06'Curiga.

720 113 83
                                    

"Mangsa, Leo Arndrea, 29 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mangsa, Leo Arndrea, 29 tahun. Ditemukan di lorong Taman Perumahan xxxx, Seoul oleh seorang penduduk tempatan di sana. Mangsa dikatakan hilang selama seminggu sebelum kejadian. Pihak polis mendapati mangsa merupakan salah satu mangsa pembunuhan Hyn"

Soonyoung menatap wajah satu persatu rakan rumahnya yang sedang menonton berita tersebut.

Hanya dia, Chan, Seungkwan dan Wonwoo yang berada di situ untuk mentafsir wajah mereka.

Soonyoung mengerling ke arah Chan yang seolah tidak kisah akan berita itu. Matanya masih tekun menatap phone nya di tangan namun Soonyoung yakin jejaka itu mendengar apa yang dikatakan oleh pemberita.

Dia beralih ke Seungkwan. Kelihatan jejaka itu tersengguk-sengguk menonton berita di televisyen. Rasanya dia kebosanan dan dipaksa menonton berita apabila Wonwoo tidak mahu menukarnya.

Wonwoo pula, jejaka itu pula tekun mendengar apa yang pemberita itu katakan. Mukanya sedikit berkerut namun amat jelas dia cuba menutupnya.

Soonyoung, dia ialah orang yang mudah membaca reaksi wajah seorang. Kadang-kadang, dia dapat melihat penipuan yang dilakukan seseorang hanya melihat dari raut muka mereka.

Soonyoung menghela. Nampaknya bertambah lagi suspek mereka. Masa untuk mulakan lakonan.

"Hyn lagi huh? Korang tahu pasal diorang?" tanya Soonyoung tiba-tiba membuatkan ketiga-tiga mereka mengangkat kepala.

"Uh- huh? Oh, Hyn tu ke? Haah, rasanya dah kecoh pasal pembunuh bersiri tu. Tak tahulah apa motif nak bunuh, harapnya cepat ditangkap," balas Chan namun matanya masih tak lari dari phone nya itu.

Soonyoung terangguk-angguk mengiyakan. Dia melirik ke arah Wonwoo yang terdiam di tempatnya.

"Kalau tengok dari berita, Hyn biasanya cari mangsa yang berumur antara 25 hingga 30 tahun. Haih, banyak betul anak gadis yang dibunuh. Rasanya dah hampir 30 orang kot," sampuk Seungkwan pula.

Matanya segar seakan teruja untuk berkongsi cerita tentang pembunuhan bersiri Hyn itu.

Namun, kali ini Soonyoung pula yang terdiam. Matanya mencerna ayat Seungkwan. Rasanya ada yang dunia tak tahu tapi dia tahu.

'Aku rasa berita tak pernah bagi tahu jumlah mangsa pembunuhan Hyn. Yang dipaparkan mereka hanya yang paling sadis dan terkini. Yang dulu, tiada. Pelik. Macam mana Seungkwan boleh tahu?' hati Soonyoung berbicara sendiri.

"—yung, yah! Soonyoung hyung, mengelamun kenapa?" panggilan bertalu dari Seungkwan mengembalikan Soonyoung ke dunia nya tanya.

"Ah tak, aku terfikir tentang kakak aku. Dia pun umurnya antara 25 hingga 30. Haih, risau pula aku dengan keselamatan dia," Soonyoung beralasan.

"Hyn bukan cari luar Seoul pun."

Perlahan dan tak jelas, namun pendengaran tajam Soonyoung membuatkan jejaka itu menangkap ayat Wonwoo.

Soonyoung dalam dilema. Mengapa diorang berkata seolah diorang mengenali Hyn. Malah, bagaimana Wonwoo tahu yang keluarga dia tak tinggal di Seoul.

"O -oh, yeke?"

Wonwoo tersentak dan mengerling ke arah Soonyoung. Rasanya, dia tidak menyangka Soonyoung mendengar ayatnya.

Dia membalas pandangan dengan Seungkwan dan Chan yang hanya mengangkat bahu tak kesah.

"Okay lah. Aku nak pergi kerja dah ni. Bye!"

