14'Lie.

627 102 30
                                    

"Jun, Dream Club tu kau punya kelab malam ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jun, Dream Club tu kau punya kelab malam ke?"

Persoalan Soonyoung memberhentikan gerak geri Junhui yang sedang khusyuk makan. Bukan hanya dia, seseorang juga memberhentikan gerakannya sebelum menyambung kembali seolah tiada apa yang berlaku.

Junhui mengangkat kepala lalu tersenyum nipis. Dia menghabiskan makanan di dalam mulutnya sebelum menjawab,

"Haah, lupa pula bagitau. Ingat korang perasan sebab masa mama datang dia pun ada sebut pasal tu."

Selepas membalas, dia tersenyum lalu menyambung makan.

Suasana diam seketika.

"Oh, Jeonghan hyung!" Seokmin memecahkan sunyi nya tadi.

Jeonghan tersedak saat namanya dipanggil dengan tiba-tiba. Tangannya menggapai apa-apa di hadapan matanya tanpa menghiraukan reaksi Seungcheol yang baru hendak menghentikan gerakannya dari mengambil airnya.

"A -air aku..."

Mingyu menepuk bahu Seungcheol melihat keadaan itu sebelum menyerahkan air Jeonghan yang diabaikan. Bertukar tuan sudah air mereka.

Jeonghan yang sudah lega tadi memandang Seokmin yang tersenyum bersalah. Dia mengangkat kening meminta Seokmin menyambung ayatnya.

"Ah tak macam ni, hyung kenal ke Jay? Sebab, ada yang kata hyung dengan Jay tu ada hubung kait," soal Seokmin.

Persoalan yang disoal itu merupakan satu perangkap untuk melihat sama ada Jeonghan akan menipu atau tidak.

Jeonghan terkaku mendengar soalan itu. Dia tidak menyangka Seokmin akan bertanya tentangnya.

"Ah Jay tu ke? Aku tak kenal pun Jay tu. Ayah dia jelah yang aku kenal sebab ayah dia yang ambil aku jadi CEO. Kami tak pernah berjumpa pun. Kenapa?" balas Jeonghan tenang.

Ini membuatkan semua ahli CRT Team tersenyum dalam diam. Nampaknya, Jeonghan masih hendak merahsiakan hubungan nya dengan Junhui.

"Oh, saja tanya. Yelah, curious dengan si Jay tu. Rahsia betul identiti dia," ujar Seokmin mencebik seketika sebelum mengukir senyuman sunshine nya.

Jeonghan mengangguk lalu menyambung makan nya yang tergendala disebabkan oleh Seokmin.

CRT Team memandang antara satu sama lain dalam keadaan senyap. Mesti ada sebab kenapa Jeonghan merahsiakan hubungannya dengan Jay.

Sama ada dia tak tahu lagi bahawa CRT Team sudah tahu, atau dia dan Jay ada hubungan yang sukar diertikan.

Suasana yang hampir kecoh tadi kembali senyap. Ketenangan ketika makan itu dinikmati seseorang untuk meneruskan plan nya.

"One step closer..."

===

"Jeonghan's lying."

Semua mengangguk. Mereka tahu itu.

"Kau tak rasa dia cuba lindungi Jay— should we call him Jay? Or Jun?" tanya Seokmin ragu-ragu.

"Panggil je dia Jay. Jun terlalu menyerlah," balas Jihoon dan Seokmin mengangguk memahami.

"Tapi sebenarnya kan, korang tak rasa pelik ke?" sampuk Soonyoung.

CRT Team terus menoleh ke arah Soonyoung yang lagi tadi senyap tiba-tiba membuka mulut.

"Tak bukan... tak pelik ke tiba-tiba je Woozi dapat cari maklumat Jay dengan mudah. Like, sebelum ni bukan main susah lagi Woozi nak selongkar maklumat keluarga Wen, tapi sekarang... macam tu je," luah Soonyoung.

Sudah lama dia terfikir tentang ini. Dia sendiri tak sangka yang Woozi boleh dapat maklumat Jay dengan cepat sedangkan sebelum ini, nak cari pasal syarikat MTJ itu sendiri mengambil masa yang lama.

"Aku rasa diorang sengaja."

Semua memandang ke arah Seungcheol.

"Kita dah suspek kesemua ahli rumah tu, dan lepas je kita suspek Chan, maklumat baru tentang Jay dan syarikat MTJ tu kita boleh cari dengan mudah. Seakan ada yang sengaja nak bongkarkan identiti seseorang tetapi dalam masa yang sama mengelirukan kita," terang Seungcheol kemudian mengeluh.

Pandangan matanya mendatar memandang ke arah rakannya.

"Hmm..."

Mata Seungcheol tertarik di satu tempat. Seakan ada benda di situ. Dia memandang rakannya yang lain lalu mengisyaratkan mereka untuk senyap.

Pokok bunga hiasan di atas meja Jihoon itu didekati dan dia melihat seekor kumbang yang menyerupai daun di pasu tersebut.

Seungcheol mengambil kumbang itu dan meniliknya. Dia mengetap bibir saat mengenali haiwan di tangannya itu.

"Bodoh."

Terus dia menekan kumbang itu sehingga hancur.

Carutan yang baru keluar dari mulut sang ketua itu mengejutkan mereka yang hanya terdiam setelah diberi arah tadi.

Wajah Seungcheol memerah. Tatapan nya datar dan terserlah kemarahan di sebaliknya.

"That bastard put a microchip in our room."

Kali ini, semua terkedu setelah ayat tanpa nada itu keluar dari mulut Seungcheol.

Seungcheol mengurut kan dahinya geram. Kalau dia dapat tangkap si Hyn tu, memang dia ergh—

"Kita berhenti sampai sini dulu. Bagi aku masa untuk tenangkan diri. Dismissed."

Tanpa aba-aba, semua melangkah keluar meninggalkan Seungcheol keseorangan di dalam bilik mesyuarat itu. Membiarkan jejaka itu menenangkan dirinya yang kini sedang menahan kemarahan.

Dia menatap dokumen nya yang dipenuhi dengan gambar-gambar suspek yang juga rakan serumahnya.

"Who are you, Hyn?"

===












"They found it."

Hyn tersenyum sinis.

"That's my target anyway. Thanks, continue your job."











===
Seketika, aku lupa cara menulis dengan betul HAHAHAHAHA

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now