Special Chapter'Bad.

1K 111 29
                                    

"Joshua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Joshua."

Joshua yang sedang tenang memetik gitar berdehem perlahan membalas panggilan Jeonghan.

"Kau tak rasa bersalah ke?"

Joshua kini mengangkat kepala memandang Jeonghan keliru. Dia menyengetkan kepala keliru dengan persoalan Jeonghan.

"Bersalah? Sebab apa?"

Jeonghan memandang ke satu arah menyebabkan Joshua mengikuti jejak matanya.

"Sebab buat Seungcheol macam tu."

Wajah Joshua mendatar. Dia kembali memandang gitarnya.

"Dia yang pilih, Jane. Aku cuma turuti je."

Jeonghan menghela nafasnya berat. Kini, dia tahu di depannya adalah Hyn.

Sekejam-kejam dia, dia masih ada hati perut terhadap apa yang berlaku pada Seungcheol.

Bukan seperti Hyn, mengabaikan jejaka itu dan kadang-kadang melayan seperti jejaka itu tidak mengalaminya.

"Apa yang kau turuti tiada dalam pilihan Seungcheol, Hyn."

Joshua berdecak bibirnya menyampah.

"Tapi dia yang pilih! Jane, sejak bila kau kesah pasal orang ha?" Hyn mengangkat kepala melawan pandangan tajam Jeonghan.

"Sejak kau buat dia gila, Hyn! Kau tak sedar ke apa yang jadi dekat Seungcheol. Halusination, bercakap seorang diri dan trauma. He's mental, Hyn. Dan semua ini salah kau!" hambur Jeonghan.

Hyn hanya diam lalu meletakkan gitarnya. Mood untuk memetik gitar sudah hilang.

"Dia yang nak jadi seperti itu. Aku tiada kaitan dalam semua hal dia," jeling Hyn.

"Kira beruntung aku masih nak simpan dia. Kalau boleh, dengan dia sekali aku bunuh walaupun dia buat pilihan untuk sertai aku. Siapa nak orang gila, Wen Jeonghan."

Jeonghan meraup mukanya. Jika dia sudah bertemu dengan sisi psiko Jisoo yang satu ni, memang dia tidak akan menang.

"Kau masih simpan dia sebab Jisoo yang suruh. Aku tahu niat kau Hyn. Sebab tu kau abaikan dia lepas apa yang berlaku. Aku tak sangka kau sekejam ini."

Hyn tertawa kecil.

"Selama aku bunuh perempuan-perempuan jalang tu takde pula kau nak kata aku kejam? Kenapa? Kau sayangkan Seungcheol ke?"

"It's nonsense. Seungcheol tak bersalah. Dia berhak bahagia. Sama ada kat atas sana atau kat dunia ni, dia tak layak terima apa yang dia terima sekarang. Kau dah makin melampau, Hyn."

Mata Jeonghan memandang sayu ke arah Hyn yang terdiam mendengar ayat dia.

"Jadi kau nak aku bunuh dia? Macam aku bunuh rakan dia? Aku tak boleh lepaskan dia sesuka hati, dia tahu segalanya tentang kita."

Hyn membalas pandangan mata Jeonghan.

Jeonghan mengetap bibirnya. Ya, dia juga tahu mereka tak boleh lepaskan Seungcheol setelah dia menyertai mereka. Seungcheol sudah lebih dari tahu tentang organisasi mereka.

"It's up to you, Hyn. Kalau kau bunuh dia buat dia berhenti terseksa, aku terima. Asalkan dia tidak macam ni lagi."

Seusai berkata begitu, Jeonghan membalikkan badan.

Hyn menghembus nafas kasar dan meraup mukanya. Dia menghempas gitarnya lalu memandang Jeonghan dan Seungcheol silih berganti.

"Aku pun tak sanggup seksa dia, Han."





































"Jisoo..."

Jisoo mengelap air matanya saat mendengar Mrs. Wen memanggil nya. Dia tersenyum di sebalik tangisnya memandang Mrs. Wen.

"Sudahlah sayang. Lepaskan dia, Soo. Dia berhak bahagia," ujar Mrs. Wen lalu membawa Jisoo ke dalam pelukannya.

Jisoo kembali menangis mendengar kata Mrs. Wen. Menangis mengingati janjinya kepada Seungcheol.

'Maafkan aku, Cheol. Maafkan aku sebab tak mampu pertahankan janji aku dan selamatkan kau.'






























































30 Disember 2021
The Innocent Killer : Hyn melabuhkan tirai.

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now