BAB TIGA PULUH DUA

33 5 0
                                    

Habis makan malam, Rayyan, Datin Suzana dan Dato Muhkris melangkah menuju ke ruang tamu. Ikutkan hati, mahu saja Rayyan masuk terus ke dalam bilik merehatkan badannya. Tapi tiba-tiba saja Datin Suzana menyuruhnya untuk bersama-sama berkumpul di ruang tamu. Katanya ada hal nak di bincangkan.

"Hal apa yang Mommy nak bincangkan tu?" Rayyan membuka mulut. Dari tadi dia perasan Datin Suzana langsung tidak membuka mulut setibanya mereka di ruang tamu. Buang masa saja dia duduk bagai patung cendana. Dato Muhkris pula sibuk menonton berita.

"Rayyan, tak ada plan ke nak carikan Mommy menantu ke?" terbuntang mata Rayyan. Apa? Menantu? Inikah yang Datin Suzana maksudkan dengan hal yang ingin dibincangkan itu? Ini bukan sekadar hal biasa. Ini sudah masuk hal pribadi!

"Menantu?" bergema suara Rayyan. Dato Muhkris yang leka menonton televisyen pun terganggu. Dato Muhkris tergeleng. Kus semangat.

"Mo-mommy tanya aje... kalau Rayyan ada calon, apa kata Rayyan bawak aje jumpa Mommy and Daddy."

Rayyan menyandarkan badannya ke sofa. Calon? Mana pula dia mahu cari calon isteri di saat dia sibuk bekerja.

"Ha,Tak pun kamu bawak aje si budak Zara tu. Mommy kamukan berkenan dengan dia," tiba-tiba saja Dato Muhkris bersuara mengeluarkan pendapat. Datin Suazana tersenyum seraya mengangguk. Amboi... belum jumpa lagi dengan Arisya itu sudah pandai-pandai tukang kenen.

"Arisya? Daddy dah-" ayatnya terhenti di situ. Takkan dia nak cakap Daddynya sudah gila pulakan.

"Mommy tengok Zara tu baik budaknya. Tak macam perempuan lain yang suka mengorat kamu tu. Sakit mata Mommy tengok dia orang tu tergedik-gedik." celah Datin Suzana.

Rayyan meraup mukanya.

Bukan aku tak suka dekat Arisya tu, tapi masalahnya, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya perasaan aku untuk perempuan tu. Setakat suka-suka macam itu saja baik tak payah! Kang tak pasal-pasal dia ingat aku ni mainkan perasaan dia pula.

"Nanti-nantilah Rayyan fikir pasal ni. Kalau Mommy nak Arisya tu jadi menantu Mommy, pergilah jumpa Arisya tu. Cakap kat dia yang Mommy nak merisik dia."

Dato Muhkris dan Datin Suzana berpandangan.

"Rayyan tak kesah ke kalau kami masuk merisik Zara?" serentak mereka berkata. Rayyan menjongket bahu tidak tahu. Kalau ikutkan hati, dia okay saja.

"Suka Mommy and Daddy lah... Rayyan tak kesah."

Mestilah dia tidak kesah. Dah memang Arisya itu pujaan hatinya. Nak sorok apa lagi? Dah memang terbukti hati dia dah di curi oleh Arisya.

"Okay, kalau dah Rayyan cakap macam tu, baiklah! Nanti Mommy sendiri jumpa Arisya."

"Mama dia dah tak ada, Papa dia pula dah tinggalkan dia dan kakak dia."

Berkerut dahi Datin Suzana.

"Maksud Rayyan?"

"Papa dia kahwin baru selepas kematian arwah Mama Arisya. Sekarang ni Arisya tinggal dengan Kakak dia aje."

"So, macam mana? Nak Mommy jumpa kakak dia lah ni?"

"Ish kamu ni... dah sah-sahlah kamu kena jumpa Kakak Zara tu, takkan nak cari Papa Zara yang entah ke mana tu." kata Dato Muhkris. Rayyan mengangkat punggungnya.

"Rayyan masuk bilik dulu? Kalau ada apa-apa nanti-nanti ajelah bincang. Selamat malam." lalu Rayyan mendaki tangga naik ke tingkat atas. Tak sanggup berlama-lama di sana.

Kalau tak, malam ni juga dia jumpa tok kadi. Lantak dialah apa yang nak di kata oleh ibubapanya. Dia yang nak kahwin. Jadi suka dialah.

Sempurnakan Cinta(Complete)Where stories live. Discover now