10'Wen.

697 109 79
                                    

"Jadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi... Hong Jisoo ada nama lain?"

Hansol mengangguk.

"Hong Jisoo atau Joshua Hong. Berasal dari California, Los Angeles. 26 tahun. Berkelulusan Medicine and Surgery Degree. Pernah menjadi doktor praktikal di Hospital Besar Shenzen, China sebelum berpindah ke Korea dan membuka cafe. Merupakan anak angkat keluarga Wen Junyang dan Wen Jenhwa, yang juga dikenali sebagai ibu bapa suspek Wen Junhui. Menjadi anak angkat mereka sejak berumur 8 tahun selepas kematian ibunya. Bapanya pernah berada di penjara kerana kesalahan mengedar dadah dan keluar pada lima tahun lalu."

Seungcheol mengangguk membelek maklumat rakan sebiliknya.

"Ada maklumat lagi?"

Hansol menggeleng.

"Maklumat dia sepanjang dia diambil anak angkat oleh keluarga Wen hilang tanpa jejak. Sama seperti suspek Jeonghan, hanya selepas mereka berada di Universiti, maklumat mereka kembali di catat."

That's it!

Ada sesuatu yang mencurigakan dengan keluarga Wen ini.

"Woozi, cari maklumat tentang keluarga Wen dari ayah hingga ke anak bongsunya. Ada sesuatu tak kena dengan keluarga tu," arah Seungcheol.

Jihoon mengangguk dan kembali memandang komputernya.

"Baik, seterusnya... Mangsa ke-29 , Park Sungyu. DK, apa-apa maklumat?"

Seokmin yang menjadi pencari maklumat mangsa pembunuhan Hyn itu menunjukkan kertas-kertas yang dibawa.

"Park Sungyu, 27 tahun. Seorang pekerja di sebuah syarikat kecil iaitu Syarikat Mago. Mangsa ditemui mati dalam keadaan kulit bersepah dan terhiris dari badan mangsa berdekatan dengan perumahan xxx, Seoul. Ketika dibedah siasat, kami menjumpai beberapa gambar yang diselitkan di antara badan mangsa."

Seokmin menyerahkan gambar yang diselaputi darah itu kepada semua untuk melihatnya.

"Gambar tersebut seolah sebuah pemandangan di suatu tempat yang gelap tapi dalam masa yang sama dipenuhi cahaya warna warni. Kami masih belum dapat menganalisis secara terperinci."

"Ini kali pertama Hyn berikan gambar dari meletakkan surat amaran atau tinggalkan bahan pembunuhan. Pelik."

Suara Soonyoung itu membuatkan mereka kembali berfikir.

Seokmin mengambil kembali gambar-gambar itu lalu bersuara,

"Ya betul. Aku pun terkejut masa dapat gambar itu. Tiada bahan bukti lain selain dari gambar itu. Oh, pasal surat amaran, ini..."

Surat amaran Hyn seperti kebiasaan diterima diberikan. Namun kali ini, surat itu dibungkus dalam plastik lut sinar dan keadaan surat itu bersih tanpa cacat cela.

Jelas di mata semua tulisan yang ditaip di atasnya.

'Am I so innocent that you don't suspect me yet?'

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now