BAB ENAM

38 9 0
                                    

Arisya Izzara menunggu pesanannya di hantar ke mejanya sambil-sambil menunggu,dia bermain telephonenya.Tiba-tiba seorang budak lelaki berlari kearahnya sambil membawa sekuntum bunga ros merah.Arisya hairan melihat budak lelaki itu yang menyerahkan sekuntum bunga ros kepadanga.Lagi-lagi itu adalah bunga kesukaannya.

"Terima kasih"Ucapnya ragu-ragu mahu mengambil buka ros tersebut.Lalu budak lelaki tersebut berlalu pergi.Arisya masih lagi kehairanan.Tidak lama kemudian seorang lelaki menuju kearahnya.

"Nampaknya si bunga kesepian tanpa si kumbang"Arisya yang mengenali suara tersebut lantas berpaling ke suara empunya.Nazim dengan senyuman manisnya melangkah kearah Arisya."Tapi sekarang si bunga dah tak kesepian.Sebab si kumbang sudah ada di samping"Kata Arisya dengan senyumannya.

"Assalammualaikum"Ucap Nazim."Waalaikumsalam"Balas Arisya lalu Nazim duduk berhadapan dengan tunangnya itu."Kenapa tak bagitahu pun yang awak datang? kalau tak boleh saya oderkan makanan awak sekali"Kata Arisya.

"Well,saja je nak buat surprise.Lagipun saya tengah diet"Gurau Nazim."Nanti bila kita dah kawin jangan haraplah awak boleh diet"Kata Arisya dengan nada amaran."Tak apalah,asalkan saya tak jadikan awak makanan saya sudah"Kata Nazim yang membuatkan Arisya membuat muka ingin muntah.

"Penampar ke penumbuk? pilih"Kata Arisya.Nazim mengetuk-ngetukkan jarinya pada dagunya seraya berfikir."Saya nak.....gadis yang bernama Arisya Izzara.Boleh?"Berserai tawa Arisya.

"Boleh,tapi tunggu lepas kita kawin"Nazim sudah tertawa begitu juga dengan Arisya."Saya janji yang saya akan jaga awak sampailah maut memisahkan kita and saya akan janji akan jadi imam yang terbaik buat awak.Insya-Allah"Kata Nazim.

"Janji?"Kata Arisya."Insya-Allah"Kata Nazim lalu Arisya tersenyum.

Sungguh hatinya pedih apabila terkenang janji manis dan memori terakhir dia dan arwah tunangnya.Janji yang dibuat tidak dapat di kotahkan apabila si pejanji terpaksa pergi membawa janjinya.

Yaasin ditutup setelah habis di baca.Arisya memandang kubur arwah tunangnya itu.Air matanya cuba di kawal agar tidak tumpah.Dia harus kuat.Selepas melawat kubur arwah ibunya,kubur arwah tunangnya pula di lawat.Dua-dua insan yang di sayang sudah meninggalkan dirinya.Dan meninggalkan memori terindah buatnya walaupun terdapat luka.

"Awak,nanti saya datang lagi ya?"Katanya sambil mengusap batu nisan itu lalu dia bangkit.Tikar yang digunakannya di gulung dan di bawa menuju kereta Husna.Husna juga turut berada di sana."Arwah tunang awak bertuah dapat tunang sebaik awak"Kata Husna.

Arisya sekadar tersenyum kelat.Dia yang bertuah mendapat tunang sebaik Nazim.Namun hubungannya dengan Nazim sudah berhenti di sana.Hanya berstatuskan tunang tidak berstatuskan suami isteri.

Sebaliknya mereka dari melawat kubur arwah Nazim dan arwah ibunya,Arisya dan Husna berhenti di rumah arwah ibunya.Banyak sungguh kisah yang ditinggalkan di sana buat Arisya.Darilah pertama kali dia berjumpa Nazim dan hinggalah dia berpisah dengan Nazim.

Ibunya yang selalu menemaninya siang dan malam tidak kira panas dan hujan.Ibunya lah tempat dia bermanja dan mengadu.Namun ibunya selalu menyuruhnya agar berdoa sekiranya hatinya dilanda rasa sedih dan itulah yang dibuatnya setiap kali bersedih.

Arisya dan Husna meluangkan masa di pondok yang berdekatan dengan sawah padi.Sungguh tenang dan aman apabila Arisya menghirup udara di sana.Husna juga turut melakukan benda yang sama.

"Dari pada aku hirup udara kat KL tu,baik aku hirup udara kat sini"Kata Husna.Arisya sekadar tersenyum."Nasiblah minggu ni Tuan Rayyan bagi kita semua cuti.Even tiga hari je.Itu pun dah cukup buat aku happy"Kata Arisya.Husna mengangguk setujuh.

"Kau tahu tak? masa kau ajak aku datang sini hari tu,aku punyalah happy sampai aku packing barang-barang aku dua dua hari sebelum on the way datang sini"Cerita Husna."Aku nak ajak Kakak aku tapi dia busy sangat.Sebab tu aku ajak kau"Kata Arisya.Lalu Husna memandang kearah Arisya.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now