25'Choice.

597 96 16
                                    

Seungcheol mengetap bibir saat lengannya ditoreh membentuk sebuah tatu berhuruf 'JS'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seungcheol mengetap bibir saat lengannya ditoreh membentuk sebuah tatu berhuruf 'JS'.

Di hadapannya masih Joshua, katanya Hyn tidak akan datang selagi Joshua tidak membenarkan Hyn untuk hadir.

Joshua kata jika Hyn hadir, dia tak rasa Seungcheol masih hidup sekarang. Lagipun, Joshua ingin menyimpan Seungcheol lebih lama. Malah, dia tak berniat untuk membunuh Seungcheol.

Joshua punya rancangan untuk buat Seungcheol.

Tok! Tok!

Joshua berdesis saat waktu melukis tubuh Seungcheol dengan seninya diganggu. Dia menjeling ke arah pintu seakan tahu siapa yang menganggunya.

"Wen Joshua! Buka pintu lah woi!"

Suara Jeonghan kedengaran kuat dan panik membuatkan Joshua sedikit berkerut.

Melepaskan alatan tajam di tangannya, dia mengorak langkah menghampiri pintu. Joshua membuka pintu dengan muka menyampah menatap wajah panik Jeonghan.

"Kau kenapa?" soal Joshua lalu menyilangkan tangannya di dada.

"Mama datang mengejut, gila. Sebab tu aku panggil kau!"

Joshua membulatkan mata dan silangan tangannya dilepas. Mendengar nama mama, dia turut panik.

"But how? Mama bukan dekat China ke weh? Apa mama nak? Kenapa tak maklum siot? Takkan mama dah tahu aku dah tangkap diorang?" Bertalu-talu pertanyaan Joshua menyebabkan Jeonghan melempang mukanya perlahan.

"Kau tenang kejap boleh? Mama nak jumpa semua. Dan ye, mama dah tahu kau dah tangkap diorang. Yang lain tu, aku tak tahu."

Joshua terdiam namun wajah paniknya masih menyerlah.

"Kau cakap dengan mama tunggu dulu eh. Nanti aku datang," pinta Joshua sambil mengerling ke arah Seungcheol yang masih merintih perlahan.

"Two minutes. Sebelum mama yang bunuh kau, baik cepat," ujar Jeonghan kemudian berlalu pergi.

Joshua menatap tajam belakang Jeonghan lalu menoleh ke arah Seungcheol. Dia menghampiri  Seungcheol lalu menunduk menyelaraskan matanya selari dengan Seungcheol.

"Kau duduk diam-diam boleh? Jangan buat hal. Aku ada hal nak kena uruskan. Jadi, kalau tak nak watak lain keluar, dengar cakap aku, hm?" pinta Joshua lembut lalu menjauhkan kepala nya dan berlalu ke pintu.

Sekilas tanpa aba-aba, pintu tertutup rapat meninggalkan Seungcheol sendirian di dalam bilik itu dengan darah yang masih mengalir.

===

"Tapi ma, Shua boleh uruskan sendiri!"

"No Joshua!" Mrs. Wen menyentak mereka semua di ruang tamu itu dengan suaranya.

"Kes kali ini besar, Shua. Kamu culik penyiasat terkenal. Kamu culik polis yang ingin tangkap kamu. Kamu ingat kamu boleh terlepas begitu je ke kalau kamu hilangkan jejak. Kes ni bukan sekadar kes kamu, tapi kes negara!" jelas Mrs. Wen keras.

"Mama boleh serahkan dekat kamu bila Hyn bunuh perempuan-perempuan tu, tapi bila kamu libatkan orang macam ni, no. Mama terpaksa tolong kamu."

Joshua menunduk mendengar kata-kata Mrs. Wen. Dia sedar hal itu, tetapi apa boleh buat, itu memang rancangannya dan Hyn untuk menculik mereka.

"Lepas kes ini selesai, mama nak kamu semua pindah China. Buat kehidupan baru dekat sana. Mama harap kamu dah tak buat kerja macam ni lagi. Ini kes terakhir sebelum mama hilangkan semua data kamu semua dan tutup mulut media. Faham?" Mrs. Wen menjeling mereka yang masih menunduk itu.

Mereka mengangguk perlahan dan Mrs. Wen mengeluh penat. Penat dengan segala perbuatan anak-anaknya.

"Sekarang, siapa uruskan mereka?" Mrs. Wen menyoal mereka setelah sedikit tenang.

"Saya uruskan Vernon, LadyWen," Seungkwan orang pertama yang bersuara selepas suasana tegang tadi.

"Saya uruskan Woozi, LadyWen," sambung Mingyu.

"Saya uruskan Hoshi, LadyWen," Wonwoo seterusnya membalas.

"Saya uruskan Dk, LadyWen," Minghao berkata selepas itu.

"Cheol dengan Shua, ma," balas Joshua perlahan di sebelah Mrs. Wen.

Mrs. Wen mengangguk memahami. Dia memang tidak membenarkan Chan menyentuh mereka serta dia tahu Jeonghan dan Junhui memang tidak masuk campur dalam menguruskan mereka.

"Baik. Kamu semua boleh sambung uruskan mereka. Mama cuma nak Jeonghan dan Jun je dekat sini."

Semua mengangguk serentak dan ingin berlalu namun langkah mereka dihentikan dengan suara Chan,

"Urm... LadyWen?"

Mrs. Wen mengangkat kepala memandang Chan lembut.

"Ya, Chan?"

"Apa pilihan mereka?"

Satu soalan yang membuatkan suasana kembali suram dan tegang. Mrs. Wen terdiam dan semua menanti jawapannya.

"Just two. Join you or die."






























===
fuh , i'm speechless .

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now