Hampir tersembur keluar air yang di minum oleh Rayyan.Cepat-cepat dia mencapai tisu yang berada di atas meja lalu mengesat bibirnya.Matanya terbuntang mendengar kata-kata Muazzam.
"APA?"tanyanya tidak percaya.Terkejut pun ada.
"Aku rasalah,tapi bila rasa-rasa ni macam dah lama sangat,so senang cakap ya." Amirul yang leka bermain game di telephonenya hanya memasang telinga diperbualan antara Rayyan dan Muazzam.Malas dia mahu masuk campur.
"Kau biar betul?"sekali lagi Rayyan bertanya.Muazzam mengangguk.Nampaknya perkara ini sudah tidak boleh di sembunyikan lagi dari pengetahuan kawan-kawannya.
Rayyan terdiam sejenak.Entah kenapa dia rasa sakit hati.
"Macam mana kalau si Arisya tu reject kau?"sampuk Amirul yang masih leka dengan telephonenya.
Muazzam tersengih.Jari telunjuknya di gerakkan ke kiri dan ke kanan.
"Mana mungkin dia nak reject aku ni."dengan yakinnya Muazzam berkata.Kena reject nanti baru tahu!
"Jangan nak yakin sangatlah Muaz...mana tahu si Arisya tu dah ada pakwe ke? Tak pun dia dah tunang.Ha? Macam mana?"kata Amirul lagi.
Rayyan lantas memandang ke arah Amirul apabila dia terdengar perkataan 'tunang'.
"Boyfriend? Tunang? Huh! Arisya tu,single kau tahu tak?"kata Muazzam yakin.
Rayyan berdeham sebelum membuka mulut.
"Macam mana kalau dia dah tunang?"kata Rayyan dengan nada seriua lalu memandang Muazzam.
Muazzam tersengih.
"Dengan siapa? Kau? Huh! Dunia terbalik sekali pun dia tak pandang kaulah Ray."
Mahu saja Rayyan bagitahu Muazzam yang Arisya itu pernah bertunang sebelum ini.
"Kenapa pula tak? Mana tahu aku ni ciri-ciri lelaki yang dia suka? Tak macam tu Mirul?" Rayyan meminta pendapat Amirul.Amirul sekadar mengangguk walau dia sendiri juga tidak tahu.
"Kau? Eleh...dia tu jumpa kau pun takut.Mana naknya dia dengan kau.Kalau aku lainlah."kata Muazzam tidak mahu kalah.Siapa yang mahu kalah?
"What if...aku kata aku dengan dia dah rapat.Kau percaya?"
Muazzam tersenyum sinis.
"Rapat? Kalau kau rapat sekali pun dengan dia,tak bermaksud dia dah selesa dengan kau."ujar Muazzam sinis.Rayyan menunjukkan reaksi biasa-biasa saja.
Amirul memandang Rayyan dan Muazzam silih berganti.Nak buka gelanggang WWE ke apa ni? Kalau dia orang nak bergaduh,biar dia angkat kaki dulu dari sana.Tak nak dia mengaku lelaki-lelaki itu kawan-kawannya.
"Kita tengok macam mana."kata Rayyan dengan nada seriusnya.
Muazzam masih dengan wajahnya yang sinis.
"Ehemm..."tiba-tiba Amirul berdeham.Saja mahu leraikan Rayyan dan Muazzam yang nampak dari gaya mereka bercakap sudah seperti mahu bergaduh.
"Aku pro."katanya tiba-tiba.Rayyan dan Muazzam memandang kearah Amirul.
Lalu Amirul memandang mereka berdua.
"Main ayat dengan awek."sambungnya lalu tersengih.Lawak bodoh sungguh.Rayyan dan Muazzam tidak mengedahkan kata-kata Amirul.Amirul sekadar menjongket bahu.
YOU ARE READING
Sempurnakan Cinta(Complete)
RomansaArisya Izzara yang baru sahaja kehilangan orang yang dicintainya membuatkan dirinya jatuh seketika sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Rayyan Naufal.