29'Friend.

588 94 7
                                    

"Seungkwan-ah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Seungkwan-ah."

Seungkwan mengangkat kepala dari membersihkan luka Hansol memandang jejaka yang memanggilnya.

"Kau pernah sentuh mangsa Hyn?" Persoalan Hansol membuatkan Seungkwan terkejut.

Tidak menyangka persoalan itu yang bakal keluar dari mulut Hansol. Dia pantas menggeleng,

"Tak. Aku tak suka sentuh perempuan tanpa sebab. Yang pernah sentuh mangsa Hyn, Jeonghan dan Jun je. Yang lain tak pernah," balas Seungkwan lalu menyambung membersihkan luka Hansol.

Hansol berdesis sedikit apabila Seungkwan tanpa sengaja terkena pada lukanya yang pedih.

"Kenapa kau tanya?" soal Seungkwan setelah membalut luka Hansol.

"Takdelah... aku cuma pelik kenapa korang tak sentuh mereka walaupun ada peluang depan mata? Lagipun, kalian ada orang yang boleh bersihkan bukti, jadi takde masalah pun kan?"

Seungkwan tersenyum mendengar kata-kata Hansol.

"Joshua sentuh pun nak puaskan nafsu. Kalau Jisoo hyung yang kawal, jeling pun taknak. Sama macam Jun hyung dan Jeonghan hyung, bila diorang ada mood, diorang sentuh. Yang lain? Kitorang bekerja bawah dia sebab nyawa, bukan nafsu," panjang penjelasan Seungkwan membuatkan Vernon terdiam.

"Macam mana kau terjebak, Seungkwan?"

Persoalan Hansol membuatkan pergerakan Seungkwan terhenti.

"Aku tak sengaja nampak apa yang Hyn buat," balas Seungkwan perlahan namun masih jelas di telinga Hansol.

"Aku adalah pekerja pertama di Diamond Café. Sebelum yang lain datang, hanya aku dan Jisoo hyung yang jaga café. Satu hari tu, aku balik lambat. Menetap dekat café sebab aku tengah nak tenangkan diri. Yeah... you know, something stress. Sedang aku enjoy minum air, pintu café terbuka. Serius aku terkejut sebab lampu pun gelap, tak buka, tetiba ada orang masuk. Masatu, aku nampak Hyn," Seungkwan tersenyum pahit sambil bercerita.

"Hyn ugut aku untuk sertai mereka kalau tak nak kena bunuh, dan aku masih sayang nyawa aku... jadi aku terima."

Hansol melawan pandangan Seungkwan yang kini berair.

"I was 22 years old, Hansol. Aku nak hidup, nak jalani kehidupan aku. Walaupun cara aku salah, sekurangnya aku tahu erti hidup tu apa."

Seungkwan kembali menunduk.

"Please Hansol, accept his choice. Siapa lagi nak teman aku kalau kau pilih untuk mati? Aku hanya ada kau sebagai teman sebaya aku, Sol."

Seungkwan sedikit teresak. Mahu sahaja Hansol mengusap rambut Seungkwan menenangkan jejaka sebayanya itu jika bukan kerana tali yang menghalangnya.

"Aku pun hanya ada kau, Kwan. I'm sorry."



























===
2 more chapters ><

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now