BAB TIGA PULUH SEMBILAN

28 6 0
                                    

AMIRUL memejam matanya. Tangannya di silangkan ke dada. Encik Hairul memerhati Amirul dari jauh yang sedang duduk di kerusi batu halaman belakang banglo itu. Lalu Encik Hairul menghampiri Amirul.

"May i seat?"

Amirul mengalihkan pandangan memandang Encik Hairul.

"Duduklah."

Encik Hairul duduk di kerusi bersebelahan kerusi Amirul. Senyap antara mereka.

"Papa, tak ada plan ke nak jumpa anak-anak Papa?" Amirul membuka mulut memecahkan susana sunyi antara mereka.

Encik Hairul mengela nafas.

"Maybe minggu depan?"

Amirul mencapai mug berisi milo suam lalu di sisipnya perlahan.

"Well... Amirul dah pernah jumpa Arisya."

Encik Hairul senyum.

"Kitaorang, kawan. Selain Mirul, Rayyan and Muaz pun kenalan rapat dia juga." ujar Amirul lagi.

Lalu Amirul kalihkan pandangan memandang Encik Hairul.

"Kenapa Papa tak bagitahu hal ni dari awal?"

"Papa takut Mirul, Yuni and Mama tak boleh terima Risya dan Fira dalam family ni. Sebab tu Papa rahsiakan perkara ni."

Amirul memicit batang hidungnya.

"Mirul. Mirul tak tahu apa yang Papa fikir masa Papa plan semua ni. But, it's sound ridiculous!"

"Papa tahu salah Papa. Tapi Papa tak berniat nak tipu kamu semua. Papa sendiri pun rasa bersalah tinggalkan Arisya dan Fira. Lagi-lagi Risya."

Amirul mengetap giginya.

"Banyak benda Risya dah tempuhi. Papa kagum tengok macam mana teguhnya Risya hadap semua ujian yang kita sendiri tak jangka."

"Maksud Papa?" Amirul menyoal. Encik Hairul menarik nafas panjang.

"Selepas kematian arwah Mama Risya, Papa terus lari tinggalkan mereka berdua kat kampung. Beberapa bulan kemudian, Papa dikabarkan dengan kematian arwah tunang Risya, Nazim."

Amirul lantas memandang Encik Hairul tidak percaya.

"Risya... pernah bertunang?"

Encik Hairul lambat-lambat mengangguk. Amirul jatuh simpati.

"Sepatutnya Papa berada di samping Risya." ujar Amirul. "Dia perlukan sokongan dari Papa untuk terus kuat."

Encik Hairul tersenyum kelat.

"Benda dah jadi. Kita bukan Tuhan nak ubah apa yang dah berlaku." kata Amirul lalu dia berdiri dan capai mugnya yang sudah kosong. Belum sempat dia mahu melangkah pergi, Ayuni sudah berada di sana sedang mencuri dengar perbualan mereka.

Mereka saling berpandangan buat beberapa saat sebelum Amirul menyambung langkahnya masuk ke dalam. Ayuni melangkah ke arah Encik Hairul.

"Bapa jenis apa kau ni?"

Encik Hairul memusingkan badannya menoleh ke arah Ayuni.

"Kau sanggup tinggalkan anak-anak kau yang perlukan kau di saat mereka betul-betul memerlukan kau."

Encik Hairul menundukkan wajahnya.

"You know what? Memang patutlah aku tak patut panggil kau Bapa aku. Oh, ya? Lupa... kau, Bukannya Bapa aku pun." pedas Ayuni berkata lalu dia mengheret kakinya dari sana.

Encik Hairul meraup wajahnya. Sampai bila-bila pun Ayuni tak akan pernah menerima kehadirannya di dalam keluarga ini. Makin besar rasa benci Ayuni kepadanya. Dan semakin besar rasa bersalah menghimpit perasaannya.


Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now