"Dk?"
Seokmin mengangkat kepala memandang Jihoon yang memanggilnya. Di tangan jejaka itu terdapat satu dokumen yang mungkin Jihoon print untuk disemak olehnya.
"Kau sibuk?"
Hampir sahaja Seokmin ingin memaki Jihoon kerana bertanya soalan begitu sedangkan dia nampak bahawa Seokmin tidak membuat apa-apa, namun Seokmin menahan dirinya.
Dengan terpaksa bersama senyuman palsu, Seokmin menggeleng menandakan dia tidak sibuk.
"Boleh kau semak semua ni? Senarai daftar janji temu dan pesakit Wonwoo?" tanya Jihoon selepas itu.
Seokmin mengangguk sambil matanya mencuri tengok dokumen di tangan Jihoon. Memang tugasnya untuk menyemak segala yang berkaitan dengan hospital.
Jihoon tersenyum kecil lalu menyerahkan dokumen-dokumen di tangannya.
"Okay nah! Kalau ada apa-apa maklumat, terus maklumkan kepada kami. Aku pergi dulu, daa~"
Jihoon melambai sedikit kemudian berlalu ke tempatnya. Kini, mata Seokmin tertancap pada timbunan dokumen di depannya. Banyak sungguh.
"Fuh, bersengkang mata lagilah aku kali ini," keluh Seokmin lalu terus memeriksa senarai nama.
Di bawah nama Wonwoo, terdapat 421 pesakit awam dan 3 orang pesakit personal. 1,459 temu janji dinyatakan di dalam dokumen itu apabila disemak.
"Moon Junhwi, Moon Joshua dan Moon Jeonghan? Jun hyung, Joshua hyung dan Jeonghan hyung ke?" Seokmin tertanya sendiri.
Tiga nama itu merupakan pesakit personal nya. Atau kata lain, Wonwoo merupakan doktor peribadi mereka.
Seokmin kembali membelek kertas-kertas itu untuk mencari nama mereka.
"Moon Junhwi, Moon Junhwi, Moon Junhwi... heih, dia seorang je ke sakit?" berkerut kening Seokmin melihat nama Junhui yang berturut.
Dia melarikan matanya ke ruang senarai pengambilan ubat sebelum terdiam.
'Ubat anti-depresi?'
Seokmin tahu kegunaan ubat itu. Selain dari mengurangkan depress dan menjadi ubat penenang, ubat tersebut juga boleh mengurangkan nafsu syahwat seseorang.
Seokmin kembali menatap tarikh-tarikh pengambilan ubat tersebut.
16 September 2019.
Tarikh bermulanya Junhui mengambil ubat anti-depresi. Dan seterusnya berjarak 3 minggu sebelum dia mengambil lagi. Setiap pengambilannya 3 paket, dimakan dua kali sehari.
Seokmin meletakkan kertasnya. Dia mengambil highlighter untuk menanda nama Junhui.
Sehingga dia terhenti di satu nama.
Moon Jeonghan. Ubat tidur.
Makin berkerut Seokmin. Apahal semua pesakit personal Wonwoo ni ambil ubat macam ni.
Selepas mencatat apa yang penting, Seokmin mengambil dokumen temu janji untuk memeriksa lebih lanjut.
Kali ini, ketiga-tiga nama kelihatan.
Moon Junhwi, 19 kali. Moon Jeonghan, 16 kali dan Moon Joshua 23 kali. Eh—
Hampir tidak percaya Seokmin saat melihat nama Joshua menjadi pesakit paling banyak bertemu janji dengan Wonwoo.
Membaca sedikit maklumat, Seokmin menekan intercom di hadapannya bersambung dengan yang lain.
"Woozi hyung, boleh cari maklumat tentang pesakit M4219JS3?"
Senyap seketika sebelum suara Jihoon kedengaran.
"Moon Joshua— eh, ni bukan ke Shua hyung?"
"Yes, hyung. Aku ragu-ragu dengan dia, jadi aku nak maklumat tentang dia."
Jihoon di seberang talian mengangguk.
"Maklumat tentang dia sama seperti sebelum ini. Cuma, dikatakan dia menggunakan Wen di China dan Moon di Korea. Semua anak FamilyWen akan menggunakan dua surname itu di negara masing-masing. 345 rekod hospital di China dan sebaik dia menjejakkan kaki di Korea, dia terus diarahkan untuk menjadi salah seorang pesakit personal Wonwoo. Temu janji pertamanya pada 27 Januari 2004 di China dan 1 Julai 2019 di Korea."
Seokmin mengangguk lalu kembali memeriksa dokumen di tangannya dan benar memang pada 1 Julai 2019.
"Okay next, M4219JH2?"
"Moon Jeonghan, wait bro— why Moon?" Soal Jihoon pelik.
"Aku pun tak tahu, hyung. Sebab tu aku nak semak pasal mereka ni," balas Seokmin sedikit serius.
"Ah, okay... Moon Jeonghan, 425 rekod pernah dicatatkan di China dan 16 rekod di Korea. Temu janji pertama dia di China 17 November 1995 dan di Korea 16 Januari 2020. Yang lain, sama seperti Moon Joshua."
Seokmin terdiam lama. Dia menatap kertas-kertas tersebut dengan penuh tanda tanya dan bermacam-macam teori muncul di minda.
"Dk?"
Seokmin tersentak dan segera membalas,
"Ah, okay... thanks hyung!"
"Kau taknak tanya pasal Jun?"
Seokmin menggeleng walaupun dia tahu Jihoon tidak melihat nya.
"Tak, sebab aku tak syak Junhui. Dua orang ni cuma mencurigakan, sebab tu aku tanya..." jelas Seokmin.
"Okay, apa-apa maklum dekat aku."
Seokmin mengiyakan lalu mematikan intercom nya. Dia membelek kembali kertas tersebut sebelum menghela nafas panjang.
"Shua hyung... he's suspicious."
"Jadi, MTJ maksudnya Moon Triple J?"
"W -wait... what?"
===
Kinda proud with this chapter >< .
YOU ARE READING
The Innocent Killer : Hyn •S.VT•
Misterio / Suspenso[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menjadi perbualan dan ketakutan penduduk terutama di Seoul , Hyn semakin mengganas dan diburu oleh polis...