BAB EMPAT PULUH

31 7 0
                                    

BANYAK perkara yang jadi sepanjang aku mulakan kehidupan baru. Banyak benda buruk dan baik datang dan pergi. Aku tak tahu apa yang Tuhan nak tunjukkan dekat aku sebenarnya. Aku sendiri tak faham. Kadang-kadang, benda baik tu mesti akan datang masa aku jatuh. Dan, benda buruk akan datang bila aku dah bangun dari jatuh. Kita boleh pilih cara untuk hidup. Tapi, tak ada cara yang sempurna untuk jalani kehidupan. Mungkin sebab tulah setiap kehidupan kita berbeza dengan orang lain.

Arisya berdiri dari duduknya.

Pintu bilik Arisya yang tadinya tertutup rapat dibuka oleh seseorang.

"Adik? Adik tak nak makan ke?"

Arisya memusingkan badannya memandang Shafira yang mengenakan baju kurung moden. Seketika, Terjengul wajah Husna di pintu.

"Babe? kau tak nak keluar ke?"

Arisya menghampiri mereka.

"Kejap lagi aku keluar."

Husna mengangguk lalu dia beredar dari sana. Shafira meraih tangan Arisya dan di bawa ke katil. Lalu mereka berdua duduk di birai katil.

Sebentuk cincin yang terletak elok di jari manis Arisya dipandang. Shafira tersenyum sendiri. Sekarang ni, Arisya sudah bergelar tunangan kepada lelaki bernama Rayyan Naufal. Majlis pertunagannya diadakan di kediaman mereka.

Hanya jiran tertangga terdekat dan sanak saudara yang rapat saja dijemput. Dari mula majlis sampailah orang yang membanjiri tempat itu mulai beransur pergi. Sampai berpinar-pinar mata dia menerima flash kamera. Tak habis-habis tangkap gambar.

"Papa mana?" soal Arisya.

Minggu lepas, Apabila Arisya pulang saja dari ofis, dia dikejutkan dengan kedatangan keluarga Amirul. Mula-mula pelik juga dia. Tapi bila dia nampak wajah Encik Hairul, terus saja air matanya tumpah. Tak dapat digambarkan bagaimana terkejut dan dalam pada masa yang sama dia juga gembira kerana dapat bertemu dengan Papanya semula.

Arisya tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya untuk bertemu dengan Papanya lagi. Walaupun hakikatnya dia masih kecewa dengan pelakuan Papanya dahulu, tapi dia sedar. Itu semua tak penting. Yang pentingnya dia dan Shafira masih lagi ada di hati Papanya.

Bukan hanya Papanya saja yang dipertemukan. Malah, dia juga di pertemukan dengan adik-beradik tirinya yang selama ini hanya dianggap kawan. Amirul juga seperti ikhlas menerimanya sebagai seorang adik begitu juga Datin Maria dan Ayuni. Walapun Ayuni tidak banyak cakap dengannya, tapi dia perasan kalau Ayuni kelihatan mesra dengan Kakaknya Shafira.

"Papa ada kat bawah. Tengah berborak dengan tetamu."

Arisya mengangguk. Dari mula majlis sampailah habis, Encik Hairul lah yang paling gembira sekali melayan tetamu. Pasti ada saja tetamu yang mahu berbual dengannya.

"Risya perasan, yang Aizat tu try hard nak ambik hati Papa."

Shafira mencebik. Kalau bukan sebab Arisya yang menjemput Aizat untuk datang ke majlis pertunagannya, tak ada maknanya dia mahu melayan karenah gedik Aizat yang sikit-sikit menepel di sebelahnya. Naik gila dia bila Encik Hairul mengusik dirinya.

"Adik ni saja nak kenakan Akakkan? Adik tahukan Bos Akak tu sewel? Ish! Geli Akak dengan mamat tu."

Arisya ketawa.

Tiba-tiba Husna, sudah tercegat di pintu bilik Arisya.

"Risya?" panggil Husna. Shafira dan Arisya menoleh ke arah Husna.

"Kenapa?" Arisya menyoal.

"Muazzam nak jumpa."

Arisya memandang Shafira.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now