BAB DUA PULUH TUJUH

30 5 0
                                    

Shafira termenung jauh.Entah apa yang sedang bermain di fikirannya.Akhir-akhir ini, dia rasa seperti seseorang sedang memerhatikan dirinya.Tapi dia sendiri tidak pasti siapa geranggan tersebut.Bukan sekali dua,tapi sudah banyak kali benda ini terjadi.Dia tidak mahu menceritakkan hal tersebut kepada Arisya.Takut adiknya itu risau akan keselamatannya itu.

"Akak termenungkan apa tu?"tiba-tiba saja Arisya sudah selamat disebelahnya.Shafira tersentak dari lamunannya.Segaris senyuman terlakar di wajahnya.

"Tak ada,saja nak termenung.Rindu pula."ujar Shafira cuba membuat lawak.Arisya tertawa kecil.Padahal hatinya terasa sungguh risau.Patutkah dia memberitahu hal sebenar?

"Akak,adik nak minta pendapat dari akak ni."kata Arisya.Shafira kehairanan.Pendapat? Pendapat apa pula?

"Pendapat apa?"Arisya sudah tersengih.Mahu tidak mahu saja dia mengutarkan soalan kepada kakaknya.Malu sebenarnya.

Lalu Arisya mengeluarkan telephone bimbitnya.Terpampang gambar di skrin telephone milik Arisya.Berkerut dahi Shafira tidak faham.Apa pula ni?

"Kiri ni Muazzam,kanan ni Tuan Rayyan.Bos adik."terang Arisya lalu menghulurkan telephonenya kepada Shafira.Shafira menyambut huluran adiknya.

"Kenapa dengan lelaki-lelaki ni?"tanya Shafira.Arisya malu-malu kucing.

"Adik tak tahulah...kenapa adik rasa perasaan adik ni terbagi dua."ujar Arisya.

Shafira tersengih.Faham benar dengan tutur bicara adiknya.

"Adik rasa mana lagi kacak?"soalan pertama kelur dari mulut Shafira.Arisya berfikir sejenak.

"Dua-dua."jawabnya jujur.Shafira tergeleng.

"Pilih seorang saja."Arisya mencebik.Tapi betullah.Dua-dua kelihatan kacak di matanya.

"Siapa paling banyak usik adik?"soalan kedua.

"Mmm...Muazzam?"Shafira mengangguk faham.Baiklah...

"Siapa yang pernah buat adik menangis,ketawa dan cemburu."berkerut dahi Arisya.Soalan jenis apa pula ni?

"Apa punya soalan tu kak? Memang taklah dia orang nak buat adik...."ayatnya terhenti disitu.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu yang mengganggu fikirnya mengenai soalan kakaknya.Rasanya,ada salah seorang dari mereka.Tapi dia tidak tahu kalau benar pernah terjadi atau dia sudah lupa.

"Rasanya..."Shafira menunggu jawapan dari Arisya."Er...entah! Adik pun tak tahu."Shafira menepuk dahinya.

"Kalau dia buat adik cemburu,maksudnya adik dah selesa dengan dia.Kalau dia buat adik ketawa pula,adik dah mulai suka dekat dia.And,kalau dia pernah buat adik nangis,maksudnya adik dah jatuh cinta dekat dia."terang Shafira.

Arisya terdiam seribu bahasa.Perasaan itu pernah hadir sebelum ini.Tapi bukan selepas dia bertemu dengan dua jejaka ini.Tapi,semasa arwah Nazim masih ada di sampingnya.Arisya menundukkan wajahnya.Hatinya rasa sebak.

"Adik okay tak ni?"Shafira mulai risau apabila melihat wajah muram adiknya.

"Hah? Ya.I'm fine."jawab Arisya.Senyuman diukir.Shafira kembalikan telephone bimbit milik Arisya.

"Boleh akak tahu kenapa adik tiba-tiba minta pendapat pasal mereka tu?"tanya Shafira.

Arisya mengetap bibirnya.

"Adik nak tahu aje kalau perasaan adik dah ada untuk salah seorang dari mereka tu.Tapi,tak ada...."

Shafira memeluk bahu Arisya.Dia tahu adiknya cuba untuk move on.

"Adik tak payah paksa diri untuk cintakan seseorang."Arisya tersenyum kelat.

"Kalau Nazim tak kemalangan,mesti sekarang ni adik dah sah jadi isteri dia."

"Adik jangan salahkan takdir."kata Shafira.

"Adik bukan salahkan takdir.Tapi,adik rasa adik yang bersalah."

"Kenapa pula?"

"Sepanjang adik bergelar tunang arwah Nazim,banyak perkara buruk jadi dekat arwah dulu.Adik rasa macam adik ni pembawa malang."

"Kenapa adik cakap macam tu? Tak baiklah."tegur Shafira.Arisya menggeleng.

"Dah memang betul dah kan?"Shafira menggeleng menidakkan kata-kata adiknya.

"Jangan salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.Bukan adik yang minta semua ni terjadikan?"

Arisya tidak membalas mahupun menggeleng atau mengangguk.Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri.

Perasaan bersalah itu sungguh kuat.Arisya tidak mampu untuk menolak perasaan tersebut.

"Kalau adik rasa adik yang bersalah,cuba belajar untuk maafkan diri sendiri.Itu yang paling penting kalau adik nak hidup aman."pesan Shafira.

"Adik dah cuba."

"Then cuba lagi sampai adik dah berjaya maafkan diri sendiri."

"I'II try."Shafira tersenyum.

"Macam nilah baru adik akak,tak mudah putus asa."puji Shafira.

"Papa."kata Arisya tiba-tiba.Berkerut dahi Shafira.

"Papa yang paling handsome."sambung Arisya.Shafira tersenyum lalu mengangguk.

"Mestilah!"jawab Shafira.

Arisya turut tersenyum.Tiba-tiba rindu pula dia pada Papanya itu.Entah apa kabar dengan Papanya itu.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now