08'Keliru.

696 106 35
                                    

Jihoon dan Hansol mengikuti langkah Mrs

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihoon dan Hansol mengikuti langkah Mrs. Wen yang sedang bercekak pinggang memandang anaknya yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil tangannya menyeluk snack di tangan.

"Wen Junhui!"

"Akh- mama?" Junhui meringis saat telinganya ditarik sebelum memaparkan wajah terkejut kerana melihat mamanya.

"Aduh, aduh! Ma sakit!" Dia kembali meringis apabila Mrs. Wen menarik telinganya semakin kuat.

Setelah merasa puas melihat anaknya terseksa, Mrs. Wen akhirnya melepaskan telinga Junhui.

"Amboi dia melepak. Kamu kat rumah tu cuba rajin kan diri tu kemas rumah. Dah macam tongkang pecah mama tengok rumah kamu ni," bebel Mrs. Wen.

Bukan hanya Junhui terasa, malahan ahli rumah yang berada di situ terasa. Iyelah, mereka kan tinggal sebumbung.

"Mama bila sampai? Kenapa tak cakap? Kalau tak Jun boleh ambil mama kat airport," tanya Junhui lalu melabuhkan duduk di sebelah Mrs. Wen.

"Semalam. Mama tidur hotel. Tadi singgah cafe Shua kejap. Mama nak buat kejutan kat anak mama. Lagipun, kamu pun langsung takde contact mama," jeling Mrs. Wen membuatkan Junhui tersenyum nipis.

"Lah, kenapa Shua tak mesej Jun. Kalau tak Jun boleh siapkan makanan."

Junhui mengeluarkan phone nya untuk memeriksa jikalau Joshua ada menghubunginya namun dia tidak menyedari.

"Apa kamu ingat Shua tu suami kamu nak bagi tahu semua benda? Sepatutnya kamu yang siap sedia. Dah tau mama suka buat kejutan lagi ditanya."

Junhui terhenti gerakannya mendengar ayat Mrs. Wen. Dia mengangkat kepala memandang mama nya dengan pandangan penuh maksud.

Mrs. Wen taknak kalah melawan pandangan anaknya itu.

Junhui mengangkat bahu sambil senyumannya tak luntur dari bibir.

"Iyelah ma, lepas ni Jun siap sediakan tempat tidur lagi."

Hampir sahaja Mrs. Wen ingin mengetuk kepala anaknya saat dia masih melihat senyuman mengusik sang teruna itu namun bunyi tapak kaki menghampiri mereka membuatkan mereka berempat menoleh ke arah tangga.

"Hi aunty Wen! Dah lama tak jumpa!" Minghao menyapa Mrs. Wen diikuti Chan dan Mingyu.

"Hi dear! Itulah, rindu aunty dengan kamu." Mereka berdua memeluk sebentar sebelum menyapa yang lain.

"Mingyu dan Chan apa khabar? Chan belajar okay?" Pipi dua jejaka itu menjadi mangsa ciuman Mrs. Wen sebelum mereka membalas,

"Okay je aunty. Belajar pun apa yang Chan mampu je."

"Gyu pun sihat je aunty."

Mrs. Wen tersenyum lalu menepuk pundak kedua jejaka itu dan mereka kembali duduk di sofa di mana yang lain sedang menunggu.

"Aunty berbual dulu dengan yang lain ya? Gyu nak masak lunch. Nanti dah siap Gyu panggil," ucap Mingyu lembut.

Belum lagi lima langkah, suara Mrs. Wen membuatkan dia kembali menoleh.

"Nak aunty tolong? Kamu tu bukan masak untuk aunty je. Sudahlah ahli rumah kamu ramai. Nak?" tanya Mrs. Wen lembut.

"Takpe aunty. Gyu dah biasa. Sambung lah berbual. Mesti aunty rindu dengan anak aunty kan," Mingyu menolak lembut.

Mrs. Wen mengangguk lalu kembalikan perhatiannya kepada yang lain.

"Club kamu okay? Kalau ada masalah, mama boleh minta papa selesaikan? Ey kamu ni kan Jun, mama macam nak piat je telinga kamu tahu tak? Dahlah langsung tak call mama, lepastu asik mama je yang kena tanya khabar kamu. Dasar anak."

