04'Kerja.

723 117 89
                                    

Suasana ruang makan itu kelihatan canggung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana ruang makan itu kelihatan canggung. Bunyi sudu dan chopsticks menghiasi rumah banglo ini apabila tiada yang mahu memecahkan suasana.

"Urm..."

Semua mengangkat kepala memandang Seokmin yang ragu-ragu untuk bersuara.

"Ye Seokmin?"

Seokmin tersenyum kekok lalu membuka mulut,

"Aku nak tahu jugak korang kerja apa sebenarnya," pinta Seokmin.

Lapan orang housemates lama itu memandang antara satu sama lain sebelum Chan memecahkan pandangan mereka berlapan.

"Chan student. Masih tak kerja lagi."

CRT Team mengangguk mendengar kata Chan.

"Aku pula... barista dekat Diamond Cafe," lanjut Joshua.

"Aku sama dengan Jisoo hyung. Barista dekat sana juga," kata Seungkwan lalu memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

"Profesional art artist," ringkas Minghao menyampuk.

"Art artist? Kerja sendiri ke bawah company?" soal Soonyoung teruja.

"Kerja sendiri. Tak sukalah bawah company ni. Menyusahkan," tenang Minghao membalas. Dia telah diingatkan oleh seseorang untuk sentiasa berlembut dengan ahli rumah barunya.

"Wow! Cool gila!"

Minghao menggulingkan mata namun cepat-cepat memaparkan senyuman sebaik mendapat jelingan dari dua orang ahli tertuanya.

"Lagi?" Hansol menoleh ke arah yang lain.

"I'm surgeon. Doktor pakar bedah wad ICU," Wonwoo membalas.

Ternganga lima sekawan itu.

"Wow semua hebat-hebat pekerjaan nya. Yang lain? Mingyu? Jun? Jeonghan?"

Mingyu, Junhui dan Jeonghan yang lagi tadi senyap mendengar sambil makan tersenyum sikit. Mereka menelan makanan yang masih tersisa dan seakan faham pandangan dua hyung nya, Mingyu membuka mulut,

"Aku photographer. Tak banyak jugalah untung, tapi boleh lah buat tampung diri." Mingyu tersenyum membalas.

"Aku bartender club."

CRT mengangguk memahami. Memang mereka sudah sedia maklum tentang pekerjaan Junhui.

"Jeonghan?"

Jeonghan menggigit bibirnya. Dia agak ragu-ragu untuk membalas pertanyaan Seungcheol,

"Aku-"

Kata-kata nya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering nyaring.

Keluhan kedengaran sebelum Jeonghan mengangkat. Suasana senyap menanti Jeonghan membalas telefonnya.

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now