunyai sisi yang lembut.

"Biar betul? hahahah."Arisya tertawa kecil."Kenapa? kau tak percaya yang aku pernah jadi babysitter?"Arisya lantas menggangguk."Tuan Rayyan lelaki kut? pandai ke jaga budak?"

Rayyan sudah menunjukkan wajah tidak puas hati.Siapa kata lelaki tak pandai jaga budak?

"Awak nak tengok saya jaga budak sambil buat kerja kat ofis?"Katanya sambil menaikkan sebelah keningnya."Budak mana pula Tuan nak jaga?"Rayyan berfikir sejenak."Entah?"Arisya tertawa mendengar jawapan Rayyan.

"Tapi tu cerita lama lah...masa saya baru form 1 sampai 4."Arisya teranguk-anguk."Wow? dah boleh jadi bapa budak dah Tuan ni."Berserai tawa Rayyan nasib saja makanannya sudah sampai di perut.Mahunya tersembur di muka Arisya.

Husna dan Razif yang baru saja tiba di pantri terhenti apabila mereka menangkap suara yang sangat mereka kenali.Husna dan Razif mencuri-curi dengar perbualan antara Rayyan dan Arisya.Rancak sungguh.

"Wei,tu bukan ke suara Tuan Rayyan ngan Arisya?"Kata Husna.Razif mendengar semula."Haahlah...Arisya ngan Tuan Rayyan."Kata Razif."Kan?"Razif menggangguk.

"Jom jadi spoiler nak?"Kata Razif.Husna tersengih."Jom."Lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam bersama-sama.

Arisya dan Rayyan terdiam saat melihat Husna dan Razif masuk ke dalam.Rayyan memasang muka ketatnya manakala Arisya hanya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Sesekali Rayyan memandang kearah Arisya begitu juga Arisya.

"Eh? Risya? Tuan Rayyan?"Sapa Husna dengan penuh makna.Rayyan sekadar senyum nipis."Hai."Sapa Arisya kembali."Boleh kita orang join sekali?"Tanya Razif."Ya.Sure."Kata Arisya.Razif mengambil tempat di sebelah kanan Arisya manakala Husna di kiri.

Rayyan kelihatan tidak selesa apabila Husna dan Razif berada di sana.Rayyan berdiri dari duduknya piring yang sudah kosong itu di biarkan saja di atas meja.

"Thanks for the lunch."Kata Rayyan kepada Arisya dengan senyuman.Arisya menggangguk seraya tersenyum.Rayyan mengheret kakinya dari sana.

Arisya menghantar kepergian Rayyan hingga hilang dari penglihatan.

"Oh.My.God!"Arisya tersentak mendengar jeritan gedik Husna."Seriuslah?! Tuan Rayyan senyum?!"Kata Razif yang terkejut.Arisya sudah tergeleng dengan telatah kawan-kawannya.

"Sejak bila Tuan Rayyan jadi friendly?"Kata Husna sambil melihat kearah Arisya."Siap ketawa bagai dengan kau."Kata Razif.Arisya lantas menoleh kearah Razif.

"Macam mana kau tahu?"Tanya Arisya."Kita orang curi-curi dengar."Jawabnya selamba.Arisya sudah menepuk dahinya seraya tergeleng."Korang nikan..."Kata Arisya.Husna dan Razif sudah tersengih.



Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now