27'Rawat.

622 99 7
                                    

"S -Stop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"S -Stop... u -urgh!" Seokmin berdesis perlahan apabila Hyn sambung melukis badannya.

Wajahnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang dicipta Hyn. Bibirnya pecah, perutnya membiru. Seokmin tak berdaya lagi nak menjerit dan melawan kerana darahnya yang sudah banyak mengalir.

Ktalk!

Pisau yang dipegang Hyn diletak elok di atas meja di mana dia menyusun segala alatan menyeksa nya.

Dia memandang wajah Seokmin datar sebelum menoleh ke arah Minghao yang berdiri di sebelah pintu.

"Zhoa, bersihkan luka dia," kata Hyn sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Minghao mengangguk dan merapati Seokmin yang masih merintih kesakitan. Walaupun dirinya kesian dengan apa yang berlaku kepada Seokmin, namun dia tetap tidak boleh melawan ketuanya.

Minghao menggapai alatan merawat lalu duduk di sebelah Seokmin. Kapas di tangannya menyentuh kulit luka Seokmin dengan lembut.

"K -Kenapa kau bersubahat dengan dia, Hao?" untuk kesekian kalinya, Seokmin bertanya lagi.

Minghao tidak membalas dan terus membersihkan luka Seokmin. Dia menghiraukan pandangan tajam dari Seokmin.

"Dia paksa kau ke, Minghao?"

Minghao menghentak alatan di tangannya di meja sebelah Seokmin membuatkan jejaka itu terkejut.

"Dia tak paksa aku. Aku yang nak sertai dia," balas Minghao keras.

Seokmin memaparkan muka terkejut yang tidak terhingga.

"Why?"

"I helped him."

Balasan Minghao mendapat pandangan pelik dari Seokmin. Minghao menghela nafasnya sebelum menyambung,

"Aku bantu dia sorokkan mayat yang dia bunuh. Masatu, aku taktahu siapa Hyn sebenarnya, jadi aku clueless gila. Aku tak tahu apa yang ada dalam plastik hitam tu, dan bila aku nampak Hyn susah payah angkut, sebab tu aku tolong. Dalam seminggu lepas tu, berita keluar tentang pembunuhan tu tapi tak lama sebab ada orang tutup mulut media kat sana. Jun hyung datang jumpa aku dan tanya sama ada aku ada tolong Hyn ke tak. Aku mulanya nafi sampai aku nampak wajah yang Jun hyung tunjukkan."

Minghao menghembus nafasnya lagi.

"Aku rapat dengan Jun hyung, tapi aku tak pernah tahu tentang latar belakang Jun hyung. Sampai lah Jun hyung bagitau yang Jisoo hyung adalah salah seorang ahli keluarganya dan watak dalam tubuh Jisoo pembunuhnya, too much to process. Bila Jun hyung terangkan kat aku yang sebenarnya Jisoo hyung ada split personaliti, baru aku tahu kenapa Jun hyung tak pernah sebut nama Jisoo dalam kes pembunuhan tu."

Tangan Minghao masih tidak berhenti membersihkan luka Seokmin. Dan di situ Seokmin, ternganga cuba memahami setiap kata Minghao.

"Jun hyung minta aku diamkan perkara ni sebab dia tak nak nama Jisoo hyung tercemar. Sebab itu memang bukan salah Jisoo hyung, tapi salah Hyn. Bila Jun hyung dan Jeonghan hyung pindah sini, diorang ajak aku juga sebab diorang perlukan aku untuk memantau Hyn. Ya, mereka tawar aku... tapi aku yang rela hati nak sertai mereka," tutup Minghao sambil membalut lengan Seokmin.

"So... they're different person?" soal Seokmin keliru.

Minghao terhenti pergerakannya sebelum memandang Seokmin.

"Kau tak tahu?"

Seokmin menggeleng. Macam mana dia nak tahu kalau tiba-tiba je dia dekat bilik entah kat apa-apa lepastu Hyn datang seksa dia.

"Jisoo hyung ada D.I.D. Dalam tubuh Soo hyung ada tiga watak, Jisoo, Joshua dan Hyn. Jisoo is the owner, Joshua is the seducer and Hyn is the killer. Aku rasa cukup maklumat tu je kau tahu."

Minghao sambung membalut sebelum dia kembali bersuara.

"Seokmin, lepas ni kalau Hyn datang masuk lagi, kau kena fikir sebaik-baiknya dengan pilihan yang dia beri."

"Kenapa pula?"

"Sebab itu pilihan antara hidup dan mati."


























===
tudia minghao . pasni yg lain pula rawr .

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now