BAB SEMBILAN

33 8 0
                                    

Arisya sudah pun lambat lima minit untuk bermesyuarat pagi itu.Bukan kerana keretanya mahupun lambat bangun.Tapi di sebabkan oleh kesesakan lalu lintas.

Arisya bergegas menuju lif.Dan menekan butang tingkat sepuluh.Jam di tangannya di kerling sekilas.

"Habislah Tuan Rayyan marah kat aku"Katanya sendiri.Lalu pintu lif pun terbuka.Dengan lantas dia masuk ke dalam dan sesuatu yang tak di duga terjadi.Rayyan berada di dalam lif.

"Tuan Rayyan?"Membulat mata Arisya melihat Rayyan yang memandang tajam kearahnya.

"Kenapa lambat?"Kata Rayyan dengan nada seriusnya."Saya...."Lalu Rayyan menjelingkan matanya.Arisya yang berdiri bersebelahan Rayyan sudah cuak."Jalan sesak tadi..."Kata Arisya takut-takut.

"Lain kali,kalau suka sangat datang lambat...tak payah kerja kat sini.Saya tak perlukan pekerja lembab macam awak."Herdik Rayyan."Saya minta maaf Tuan Rayyan."Kata Arisya.

Lalu lif berhenti di tingkat sepuluh.Rayyan berjalan keluar terlebih dahulu diikuti Arisya.

"Eh? Muaz?"Kata Arisya yang terkejut melihat kelibat Muazzam ada di sana."Wow? datang sama-sama dengan Rayyan? korang ni ada apa-apa ke?"Kata Muazzam.

"Eh? taklah..."Kata Arisya.Rayyan sekadar memasang muka tidak berperasan."Oh ya? Rayyan? tadi kata nak tunggu someone? siapa someone tu?"Tanya Muazzam.

"Tak penting."Kata Rayyan.Muazzam sekadar menjongketkan bahunya.

Mesyuarat berjalan dengan lancar.Muazzam juga turut di sana kerana syarikatnya akan berkerja sama dengan syarikat RAS holdings.

Rayyan memandang kearah Arisya dan Muazzam yang dari tadi tidak habis berbalas soalan.Arisya menahan tawanya apabila Muazzam membuat lawak hambar.

Senyuman Arisya tidak lekang dari wajahnya kalau gadis itu bersama dengan Muazzam.

'Apasal pula aku nak marah?'

Rayyan cuba menumpukkan perhatiannya pada mesyuarat itu namun susah baginya untuk tidak memandang Arisya dan Muazzam.

"So kita dah kawan kan sekarang ni? bolehlah kita lunch or jalan-jalankan lain kali?"Kata Muazzam

"Insya-Allah...kalau saya free apa salahnya kita keluarkan?"Kata Arisya dengan senyuman.

Rayyan menjelingkan matanya melihat Arisya dan Muazzam di pintu keluar bilik mesyuarat.

Arisya dan Muazzam terkejut apabila Rayyan tiba-tiba saja berjalan di antara Arisya dan Muazzam.

"Mood tak baik ke tu?"Kata Muazzam.

"Maybe?...okaylah saya nak-"Ayatnya tergantung apabila Rayyan memanggilnya dari luar bilik tersebut dengan sungguh lantang.

"Saya pergi dulu?"Kata Arisya terburu-buru Muazzam menganggukkan kepalanya lalu Arisya berjalan keluar.

Arisya mengejar Rayyan dari belakang.

'Tuan Rayyan masih marah aku ke?'

Setibanya Rayyan di ofisnya...dia terus bersandar pada kerusinya.

"Aish! rimas pula aku tengok.Macam tak ada tempat lain nak bersembang."Kata Rayyan

Rayyan mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan jari-jemarinya.

Rayyan terbangun dari duduknya apabila terlihat Kayra yang tiba-tiba saja masuk ke dalam biliknya.

"Kayra?"Katanya yang masih terkejut.

"Rayyan...You kena tolong I..."Kedengaran suara Kayra seperti merayu.

Berkerut dahi Rayyan.Tolong?

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now