Bunyi tapak kaki kedengaran kuat apabila sang empu berjalan laju menuju ke satu destinasi.
Seokmin masih tidak mempercayai berita yang baru didengari ketika dia di bilik forensik. Apabila Seungcheol memberitahu berita itu, dirinya terus melangkah ke bilik perbincangan mereka.
"Hyung!"
Seokmin menoleh kebelakang dan melihat jejaka muda setahun mengikut langkahnya laju.
Sebaik melihat Hansol tiba di sebelahnya, dia kembali menoleh ke hadapan.
"Do you believe it, hyung?" tanya Hansol selepas seketika bunyi tapak kaki menguasai.
"I don't until I see the proof."
Hansol mengangguk memahami. Tiada bukti mereka dapat lagi membuatkan kedua mereka semakin tertanya-tanya.
Cleck!
Seungcheol, Soonyoung dan Jihoon sudah berada di dalam bilik itu. Sudah semestinya, mereka bertiga yang mencari maklumat yang membuatkan kedua mereka tergamam.
"Hyung, kenapa Jeonghan?"
Seungcheol tidak membalas sebaliknya menyuruh Jihoon memainkan satu video di layar.
CCTV itu menunjukkan seseorang sedang mengeluarkan mayat dari satu beg. Kemudian, selepas beberapa minit, figura itu berlalu.
Mungkin figura itu tidak perasan, wajah dia terserlah dengan jelas di CCTV. Walaupun mukanya ditutupi dengan masker, namun mata itu amat dikenali oleh Seokmin.
Yoon Jeonghan.
"Mayat itu, mangsa baru Hyn. Jeon Hwayun. 26 tahun. Dijumpai di lorong xxx. Sama tempat di mana Jeonghan meninggalkan mangsa," jelas Seungcheol namun matanya tak lari dari menatap layar di hadapannya.
"Aku dah agak memang dia dalang di sebalik semua ni. Dari dia jadi CEO MTJ sehingga ke maklumat dia, semua mencurigakan."
Seungcheol mengetap giginya memikirkan tentang semua maklumat Jeonghan.
Sejak kisah di sebalik nama syarikat MTJ, Seungcheol amat meragui Jeonghan. Kenapa?
MTJ adalah syarikat yang dicipta atas nama ketiga anak FamilyWen. Moon Triple J. Junhui, Jeonghan dan Joshua. Mereka adalah makna di sebalik syarikat MTJ.
Diketuai oleh bapanya, dia menurunkan syarikat utama di China kepada Junhui dan Jeonghan di Korea. Joshua pula tidak bercadang untuk memegang jawatan sebaliknya membuka cafe kecil.
Dan Jeonghan, setiap hari balik lambat. Pukul 2 pagi sampai rumah, kadang-kadang tak balik langsung. Malah, Seungcheol dapat merasakan yang Jeonghan sememangnya tahu tentang Hyn namun dia berpura-pura seolah tidak mengetahuinya.
"Tapi hyung..."
Semua memandang Hansol yang teragak-agak untuk meneruskan ayatnya.
"Tak rasa ke ini semua tiba-tiba? Bagaimana Hyn boleh cuai walaupun kita dah cari dia hampir setahun? Malah, tak mungkin Jeonghan sanggup tunjukkan muka ke CCTV jika dia pembunuhnya."
Cukup.
Cukup dua soalan dan satu kenyataan itu menyentak Seungcheol.
Mungkin sebab dia terlalu ingin menangkap Hyn, sampai dia terlupa bahawa Hyn ialah orang yang teliti.
Apa yang dikatakan oleh Hansol tepat. Tak mungkin Hyn sesuka hati membongkarkan rahsianya dengan jelas.
"Lagi satu, kenapa tentang syarikat MTJ tu baru keluar sekarang walaupun Woozi hyung dah cari berkali-kali. Macam seseorang sengaja bukakan segala maklumat untuk kita syak seseorang."
Ya, mereka masih diam mendengar Hansol bersuara lagi. Semua kemungkinan Hansol tepat. Sangat tepat.
Seungcheol kembali menatap layar skrin itu yang dihentikan di bahagian wajah Jeonghan terpapar.
"Ada di kalangan mereka yang mahir IT."
"..."
"Yeah Ohana, it's your turn."
===
ESOK NAK UPDATEE LAGI HEHE ><
YOU ARE READING
The Innocent Killer : Hyn •S.VT•
Mystery / Thriller[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menjadi perbualan dan ketakutan penduduk terutama di Seoul , Hyn semakin mengganas dan diburu oleh polis...