Datin Suzana yang sedang menunggu kedatangan seseorang di bilik Rayyan membuatkan Rayyan kehairanan dengan Mommynya itu.Mahu di bilang tunggu kedatangan Rayyan,Rayyan sudah berada si sana sedang membuat kerja.
"Mommy? Rayyan peliklah dengan Mommy ni,Mommy tunggu siapa kat bilik Rayyan ni? kalau nak cakap Mommy tunggu Rayyan datang ofis,Rayyan dah ada depan Mommy."Kata Rayyan di meja kerjanya."Mommy tunggu Zara."Jawab Datin Suzana yang membuatkan Rayyan tidak percaya.
Rayyan juga sebenarnya sedang menunggu kedatangan Arisya yang sampai sekarang belum munculkan diri.Apabila di fikirkan semula,kereta Arisya masih lagi di bengkel.
"Zara sakit ke?"Kata Datin Suzana.Rayyan menjongketkan bahunya tidak tahu."Kenapa Mommy tunggu Zara sebenarnya ni? ada apa-apa yang Rayyan tak tahu ke dari Mommy?"Tanya Rayyan yang sedikit curiga.
"Mommy sebenarnya bosan kat rumah,Jadi Mommy ingat nak pinjam Zara kejaaap untuk teman Mommy shopping."Rayyan tidak percaya dengan sebab yang di bagi oleh Datin Suzana itu."Mommy,Arisya tu pekerja Rayyan,bukannya kawan Mommy."Kata Rayyan.
"Itu Mommy pun tahu,ada ke Mommy cakap Zara tu bukan pekerja kamu? ke kamu nak tukar status Zara dari pekerja menjadi isteri? hm?"Sindir Datin Suzana.Rayyan sudah ternga-nga dengan kata-kata Datin Suzana."Apa Mommy merepek ni?"Kata Rayyan.Datin Suzana menjongketkan bahunya.
Tidak lama kemudian,Pintu bilik Rayyan di ketuk dari luar."Come in!"Laung Rayyan dari dalam.Dan terlihatlah figura Arisya yang baru saja tiba di sana.Rayyan sudah berdiri dari duduknya begitu juga Datin Suzana.
"Er Tuan Rayyan? saya minta maaf sebab datang lewat."Kata Arisya yang merasa bersalah dan sedikit takut apabila melihat wajah majikannya itu."Kena-"Ayatnya tergantung apabila Datin Suzana mencelah.
"Zara!,finally,kamu tahu tak Auntie dari tadi lagi tunggu kamu datang tau? nasib baiklah kamu datang."Kata Datin Suzana yang merasa lega.Arisya tidak tahu apa yang sudah jadi di situ."Auntie Su? kenapa Auntie tunggu saya? boleh saya tahu?"Tanyanya ragu-ragu.Apa tidak? Datin Suzana datang-datang saja terus mendekatinya.
"Auntie?"Kata Rayyan.Sejak bila pula Arisya ini memanggil Mommynya dengan panggilan Auntie? Arisya memandang sekilas kearah Rayyan.Lalu dia menuju kearah Rayyan."Tuan Rayyan,saya minta maaf sangat-sangat sebab datang lambat hari ni."Kata Arisya dengan wajah bersalahnya.Rayyan terkedu melihat wajah Arisya dengan jarak yang dekat.
"Alaaa..Zara tak payah risaulah,Nanti Zara citer kat Auntie,macam mana Zara boleh lambat datang.Okay sayang?"Kata Datin Suzana yang melangkah kearah Arisya.Arisya memandang kearah Datin Suzana lalu tersenyum.
Rayyan pula masih lagi apabila terkedu.Apabila Arisya memalingkan semula wajahnya kearah Rayyan,Rayyan cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan Arisya menjarakkan semula jarak mereka.
"Maaf Tuan Rayyan?"Katanya sekali lagi yang masih berasa bersalah.Rayyan hanya berdiam diri yang lagi membuatkan Arisya merasa lagi bersalah."Maafkan jelah Zara ni,mesti dia ada sebab kenapa lambat.Kan Zara?"Lantas Arisya mengangguk.Kalau lah tadi tayar grab yang di naikinya tidak pancit,sudah tentu dia tidak lambat sebegini.
"Tuan Rayyan,Auntie Su? saya buat kerja saya dulu ya?"Kata Arisya yang ingin melangkah pergi dari sana."Nasib baik hari ni mood saya baik.Kalau tak,dah lama saya potong gaji awak"Kata Rayyan dengan ugutannya.Arisya mengetap bibirnya takut melihat wajah bengis Rayyan.
"Now,get back to your work"Arisya mengangukkan kepalanya dan mengheret kakinya dari sana setelah diberi arahan.Datin Suzana sempat menghadiakan senyuman kepada Arisya."Mommy baru je nak ajak Zara shopping..."Kata Datin Suzana yang kelihatan sedih.Namun Rayyan membiarkan saja Mommynya itu.
Arisya menyusun jadual mesyuarat Rayyan di ipadnya dan juga di buku catatannya.Nampaknya banyak lagi mesyuarat Rayyan akibat selalu di tangguhkan.PA Rayyan yang pernah berkerja untuk Rayyan juga mungkin pernah melalui apa yang di rasa olehnya itu.Menyusun dan mengubah jadual Rayyan bukannya kerja yang senang.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomanceArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.