BAB SATU

82 11 0
                                    

Lima bulan kemudian...

Burung-burung berkicauan lalu terbang keluar dari sarang mencari makanan.Bangunan pencakar langit tersergam indah di tengah-tengah bandar kuala lumpur yang selalu sibuk.

Arisya yang baru saja selesai melilit tudung shawl dikepalanya menilik dirinya dihadapan cermin buat kali terakhir.Setelah berpuas hati,dia mencapai beg tangannya dan sebuah fail yang berada di atas meja solek lalu mengatur langkah keluar dari bilik.

Arisya menuruni tangga dan sesampainya dia di anak tangga yang terakhir,Kelibat Shafira sudah terlihat ada di meja makan.Dengan senyuman dia melangkah ke meja makan.

"Morning"Sapanya.Shafira mengelap bibirnya menggunakkan tisu sebelum memandang kearah Arisya yang baru tiba di sana."Morning too"Jawabnya lalu menyambung makan dengan berhati-hati."Wow? nasi lemak? Akak yang masak ke or Akak beli?"Lalu Arisya menarik kerusi berhadapan Shafira dan terus duduk."Kalau Akak yang masak tahun depan laaah jawabnya baru siap"Kata Shafira.Arisya tertawa kecil.

Shafira baru perasan bahawa Arisya mengenakan baju kurung moden pagi itu yang membuatnya tertanya-tanya."Ni lawa-lawa ni nak ke mana?"Tanyanya."Interview kerja"Jawab Arisya ringkas.Berkerut dahi Shafira mendengar jawapan Adiknya itu."Interview? kat mana?"Soalnya lagi.Arisya mendekatkan wajahnya pada Shafira."Secret..."Lalu Shafira menampar tangan Arisya."Auch!"Adu Arisya."Orang tanya betul-betul kamu main-main"Arisya mencebikkan bibirnya.

Sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan sebuah bangunan yang berdiri megah.Seorang lelaki berpakaian formal keluar dari bahagian pemandu.Kaca mata hitam terletak elok di batang hidungnya.Kakinya di atur menuju kearah bangunan itu.Kelihatan pekerja-pekerja di sana menundukkan kepala mereka apabila lelaki itu berjalan di hadapan mereka.

"Handsomenya Tuan Rayyan tukan?"Kata seorang pekerja wanita yang memegang sebuah fail di tangannya.Matanya tidak lari memandang lelaki yang bernama Rayyan Naufal itu."Dahlah kaya lepas tu handsome pula Eeeeee!"Kata seorang wanita yang turut berada di sana juga."Tapi tulah,24 hours muka keeetaaat je.Macam tak reti nak senyum"Wanita yang berambut pendek itu mengangguk setujuh.

"Good morning Boss"Sapa seorang wanita yang merangkap personal assistantnya yang bakal bersara tidak lama lagi."Good morning"Balasnya tanpa sebarang nada mahupun senyuman.Pintu yang terdapat tulisan Rayyan Naufal bin Dato Muhkris Iskandar chief executive officer di tolak lalu Rayyan masuk ke dalam.

Arisya berjalan dengan laju menuju ke kaunter pertanyaan."Boleh saya tahu di mana bilik chief executive officer?"Tanyanya setiba saja di hadapan kaunter pertanyaan."Tingkat sepuluh"jawab wanita itu lalu Arisya mengucapkan terima kasih dan menuju kearah lift.

Hampir-hampir saja dia terlambat untuk temu duga pagi itu sebagai personal assistan di sebuah syarikat terkemuka.Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya sampai tepat pada masanya.Namun,belum tentu dia akan di ambil berkerja di sana.

Arisya Izzara menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembuskan perlahan-lahan.Matanya meliar memandang keadaan di sana.Tiba-tiba seorang wanita mendekatinya.

"Arisya Izzara?"Katanya sambil menaikkan sebelah keningnya.Arisya yang mendengar namanya di sebut lantas bangkit dari duduknya.Wanita itu memandangnya atas bawah.Arisya memberikan senyuman manis kepada wanita itu."Kampung"Kata wanita itu dengan nada perlahan namun telinga Arisya menangkap kata-kata wanita itu.Arisya menundukkan kepalanya.

Mungkin di sebabkan cara pemakaiannya.Namun dia cukup selesa memakai baju kurung dan shawl berwarna peach itu."Ikut saya"Kata wanita itu terselit nada sombongnya.Arisya membontoti wanita itu menuju ke bilik chief executive officer RAS Holdings itu.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now