RAYYAN yang dari tadi hanya duduk termenung di sofa diperhatikan Datin Suzana.Datin Suzana menggelengkan kepalanya dan memfokuskan matanya ke televisyen.
"Rayyan okay tak ni? kenapa termenung je dari tadi?"Soal Datin Suzana tanpa memandang Rayyan.Rayyan menyandarkan tubuhnya pada sofa.
"Rayyan bingung dengan perasaan Rayyan sendirilah.Ya tapi tidak."Berkerut dahi Datin Suzana dan sekilas memandang Rayyan."Maksud Rayyan?"Rayyan menjongketkan bahunya."Rayyan pun tak tahu."
"Cuba bagitahu Mommy,apa sebenarnya yang mengganggu akal fikiran Rayyan."Rayyan mengela nafas."Rayyan bukan tak pernah bercinta.Tapi,problem dia sekarang ni Rayyan tak tahu kalau Rayyan dah suka or belum kat....."Datin Suzana menanti kata-kata Rayyan."Kat...?"
"Tak apalah Mommy.Tak penting pun.Lagipun masih terlalu awal untuk Rayyan suka dia."Berkerut dahi Datin Suzana.
"Tulah...siapa suruh Rayyan senang sangat jatuh cinta? tengok? Rayyan sendiri pun tak tahu Rayyan cintakan si dia dia ataupun tidak?"Rayyan mengusutkan rambutnya.
"Mommy,Rayyan masih dalam proses 'Suka' bukan cinta.Suka,Sayang dan Cinta tak sama.Suka sebab kita selesa dengan mereka.Sayang sebab kita ambil berat tentang mereka.Dan Cinta,sebab kita nak jadikan mereka milik kita."Kata Rayyan panjang lebar.
Datin Suzana sudah tersenyum.Tak dia sangka Rayyan anaknya itu pandai berbicara.
"Oh ya? cakap pasal Rayyan pernah couple sebelum ni...Kayra apa kabar eh? dah lama Mommy tak dengar cerita pasal Kayra.Kalau dulu,huh selalu sangat Rayyan cerita pasal dia kat Mommy.Sampai muak Mommy jadinya."
Serta merta wajah Rayyan berubah.Dia menarik nafasnya dalam.
"I don't know...Rayyan dah lama tak jumpa dia."Bohong Rayyan.Datin Suzana sekadar menganggukkan kepalanya."Tak apalah Rayyan,mana tahu ada baiknya juga kamu dan Kayra tu putus? siapa tahu?"Rayyan tersenyum nipis.
Pagi itu,Arisya datang awal.Dia tidak mahu di marahi oleh Rayyan itu lagi.Jujur mahu saja dia menampar mulut sexy Rayyan itu.
Kayra berjalan kearah meja Arisya yang sedang duduk sambil bermain telephone.
"Excuse me?"Arisya lantas memalingkan kepalanya lalu dia meletakkan telephonenya di meja.
"Ya Cik Kayra?"Kayra sekilas memandang kearah pintu pejabat Rayyan."Rayyan ada?"Arisya menggelengkan kepalanya."Tuan Rayyan belum datang lagi."
Kayra tersenyum nipis.Arisya mengerutkan dahinya.Entah kenapa dia dapat rasakan bahawa gadis itu seperti sedang bersedih.
"Cik Kayra? cik tak apa-apa ke?"Soalnya prihatin.Kayra memandang kearah Arisya.Lalu dia menggelengkan kepala.Air matanya jatuh di pipi.Arisya yang melihat kejadian itu lantas membawa Kayra duduk di sofa yang tersedia.
"Cik Kayra? janganlah nangis.Nanti orang ingat saya buat Cik nangis pula."Pujuk Arisya.Kayra tersenyum dengan linangan air matanya."Mesti awak ingat saya ni still girlfriend Rayyan kan?"Berkerut dahi Arisya.
Bukankah Kayra memang teman wanita Tuan Rayyan?
"Bukan ke Cik Kayra memang girlfriend Tuan Rayyan?"Kayra menggelengkan."Dah setahun kami putus tanpa pengetahuan orang lain.Tak hairanlah awak tak tahu apa-apa? sebab awak PA baru dia kan?"
Arisya menganggukkan kepalanya."Saya ingat Cik-"Ayatnya dipotong oleh Kayra."Just Call me Kayra."Arisya menganggukkan kepalanya."Saya ingat awak masih lagi dengan Tuan Rayyan."Kayra menggelengkan kepalanya.
"Salah saya sebab putuskan hubungan saya dengan Rayyan."Banyak tanda tanya bermain di minda Arisya."Tapi...saya tak rasa yang saya boleh beritahu awak.Maaf?"Arisya tersenyum."Tak apa,lagipun saya tak nak buat awak tak selesa."Kayra tiba-tiba saja memeluk Arisya.Arisya terkedu dan membalas pelukkan Kayra.
"Boleh tak kalau saya nak luahkan masalah saya kat awak kalau awak tak kisah?"Tanya Kayra.Lalu pelukkan di leraikan."Arisya Izzara sedia berkhidmat."Kayra tertawa kecil.
Arisya menghantar Kayra sampai di pintu utama bangunan itu.Lalu Arisya melambai kearah Kayra dan Kayra membalas lambaian tersebut.
Baru saja Arisya mahu berpaling.Muazzam sudah ada di belakangnya.
"Eh? Muaz,Terkejut saya."Muazzam memandang tajam kearah Kayra yang berlalu pergi dari sana.Arisya hairan."Awak okay tak ni?"Tanya Arisya.Muazzam memandang kearah Arisya."Apa Kayra buat kat sini? dia ada buat hal ke?"Berkerut dahi Arisya.
"Buat hal? hahahahahah...mana ada? dia datang sini sebab nak jumpa Tuan Rayyan.End up,dia luahkan perasaan dia kat saya."Muazzam menaikkan sebelah keningnya."What do you mean?"Arisya tersenyum.
Rayyan yang baru tiba di pintu utama RAS Holdings tiba-tiba saja sudah terasa panas di hatinya apabila melihat Arisya dan Muazzam berbual-bual.Bukan main mesra lagi.
Rayyan menarik nafasnya dalam dan mengalihkan pandangannya.Kakinya di atur masuk ke dalam bangunan tersebut.Tak dia sangka sampai Arisya dan Muazzam tidak sedar kalau Rayyan melimpasi mereka berdua.
'Fokus betul borak.Sampai aku lalu kat sebelah pun tak nampak'Desisinya.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomansaArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.