Encik Hairul terdiam mendengar pertanyaan Datin Maria.Bagaimana rahsia yang selama ini dia simpan diketahui oleh Isterinya?
"Kenapa abang sembunyikan anak-anak abang dari saya?"tanya Datin Maria.Encik Hairul diam membisu.Dia tahu perkara itu pasti akan berlaku juga.
"Kenapa abang sanggup tinggalkan Arisya dan Shafira macam tu aje?"sekali lagi Datin Maria bertanya.Dan Encik Hairul masih dengan diam membisu.
Dia tidak tahu harus memberi sebab apa.Dia tahu ini semua salahnya
"Abang,saya tanya ni."
Encik Hairul menarik nafas panjang.
"Abang... abang tak tahu..."
Datin Maria memejam seketika matanya.Perasaanya bercampur-baur.Marah dan kesian.
"Maria marah abang ke?"tanya Encik Hairul.Datin maria menarik nafas panjang sebelum menggeleng.Encik Hairul tersenyum.
"Kenapa pula Maria nak marah abang?"tanya Datin Maria kembali.
"Mana tahu Maria tak suka dengan apa yang abang buat dekat anak-anak abang."kata Encik Hairul.
"Memang,memang saya marah."kata Datin Maria membuatkan Encik Hairul tertunduk malu.
"Tapi saya tak ada hak nak marah abang."sambung Datin Maria.
Encik Hairul mengangkat wajahnya semula.Lega sikit hatinya mendengar kata-kata isterinya itu walaupun kedengaraan seperti terpaksa.
"Abang nak Maria tahu apa yang abang buat ni tak bermakna abang dah buang anak-anak abang dari hidup abang."ujar Encik Hairul.
"Abang cuba takut kalau Maria tak boleh terima kehadiraan anak-anak abang dalam hidup Maria,Amirul dan Ayuni."katanya lagi.
Datin Maria mengukir senyuman.
"Abang,kalau Maria tak terima mereka dalam hidup Maria,tak ada maknanya Maria risau dekat mereka."
Encik Hairul merasa malu dan kesal atas perbuatannya yang tidak bertanggungjawab sedangkan dia adalah ketua keluarga.
"Merekakan anak-anak Maria juga, Tak gitu?"kata Datin Maria.
"Abang minta-"ayatnya tergantung di situ.
"Bukan Maria yang patut abang minta maaf.Tapi anak-anak abang.Shafira dan Arisya.Mereka yang sepatutnya abang minta maaf."
"Abang janji,lepas abang dah jumpa mereka abang minta maaf dekat mereka."janji Encik Hairul kepada Datin Maria.
"Mmm... kalau boleh lagi cepat lagi bagus."ujar Datin Maria.
Encik Hairul tersenyum.Ya,lebih cepat lebih bagus.Tapi,mahukah anak-anaknya itu memaafkan dirinya?
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomansaArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.