I'M on my way...
Pesanan ringkas dari Rayyan dibiarkan tidak berjawab. Buat apa nak jawab? Kan nanti jumpa juga. Arisya menuju ke cermin tinggi yang terletak di sudut kamarnya. Ambil satu jam juga dia mencari baju apa yang sesuai untuk di pakai. Last-last baju Shafira juga jadi mangsanya. Almaklumlah, Shafira banyak dress labuh yang lawa. tubuh langsingnya dipusing-pusing di hadapan cermin. Tidak terlalu ketat tidak terlalu longgar. Perfect!
"Wow... ini Arisya Izzara ke, putri dari kayangan? Asal cantik sangat adik malam ni?"
Lantas Arisya memusingkan badannya memandang Shafira yang sudah terpacak di pintu bilik. Salam mana? Ini terus aje terjah.
"Cantik ke?" Arisya bertanya. Shafira mendekati Arisya. Kedua belah bahu adiknya di pegang.
"Cantik sangat-sangat. Macam anak Raja." Puji Shafira melambung. Habis kembang Arisya di buatnya.
"Ada iras mana-mana pelakon tak?" terangkat tinggi kening Shafira. Arisya pula sudah tersengih.
"Mmm... cantik dah memang cantik. Tapi... sorrylah. Tak ada iras mana-mana pelakon pun."
Habis masam mencuka muka Arisya. Tadi kata macam anak rajalah, putri dari kayanganlah. Lepas ni apa pula? Macam kak ponti. Huh! Kurang ajinamoto punya Kakak.
"Ni, bilanya si Tuan Rayyan kamu nak sampai?"
Arisya mencapai tas tangannya lalu di sangkut di bahu.
"Kejap lagi kut? Lagipun baru aje dia text dalam perjalanan katanya." Shafira sekadar mengangguk. Lalu mereka berdua menuruni tangga menuju ke ruang tamu.
Setibanya mereka di ruang tamu, Arisya dan Shafira di kejutkan dengan bunyi hon kereta. Mereka berdua berpandangan serentak.
"Tuan Rayyan ke?" Shafira bertanya.
"Maybe."
Arisya memandang sekilas ke arah pintu sebelum Shafira meraih tangannya.
"Jaga kelakuan adik, okay?" pesan Shafira. Arisya mengangguk.
"Baiklah, Shafira Inara."
Shafira senyum lalu menghantar Arisya hingga ke pintu saja. Tak berani dia nak keluar tanpa tudung. Pintu dibuka dan menampakkan Arisya. Heels dicapai lalu disarungkan ke kakinya. Arisya tersenyum melihat Rayyan yang tidak berkedip memandangnya dari atas hingga ke bawah. Cantik sangat ke?
Cantiknya. Puji Rayyan dalam hatinya.
"Tuan Rayyan? Kenapa Tuan pandang saya macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
Jangan lelaki ni cakap ada yang koyak kat dress ni sudah. Seingat aku dress ni baru di beli bulan lepas.
Sebenarnya Arisya agak tidak selesa apabila Rayyan memandang tanpa henti.
"Hah? No. Awak nampak lain malam ni."
Arisya blushing dipuji sebegitu. Inilah kali pertama dia mendapat pujian dari lelaki kutub utara itu. Terasa bahang panas di kedua belah pipinya.
Kalau boleh, aku cium juga perempuan ni. Cis! Merenyam kau Rayyan.
"So, shall we?" Arisya mengangguk. Dengan lagak gentlemen-nya, Rayyan membuka pintu penumpang disebelah membenarkan Arisya masuk ke dalam sebelum Rayyan bergerak menuju ke tempat duduk pemandu. Kereta mewah berjenama Audi A8 itu meluncur laju meninggalkan kawasan taman perumahan itu.
TERGAMAM. Terkedu,terkesima. Arisya menelan air liurnya. Kereta mewah Rayyan memasuki halaman rumah banglo mewah itu. Kecut terus perut Arisya dibuatnya. Agak-agak kalau Arisya minta Rayyan hantar dia balik Rayyan bagi tak?
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.