MAJLIS persandingan akhirnya berakhir menjelang pukul 11 malam. Orang-orang yang terlibat dengan majlis tersebut juga sudah beransur pergi. Ahli keluaraga, sanak sauadara dan kawan-kawan yang lain masing-masing pulang ke rumah.
Sebaik sahaja sampai di banglo milik Dato Muhkris, ruang tamu menjadi arah tujuan Arisya. Memandangkan esok dia dan Rayyan akan berpindah masuk ke rumah Rayyan, Arisya mahu menghabiskan masa dengan mak mertuanya, kalau kelmarin dia dan Rayyan bermalam di rumah Datin Maria, malam ini mereka bermalam di rumah Dato Muhkris pula.
"Hah? Risya, Rayyan mana?" soal Dato Muhkris yang menonton televisyen. Arisya melabuhkan punggung duduk di sebelah Datin Suzana.
"Rayyan kat atas. Busy sangat lagaknya. Pening Risya tengok fail yang banyak tu." Dato Muhkris tarik sengih. Rayyan, Rayyan. Dah ada bini lawa pun tak di pandang. Nak juga pandang kerja tu.
"Biasalah tu, Risya. Rayyan, tu mana pernah lepas dari gelaran workholic dia tu."
"Tak apalah Mommy, Daddy. Risya pun dah biasa dah."
Datin Suzana meraih tangan kanan Arisya. Belakang tapak tangan Arisya di tepuk lembut.
"Apa kata... Risya naik atas sekarang? Mana tahu Rayyan tu sebenarnya nak Risya temankan dia buat kerja?"
Aku? Teman Rayyan buat kerja? Hmm... takut-takut bukan kerja ofis lagi yang Rayyan buat. Entah-entah aku yang dia kerjakan! Rayyan tu bukan boleh percaya sangat.
Arisya senyum paksa.
Elok saja Arisya melangkah masuk ke dalam bilik, satu pandangan penuh makna sampai di penglihatannya. Sejak bila pula Rayyan selesai buat kerja dia yang tadi bukan main banyak.
Tanpa memperdulikan pandangan Rayyan, Arisya menapak naik ke atas katil di mana Rayyan sudah menunggu sejak sepuluh minit yang lepas apabila dia selesai membuat kerjanya.
"Darling..." panggil Rayyan dengan suaranya yang mengoda. Terbantut Arisya yang mahu membaringkan tubuhnya. Automatik dia kembali tegak. Apa pula lelaki ni nak? Dia tak tahu ke yang aku dah ngantuk sangat.
Arisya lambat-lambat menoleh ke arah Rayyan. Senyuman manis diberikan sebelum membuka mulutnya
"Anything?" ujar Arisya dengan senyuman yang tidak lekang di wajahnya. Kalau macam nilah, sampai esok pun tak tidur dia.
Rayyan mulai merapati Arisya. Oh sudah! Mana aku nak lari ni?
Arisya mulai cuak. Air liurnya ditelan."Nak lari mana?" tone suaranya yang mengoda itu membuatkan Arisya kaku. Baru dia perasan, Rayyan hanya mengenakan seluar paras lutut dan singlet hitam menampakkan tubuh badannya yang berketul. Kulitnya yang sawo matang menambahkan lagi kekacakkannya.
"La-lari apa?" tergetar-getar Arisya berkata. Rayyan sudah tersengih. Rambut Arisya yang menutupi dahinya di selak ke belakang telinga gadis itu. Haruman dari rambut Arisya sudah cukup mengetarkan imannya.
"Nak main game tak?" terkebil-kebil Arisya. Game? Game apa pula ni? Aku dahlah mengantuk. Mamat ni pula nak ajak main game.
"Game? game apa?" Arisya bertanya sambil cuba mengawal nadanya agar terlihat tenang walau jatungnya sudah berdegup kencang.
Senyuman nakal kelihatan tersungging di hujung bibir Rayyan. Membulat mata Arisya apabila pinggangnya diraih menyebabkan kedudukkan mereka menjadi rapat dan wajah Rayyan begitu hampir dengan wajahnya. Hembusan nafas Rayyan terasa di kulit wajah Arisya dan semakin rapat.
"Adult... game."
Arisya diam membisu. Matanya langsung tidak berkedip. Jangan si Rayyan buat hal sudah. Kang dia jerit Rayyan yang mendapat nanti.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.