Seokmin menggelengkan kepala melihat tubuh yang kini terkaku di atas meja mayat.
Mindanya berfikir bagaimana Hyn mampu membunuh orang tanpa rasa sebersalah langsung. Dia yang hanya menatap tubuh kaku itu pun jatuh kesian, lagikan nak membunuh.
"Hyung..."
Seokmin mengangkat kepala memandang seorang lagi temannya.
"Aku jumpa ni dalam leher wanita tu. Erm, surat tapi penuh dengan darah."
Jejaka itu menghulurkan satu surat yang kini dikotori darah. Seokmin mengerut kening lalu mengangguk memahami.
"Goodjob Vernon."
Hansol tersenyum nipis. Dia kembali memeriksa badan mayat itu.
Sedang mereka berdua mencari bukti tentang pembunuhan bersiri Hyn ini, pintu bilik mayat itu dibuka,
"Jumpa apa-apa?"
Seokmin dan Hansol menoleh ke arah tiga lagi rakannya yang berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Badan dia bersih tanpa sebarang kesan Hyn. As usual. Cuma luka dah darah memenuhi tubuh mangsa. But..."
Seokmin menoleh menatap ketua mereka,
"Kami jumpa surat dalam leher mangsa. Dia simpan surat itu dalam leher dan menyebabkan surat itu dikotori darah. Buat sementara ini, itu sahaja bukti penting yang kami jumpa."
Seungcheol mengangguk lalu menghampiri mayat mangsa itu. Dia memandang lama sebelum kembali mengangkat kepala.
"Bukti lain?"
Hansol menyerahkan satu plastik,
"Pisau dan sarung tangan dia. Pisau tu masih tercucuk dekat leher mangsa sewaktu kami jumpa. Dan sarung tangan itu, kami jumpa ia disumbat di private part mangsa."
"Kejam," tutur rakan mereka perlahan.
"Macam Hoshi hyung tak kenal, Hyn kan. Yang peliknya, kesan sentuhan langsung tak dijumpai. Cuma private part mangsa sedikit longgar daripada biasa. Persoalan sekarang, macam mana dia bersihkan bukti?" soal Seokmin kepada mereka.
Keempat-empat rakannya yang lain senyap. Tiada yang menjawab kerana memikirkan tentang benda yang sama.
Seungcheol mengambil nafas lalu bersuara,
"Baik, kita tinggalkan mayat ini untuk disiasat lanjut oleh pihak forensik yang lain. DK, analisis surat itu. Aku nak tahu apa dia tulis. Yang lain, ikut aku."
Semua mengangguk. Seokmin dan Hansol menanggalkan baju bedah mereka dan membersihkan badan mereka.
= = =
"Mangsa, Kim Hyrin, 26 tahun, berat 49 kg dan tinggi 156 cm. Mangsa dijumpai di lorong berdekatan dengan taman perumahannya dalam keadaan menyayat hati. Mangsa dijumpai pada 10:00 pagi oleh seorang ahli perumahan itu ketika berjoging. Didapati, mangsa telah ditinggalkan pada malam sebelum itu selepas dua hari kehilangan dirinya."
YOU ARE READING
The Innocent Killer : Hyn •S.VT•
Mystery / Thriller[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menjadi perbualan dan ketakutan penduduk terutama di Seoul , Hyn semakin mengganas dan diburu oleh polis...