BAB TIGA PULUH TIGA

31 7 4
                                    

"Saturday ni saya nak bawa awak dinner rumah saya. No excuse. Fullstop." dengan sekali lafaz Rayyan berkata. Arisya terkebil-kebil.

Apa? Makan malam kat rumah dia? Dah kenapa pula?

"Kenapa Tuan Rayyan?" pelik. Takkan tiba-tiba aje dia nak ajak aku dinner kat rumah dia.

"Parents saya nak jumpa." terbuntang mata Arisya.

"Ke... kenapa?"

"Nanti saya explain, sekarang ni saya ada meetting."

Huh! Ajak dinner tak bagitahu sebab. At least, bagitahulah. Bukan susah.

"Nope! Tuan Rayyan tak akan ke mana-mana selagi Tuan tak bagitahu kenapa Datin dan Dato nak jumpa." kata Arisya sambil tangan kanannya menahan pintu pejabat Rayyan.

Aih... kenapa kau ni comel sangat? Geram aku tengok kau ni. Behave Rayyan.

"Siapa Bos?"

"Tuan Rayyan." jawab Arisya

"So?"

Arisya berganjak ke kiri. Tak sudah-sudah dengan kuasa veto dia tu.

"By the way, Mommy saya berkenan dengan awak." kata Rayyan sebelum berlalu dari situ. Arisya kaku.

Apa maksud dengan Mommy saya berkenan dengan awak? Tuan Rayyan! Apa semua ni!

...

Sabtu. Awal-awal pagi lagi Arisya mendapat mesej dari Rayyan. Mengatakan dia akan menjemput dia pukul lapan malam nanti. Arisya menyembamkan mukanya ke bantal buat beberapa saat sebelum turun dari katil.

"Adik dah kenapa?" Shafira bertanya apabila melihat muka masam mencuka Arisya yang langsung tak ada gula. Arisya menhenyek punggung di sebelah Shafira.

Alat kawalan televisyen di capai. Seribu kali bosan dari berkurung di bilik. Tiada apa yang menarik ingin di tonton.

"Bosan ke?" Arisya kalihkan pandangan memandang Shafira sebelum mengangguk. Shafira tersenyum. Kenal sangat dekat adiknya itu.

"Akak nak tau something tak?''

Berkerut dahi Shafira.

"Apa dia?"

Arisya menarik nafas panjang sebelum membuka mulut.

"Boss adik ajak dinner kat rumah dia malam ni." laju saja Arisya berkata. Terkebil-kebil Shafira. Entah dia dapat tangkap atau tidak apa yang di katakan oleh Arisya sebentar tadi.

Adik aku ni dah jadi rapper ke? Ke dia nak kalahkan Mk K-clique?

"Apa dia?" Shafira bertanya. Jujur dia tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Arisya tadi akibat terlalu laju.

"Boss. adik. ajak. dinner. kat. rumah. dia." satu persatu Arisya sebut. Kalau itu pun Shafira tak dapat tangkap, memang minah tu ada problem dengan telinga dia.

Mana Aizat? Hah. Suruh aje dia check telinga Shafira tu. Confirm! Sampai china Shafira boleh dengar.

"Ooh... HAH?"

Arisya membuat muka menyampah. Perlu ke terkejut bagai?

"Adik biar betul? Dinner? Kat rumah majikan Adik sendiri? But why?" Arisya menjongket bahu tidak tahu.

Kalau aku tahu, tak ada maknanya aku nak perah otak siang malam fikir apa sebab Tuan Rayyan tu tiba-tiba aje ajak makan malam kat rumah dia. Like biar betik bin papaya? Rumah? Wow... hebat...

"Itulah Adik pun tak tahu. Dia kata parents dia nak jumpa."

Terangkat tinggi kening Shafira.

Adik aku ada buat hal ke dekat syarikat majikan dia? Sampai boss besar nak jumpa. Kalau ada... mampus aku!

"Adik jujur dengan akak. Adik ada buat hal ke dekat ofis sampai parents boss adik nak jumpa? Cakap!" terhinjut bahu Arisya.

Yang Akak aku ni melebih sangat kenapa? Aku ni good girl okay? Mana pernah buat hal. Kecuali kat sekolah dulu. Itu pun pengawas tegur stokin aku terlalu pendek. Cis! Sekadar bawah buku lali aje pun nak marah! Eh? Oh, ya... lupa pula aku pernah masuk bilik disiplin ngan kawan-kawan aku. Ala... benda kecik aje pun. Rehat awal. Itu pun sebab kita orang ada latihan bola baling. Kalau bukan sebab aku, tak ada maknanya kita menang lawan sekolah juara lima kali berturut-turut.

"Mana ada."

"Habis tu?"

Arisya mendengus. Dah dia kata dia tak tahu. Maknanya dia tak tahu.

"Adik tak tahu."

"Adik jangan conteng arang dekat muka akak."

Membulat mata Arisya.

Apa? Gila ke aku nak malukan kakak aku. Mana mahunya aku nak conteng-conteng muka akak aku yang hitam manis ni. Aku sebenarnya pelik. Asal aku putih akak aku hitam manis? Nak kata akak aku ni rajin ikut sukan time sekolah dulu, Ya... tapi tak sangat. Maklumlah, cepat semput.

"Apa pula? Mana mahunya adik nak malukan akak. Kalau adik betul nak malukan akak, dah lama adik buat."

"Adik jangan main-main eh."

Tengok? Aku cakap benda betul dia tak nak percaya.

"Adik jujur, Akak... mana ada Adik buat hal." Arisya masih mempertahankan kata-katanya. Betul apa.





Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now