Soonyoung melangkah keluar tanpa menyedari seseorang menatapnya sehingga dia hilang dari pandangan.

===

"Syarikat MTJ. Syarikat alatan dapur yang terkenal di dunia terutamanya China dan Korea. Bangunan paling banyak dicipta adalah di dua negara utama itu dengan berjumlah kan 2854 bangunan setiap negara."

"CEO MTJ di syarikat terbesar atau syarikat utama di China tidak dikenali oleh sesiapa kecuali orang terdekat mereka. Jika mereka melakukan perjumpaan, hanya timbalan CEO dan pembantunya yang akan turut hadir dalam mesyuarat. Identiti CEO di China itu dirahsiakan selama 8 tahun sejak mereka menukar CEO baru. CEO mereka hanya dikenali sebagai Jay."

"Di Korea, syarikat terbesarnya adalah syarikat di bawah kendali suspek Jeonghan. Identiti nya juga dirahsiakan sama seperti di syarikat MTJ di China dengan hanya dikenali sebagai Jane atau Cheonsa. Namun, identiti suspek Jeonghan tidak terlalu sulit seperti syarikat utama mereka, tetapi ramai juga tidak tahu."

"Banyak khabar angin mengatakan bahawa suspek Jeonghan ada hubungan darah dengan CEO Jay itu. Tidak pasti apa status mereka, namun katanya mereka agak rapat. Itulah maklumat yang Woozi dapat setakat ini."

Hansol menutup analisis nya yang diserahkan oleh Jihoon sebelum mesyuarat itu.

Ketika Jihoon menunjukkan contoh-contoh alatan dapur yang dikeluarkan oleh syarikat MTJ itu, secara tiba-tiba, Seokmin bersuara,

"Eh- kejap. Macam pernah nampak bentuk pisau ni."

Kata-kata Seokmin menarik perhatian semua. Mereka menoleh ke arah Seokmin yang masih mengetuk kepalanya untuk kembali berfungsi.

"Oh! Pisau ni lah yang tercucuk di leher mangsa Kim Hyrin ketika aku dah pihak forensik bedah siasat haritu. Jenama MTJ jenis pisau buah 20 cm."

Seusai berkata begitu, Seokmin menunjukkan gambar yang diambil dari phone nya. Dia menyerahkan kepada Jihoon untuk disambungkan dengan slideshow yang dipaparkan.

"Haih, kes Hyn ni makin merumitkan."

Soonyoung mengurut kepalanya perlahan.

Semua menyetujui kata-kata Soonyoung sebelum Seungcheol yang lagi tadi mendengar membuka mulutnya,

"Hoshi, kau dapat apa-apa maklumat?"

Serta merta Soonyoung berhenti mengurut kepalanya. Dia mengangguk mantap.

"Yes, aku ada beberapa maklumat dan orang yang mencurigakan."

"Wonwoo, dia tampak mencurigakan sebab masa kami tengok berita semalam, dia terlalu tekun. Malah, dia juga tahu yang Hyn tidak membunuh gadis di luar Seoul. Yang peliknya, macam mana dia tahu keluarga aku tak duduk Seoul masa aku sebut tentang kakak aku."

Seungcheol mengangguk lalu mencatat apa yang dikatakan oleh Soonyoung ke dalam bukunya. Maklumat itu sangat penting.

"Lagi seorang, Seungkwan. Dia seolah tahu jumlah mangsa Hyn walaupun kita tak pernah sebarkan ke berita atau orang lain. Hanya pihak kita dan polis tahu. Berita hanya tunjukkan 10 orang mangsa pembunuhan namun Seungkwan cakap yang Hyn membunuh hampir 30 gadis. Tak pelik ke?"

Semua terdiam mendengar ayat Soonyoung. Seungcheol menghela nafas nya.

"Vernon masukkan dua nama yang disebut itu ke dalam senarai suspek. Silap-silap aku minta kau masukkan semua ke dalam senarai. Woozi, cari maklumat tentang Wonwoo dan Seungkwan."

"Baik S.Coups!"

Seungcheol menutup bukunya lalu bangun.

"CRT, dismissed. Continue your fake job."

===












"Duh, tercuai."

















===
Grr... bark bark woof woof 😈

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now