16'Code.

609 106 36
                                    

"Leyla Amityville, 28 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Leyla Amityville, 28 tahun. Bekerja sebagai office worker di Kryhan Sdn. Bhd. Dia disifatkan oleh rakan mereka sebagai seorang yang gedik dan suka menggoda lelaki. Tak mustahil dia menawarkan diri untuk bersama dengan Hyn."

Semua yang mendengar ayat Hansol membuat muka jijik.

"Dikatakan wanita tersebut pergi ke Dream Club sebelum dijumpai mati keesokan harinya. Badannya dijumpai dalam keadaan menjijikkan. Seperti biasa, tanpa pakaian dan kali ini bahagian alur dadanya dibelah serta lehernya. Matanya dicungkil dan mulutnya dijahit. Tiada kesan sentuhan di badannya menandakan bahawa dia hanya diseksa dan dibunuh," jelas Hansol lagi.

"Even Hyn didn't want to touch her. How cheap she is?" kata Jihoon sinis.

CRT Team mengangkat bahu lalu sambung berbincang,

"Woozi, CCTV Dream Club?"

Jihoon menekan sesuatu di papan kekuncinya sebelum paparan CCTV ditayangkan di skrin utama.

"Mangsa bertemu dengan Junhui, kemudian dibawa pergi oleh Minghao ke suatu tempat. Beberapa minit kemudian, Minghao kembali ke kaunter dan berbual dengan Junhui. Itu tempat terakhir mangsa sebelum ditemui mati di Sungai Han."

Ringkas dan padat keterangan Jihoon membuatkan semua memahami dengan mudah.

Seungcheol menajamkan matanya di mana Minghao membawa gadis itu. Dia merangka kedudukan Dream Club kembali di mindanya untuk memastikan bahawa dirinya tidak salah.

"Uhm..."

Perhatian CRT Team beralih ke Seungcheol.

"Tak silap aku, tempat yang Minghao bawa mangsa tu, hanya dinding. Tiada apa-apa mencurigakan. Malah, masa aku bertanya dengan bartender kelab tu, tempat itu hanya untuk rakan-rakan owner bersantai." Ucapan Seungcheol menarik perhatian semua.

Seokmin menyelongkar kembali bukti yang dia pegang lalu mengeluarkan satu gambar.

"Gambar ini! Bukan ke gambar ini, hyung cakap pasal tempat tu."

Seungcheol yang melirik gambar itu mengangguk.

"Yep! Gambar itu memang ditujukan di situ. Bila aku tunjuk kat bartender tu, dia ada sebut pasal Mingyu. Dia kata gambar macam tu Mingyu biasa ambil gambar. Serius masa tu aku lupa gila yang Mingyu adalah photographer."

Penjelasan Seungcheol diamati semua.

"Rakan-rakan owner? Bukan ke Junhui ialah owner kelab tu? Maksudnya, ahli rumah tulah yang selalu lepak kat sana?"

Semua berpaling ke arah Soonyoung yang baru bersuara itu. Seungcheol terangguk-angguk akan kenyataan itu.

"Boleh jadi. Kenapa aku rasa ada lagi yang berkaitan dengan Hyn? Malah, aku rasa Junhui dan Minghao adalah orang rapat Hyn."

Kini, Seungcheol bangun dari posisi duduknya lalu menghampiri papan putih yang memaparkan maklumat suspek.

"Baik, kita lihat ya. Kebanyakan apa yang dipaparkan oleh CCTV Dream Club ialah..."

Tangan Seungcheol dilarikan ke gambar CCTV Dream Club di mana Junhui dan Minghao berbual.

"Setiap kali ada mangsa, di situ kita boleh nampak yang mereka akan bertemu dengan Junhui dulu sebelum Minghao membawa mangsa pergi. Aku dapat rasakan bahawa kelab tu adalah markas utama Hyn membuat jenayah."

Kata-kata Seungcheol membuatkan semua berfikir.

"Bila dilihat pada gambar, boleh kita nampak yang hampir semua mangsa pergi ke Dream Club. Mereka seakan sudah diarah untuk pergi ke sana. Well... kita tahu kan bahawa kelab malam tempat diorang buat maksiat, jadi tak mustahil mereka pergi situ. Tapi, ini seakan mereka sendiri baru sedar tentang kewujudan kelab malam tu," panjang lebar Seungcheol menjelaskan.

"It's good point tho. Aku tak rasa Minghao dengan Junhui adalah Hyn, tapi mereka ialah orang rapat yang akan menjadi pengantara antara Hyn dan mangsanya. Hmm..."

CRT Team menatap gambar-gambar yang di tampal oleh Soonyoung di papan kenyataan itu.

'We're getting there...'

===

Seorang gadis melangkah masuk ke dalam Diamond Cafe sambil melilaukan mata sekeliling. Dia sedikit terpegun dengan kecantikan dan kekemasan cafe itu.

Akhirnya, setelah puas meneroka, dia terus menuju ke kaunter di mana ada Seungkwan di situ.

"Welcome to Diamond Cafe. What would you like to order?"

Seungkwan memaparkan senyuman menyambut pelanggan cafe ini.

"Uhm— Can you play a song by Seventeen? And... oh— the title is Light A Flame," pesan gadis itu.

Seungkwan yang baru hendak menaip order terhenti lalu memandang gadis itu lama. Dia mengangguk lalu menoleh ke belakang,

"Taehyun! Ambil tempat kaunter! Aku ada urusan!"

Taehyun yang sedang menonton YouTube itu terkejut dan segera menggapai apron. Dia mematikan telefon nya lalu jalan menuju ke arah Seungkwan.

"Ambil order macam biasa okay? Miss, follow me."

Seungkwan keluar dari kaunter dan menyuruh gadis itu mengikutinya ke satu tempat. Bukanlah tempat tersorok, hanya di salah satu kerusi berdekatan dengan ruangan pekerja.

Tidak lama selepas mereka duduk, Jisoo tiba-tiba keluar dari dapur dan meletakkan makanan di meja makan itu. Matanya menatap gadis itu lama sebelum tersenyum manis,

"Roll Flower Cake with Ice Americano for Miss," ucap Jisoo lembut.

"Eh tapi saya t—"

"It's okay, Miss. Pesanan ni khas untuk gadis yang sebut lagu tu."

Kemudian, Jisoo berlalu.

Suasana diam seketika sebelum Seungkwan membuka mulut,

"Okay Miss, I'm Song. Your dealer with your partner."

===

















"Zhoa, mereka dah syak kau."

"Tahu, memang kau yang nak kan?"

















===
Opsie 😚

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now