BAB DUA

56 9 0
                                    

Arisya memandang meja kerjanya yang sudah di isi dengan barang-barangnya."Okay,perfect"Kata Arisya.Lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi.Dia tidak menyangkakan bahawa sekarang ini dia sudah mempunyai kerja sendiri.Yang lagi mengejutkannya ialah tempat kerjanya merupakan syarikat yang sangat berpengaruh di Malaysia.

Arisya yang sibuk mengelamun tidak sedar kalau majikkannya Rayyan sudah tiba di sana.Arisya tidak henti-henti tersenyum sendiri sambil menongkat dagunya.

"Ehem?"Matanya membulat saat terdengar seseorang berdeham di hadapannya.Wajahnya diangkat perlahan dan terserlah wajah serius Rayyan yang memandangnya.Arisya lantas bangkit.

"Tuan Rayyan"Kata Arisya yang kelihatan gugup."Saya paling pantang kalau ada staff yang mengelamun masa office hour.Dan awak,baru je buat benda yang saya paling benci"Kata Rayyan.

"Saya minta maaf Tuan Rayyan"Kepalanya di tundukkan sedikit."Lain kali kalau nak mengelamun bukan di sini.Faham?"Katanya dengan tegas."Faham"Kata Arisya.Lalu Rayyan melangkah masuk ke pejabatnya.Arisya melepaskan rasa lega.

"Nasiblah gaji aku tak kena potong.Ish! aku pun satu.Tulah kau Arisya.Mengelamun lagi.Kan dah kena marah"Marahnya pada dirinya sendiri.

Rayyan menyangkutkan kotnya pada kerusi dan terus duduk.Jamnya di kerling sekilas.Lalu dia mendekatkan kedudukannya pada meja.Banyak sungguh kerjanya yang tertangguh akibat penat.Tiba-tiba telephonenya berdering.Rayyan mencapai telephonenya dan menjawab panggilan tersebut tanpa memandang skrin telephonenya.

"Hello?"Katanya sambil matanya tertacap pada skrin komputernya.Namun tiada sebarang balasan.Rayyan melihat telephonenya.Nombor yang tidak diketahui.Sekali lagi dia lekapkan pada telinganya.''Hello?"Katanya lagi.Tiba-tiba talian di putuskan oleh si pemanggil.

Rayyan sudah mengerutkan dahinya."Pelik?"Katanya.Lalu dia meletakkan kembali telephonenya.Sekali lagi telephonenya berdering.Rayyan mencapai telephonenya kembali.Masih nombor yang sama."Hello?"Katanya lagi."Hey? its me.Kayra"Kata si pemanggil di hujung talian.

Rayyan yang terkejut mendengar suara itu lantas menegakkan badannya."Rayyan? are you still in there?"Tanya Kayra.Rayyan menarik nafasnya sebelum menjawab."You nak apa?"Kata Rayyan dengan tegas."Boleh kita jumpa tengah hari ni?"Tanya Kayra.

"What do you mean?"Lalu Rayyan berdiri dari duduknya."I dah ada kat malaysia"Kata Kayra.Hati Rayyan seakan-akan ingin pecah."I'm sorry.But i can't"Ujar Rayyan."Please? just once?"Rayu Kayra yang membuatkan Rayyan tiba-tiba merindui gadis itu."Kat mana?"Rayyan tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang ini."Kat cafe yang selalu kita pergi dulu"Rayyan berdengus."Okay"Jawabnya sepatah.Lalu dia mematikan talian itu yang belum sempat Kayra mahu membalas.

Dia tidak sanggup mendengar lama-lama suara gadis itu.Hatinya tidak cukup kuat menolak perasan sayang dan rindu pada cinta pertamanya itu.Pintu pejabatnya tiba-tiba di ketuk dari luar."Come in"Kata Rayyan.Lalu Arisya masuk ke dalam.

"Jam dua petang nanti Tuan Rayyan ada meetting dengan-"Lalu Rayyan mengangkat tangannya tanda berhenti.Arisya serta merta berhenti dari bercakap.

"Just cancel the meeting.Cakap kat Dato Jamal yang saya ada hal lain and its important"Kata Rayyan dengan tegas."Baiklah Tuan Rayyan''Belum sempat Arisya melangkah pergi dari sana,Rayyan memanggilnya semula.

"Ya Tuan Rayyan?"Tanya Arisya."Buatkan saya coffee.And kalau boleh secepat yang mungkin"Lalu Arisya mengangguk faham dan terus keluar.Rayyan kembali duduk.Tangannya naik memicit kepalanya.Dia tidak tahu kalau dia harus berbaik dengan Kayra atau biarkan saja hubungan mereka seperti sekarang ini.

Secawan kopi itu diletakkan di atas meja Rayyan.Arisya memandang sekilas Rayyan yang teguh membuat kerja.Lalu tanpa sengaja matanya beralih kearah sebuah cincin yang berada di atas meja Rayyan.Nampak macam cincin perempuan.'Takkan cincin milik kekasih Tuan Rayyan? sebab Tuan Rayyan masih belum berkawin mahupun bertunang'Monolog Arisya.Lalu Arisya melangkah pergi dari sana.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now