RAYYAN memandang tajam kearah Muazzam yang dari tadi hanya bermain telephone sambil tersenyum-senyum.Panas pula hatinya apabila teringat kejadian di pintu utama tadi.
"Yang kau ni dah tersengih-sengih macam orang bercinta dah kenapa?"Kata Rayyan sambil keningnya di naikkan sebelah.Muazzam sekilas memandang Rayyan lalu menggelengkan kepalanya.
"Aku harap sangat aku dapat jadi apa yang kau cakap tadi.I mean,bercinta."Rayyan mengalihkan pandangannya.Muazzam kembali memandang telephonenya.
"Dengan siapa? hantu?"Kata Rayyan selamba.Muazzam tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya."Dengan...PA kau...Arisya."Lantas Rayyan berdiri tegak dan membuatkan Muazzam memandangnya pelik."Kau dah kenapa?"Soal Muazzam pelik.
"Apa kata kau balik sekarang? aku ada banyak kerja lagi nak buat.Kau datang sini pun bukan boleh tolong aku?"Lenggan kiri Muazzam di tarik menyebabkan dia berdiri."Okay-okay,aku bangun lah ni...tak payahlah tarik-tarik?"Rayyan melepaskan pegangannya.
Muazzam menggelengkan kepalanya dengan sikap Rayyan itu.
"Dah? habistu apa lagi kau tunggu? jalanlah."Kata Rayyan.Muazzam tersenyum kecil."Sebelum kau datang sini tadi,Kayra datang kat sini nak jumpa kau."Perhatian Rayyan terganggu lalu dia memandang Muazzam."Kau ada jumpa dia?"Muazzam menggelengkan kepalanya.Wajah Rayyan sudah bertukar serius.
Kayra berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah.Entah kenapa dia rasa lega apabila meluahkan perasaannya pada Arisya siang tadi.Namun tidak semua dia ceritakan pada Arisya.
"Saya langsung tak fikir apa akibat yang akan terjadi lepas putus dengan Rayyan.Yang saya kisah masa tu saya dapat apa yang saya nak dari lelaki yang sekarang ni bekas kekasih saya."
Arisya setia mendengar luahan hati Kayra.
"Saya tamak...tamak dengan harta.Ibubapa saya besarkan saya bukan dengan kasih sayang tapi,dengan kekayaan yang kami miliki.Saya tak dapat walaupun secebis kasih sayang dari mereka.Masa saya kecil ibubapa saya selalu tinggalkan saya dengan maid saya kat rumah.Saya selalu tunggu kat depan rumah."
Kayra cuba menahan air matanya dari tumpah.
"Rayyan,Rayyan selalu ada untuk saya.Ibubapa saya pula langsung tak ambil kisah pasal saya.Kalaulah saya boleh putarkan masa semula,dah lama saya buat.Tapi saya bukan tuhan nak buat semua tu."
"Tak ada manusia di dunia ni boleh putarkan masa semula.Masa selalu maju ke hadapan.Dan ada sebab kenapa masa tak boleh di undurkan semula...Kesilapan yang kita buat di masa silam mengajar kita dan melihatkan kita apa yang perlu kita ubah agar tak buat kesilapan sekali lagi di masa akan datang.Manusia tak lari dari kesilapan."
"Betul cakap awak Arisya.Manusia mana yang tak pernah buat kesilapan?"Kata Kayra.Dia cuba mengambil pesanan Arisya itu sebagai penguat diri.
Lalu dia melihat kearah perutnya yang sekarang ini sudah ada bayi di dalamnya.
"Maafkan ibu sebab hampir bunuh kamu."Ujarnya sambil mengusap lembut perutnya yang masih kempis.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.