Bebelan Mrs. Wen kembali dan dia menggeleng kepala memikirkan perangai anaknya yang satu ini.

Junhui tersenyum meminta maaf kepada ahli baru yang hanya diam memerhatikan tingkah laku Mrs. Wen.

"Ma, dahlah tu. Ye, club okay je. Takde pun masalah -oh ya cakap pasal papa, kenapa papa dengan Yangyang tak ikut? Jun rindu diorang juga," balas Junhui.

"Papa kamu kan sibuk. Adik kamu tu masih sekolah, jadi papa teman lah dia kat sana. Cuti nanti mama ajak diorang datang okay?" mendengar ayat Mrs. Wen, Junhui tersenyum ceria.

Mrs. Wen mengusap kepala Junhui sebelum beralih menghadap yang lain untuk berbual dengan mereka.

Beberapa minit kemudian, Mingyu mengajak mereka untuk makan bersama.

===

Semua duduk di ruang tamu menemani Mrs. Wen yang masih belum pulang.

Seungcheol, Soonyoung dan Seokmin sedikit terkejut melihat orang asing di rumah mereka dan sebaik mendapati wanita itu adalah mama Jun, segera mereka menyapanya.

Mrs. Wen menyambut mereka dengan senyuman dan bertanya khabar membuatkan tiga jejaka itu terus berasa selesa dengannya.

Kini, mereka duduk beramai-ramai di ruang tamu sambil menonton movie yang ditayangkan. Katanya, Mrs. Wen yang mengajak mereka menonton.

Bunyi pulasan kunci menarik perhatian semua ke muka pintu. Masing-masing menatap wajah penat Jeonghan yang sedang mengunci balik pintu utama itu.

Jeonghan menoleh dan terpaku di tempatnya melihat semua mata ke arahnya. Dia sedikit pelik saat kesemua mereka berada di ruang tamu.

Biasanya, hanya ada beberapa orang yang berada di ruang tamu dan selebihnya di bilik membuat kerja masing-masing.

Matanya melilau sehingga tertancap ke arah seseorang.

"Mama?"

Mrs. Wen tersenyum apabila Jeonghan akhirnya menangkap kelibat dirinya. Dia bangun dan mendekati Jeonghan yang juga mendekati dirinya.

"Bila mama sampai? Kenapa tak maklum dekat Han? Eih, Han rindu mama tau!" rengek Jeonghan selepas melepaskan pelukan mereka berdua.

"Semalam, sayang. Saja, mama buat suprise dekat semua anak mama. Lagipun, kamu bukan nak call mama pun. Iya, mama pun rindu kamu. Sangat-sangat!"

Pipi Jeonghan diramas kasar oleh Mrs. Wen kerana kegeraman.

"Akh! Ma, sakit!"

Jeonghan mengusap pipinya yang kemerahan sambil merungut melihat senyuman puas Mrs. Wen.

"Lah, kalau mama bagitau boleh Han off day harini. Jun dan Shua tak tau juga ke?" Dia mengerling ke arah dua jejaka yang disebut itu dan mendapat gelengan, dia mengangkat kening memandang Mrs. Wen.

"Kan mama cakap mama buat kejutan, maksudnya semua lah tak tahu. Han apa khabar? Syarikat okay?"

Mereka berdua kembali duduk di ruang tamu untuk menyambung berbual.

"Eih mama ni, buat orang risau tau tak. Han sihat je. Syarikat pun okay, takde masalah. Papa dengan Yangyang sihat ma?"

Mrs. Wen mengangguk lalu menyerabaikan rambut Jeonghan. Sudah lama dia tidak bermanja dengan teruna nya seorang ini.

Lima penyiasat yang lagi tadi melihat kemesraan Mrs.  Wen dan rakan-rakan nya mula bingung.

Apa hubungan Jeonghan dan Joshua sehingga mereka menggelarkan Mrs. Wen sebagai mama.

Banyak persoalan yang bermain di minda namun mereka menepisnya cuba menyambut kedatangan Mrs. Wen sebaik mungkin.

Ah nantilah. Sekarang, hormat tetamu dulu.

===














"Dua hari lagi kita cari mangsa."














===
Sabajap, otak ku mula membeku. 😭

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now