TIGA MINGGU sebelum tarikh perkahwinan Arisya dan Rayyan, Mereka semua semakin sibuk hinggakan tak ada masa nak berehat. Tak sangka pula nak uruskan majlis perkahwinan ini bukan mudah.
Ditambahkan lagi, Rayyan waktu itu berada di luar negara atas urusan kerja. Akhir-akhir ini, Rayyan sibuk di ofis. Dan sekarang ini, dia berada di luar negara.
Nasib baiklah untuk majlis ini mereka hanya mengadakan di satu tempat saja. Iaitu di hotel milik salah satu kawan milik Dato Muhkris. Katanya, mereka akan sponsor tempat itu. Jadi, mereka semua setuju. Free kut? Siapa tak nak?
Sebaliknya Rayyan dari luar negara, Arisya ingat dia sudah boleh berjumpa dengan Rayyan di ofis. Malangnya tidak. Rayyan terbang pula ke langkawi atas urusan kerja. Arisya langsung tidak berpeluang untuk berjumpa dengan tunangnya itu. Kata Datin Suzana.
"Rayyan tak pulang ke rumah. Maybe dia terus fly ke langkawi. Jumpa Mommy pun tidak."
Arisya sedikit hampa. Kenapa? Baru sekarang Rayyan kena busy? Tak tahu ke dia tu tak lama nak kahwin? Sepatutnya, Rayyan perlukan rehat. Bukan tambahkan lagi penat! Mesej tidak, call tidak. Sudah seminggu mereka tidak berhubung.
SEMINGGU sebelum majlis bermula, Baru Arisya dapat berjumpa dengan Rayyan. Tapi, bukan untuk dating ataupun bertanya kabar. Tapi dia mahu memberitahu kalau dia akan berada di Sabah selama tiga hari.
"Sabah?" ujar Arisya tidak percaya. Rayyan angguk.
"Awak tak payahlah nak terkejut bagai. Bukan lama mana pun. Tiga hari aje."
Tiga hari aje pun. Eh! Kau senanglah cakap. Aku ni, yang siang, malam, pagi, petang. Tak henti-henti urus majlis kita yang tinggal seminggu lagi.
Arisya akur. Dia tahu, Rayyan juga sebenarnya penat dengan kerjanya. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Kesian juga dia dengan Rayyan sebenarnya.
Arisya duduk termenung di kerusi batu berdekatan taman bunga milik Datin Suzana.
"Risya?" panggil Datin Suzana.
Arisya memandang ke arah Datin Suzana. Lalu dia menghadiahkan senyuman manis.
"Mommy, kenapa ya?"
Memandangkan dia akan jadi salah satu dari ahli keluarga Dato Muhkris tak lama lagi, Datin Suzana menyuruhnya untuk memanggilnya Mommy.
"Teringatkan Rayyan ke tu?"
Arisya tertunduk, malu. Lalu Datin Suzana menghenyek punggung di kerusi berhadapan Arisya.
"Tak sangkakan? Kalau dulu, Rayyan paling pantang kalau Mommy buka cerita pasal Risya."
Arisya mengangkat wajahnya memandang Datin Suzana.
"Masa tu dia masih tak ada perasaan kat Risya lagi. Sebab tu dia tak suka."
"So? Macam mana? Dah ready dah nak jadi isteri Rayyan?" pertanyaan Datin Suzana membuatkan Arisya gementar.
Aku dah ready ke? Macam mana pula dengan Rayyan? Dia dah ready ke?
"Insya-Allah,"
Datin Suzana tersenyum.
Arisya sendiri tak pasti dengan apa yang diungkapkan. Sepatutnya dia dah bersedia dari segi mental dan fizikal. Tapi kenapa dia was-was?
Akad nikah akan diadakan pada pagi minggu depan. Dan esoknya pula, majlis perkahwinan yang diadakan di hotel milik kawan kepada Dato Muhkris. Arisya hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
Lãng mạnArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.